WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Tuesday, March 16, 2010

DATO SERI ANWAR IBRAHIM TETAP PILIHAN PAS DAN DAP SEBAGAI KETUA PEMBANGKANG DAN BAKAL PM MALAYSIA


KUALA LUMPUR, 15 Mac: DAP dan PAS mengulangi pendirian tetap memberi sepenuh kepercayaan kepada Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen biarpun kerusi PKR kini hanya 26 iaitu kurang dua kerusi berbanding DAP (28).


Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh berkata, pihaknya langsung tiada keraguan untuk Anwar kekal menerajui pembangkang di Parlimen.

"Tidak ada apa-apa keraguan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ketua pembangkang walaupun kerusi PKR sekarang 26, DAP (28) dan PAS (23).

"Kami DAP memberi sokongan penuh kepada Datuk Seri Anwar," katanya yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor ketika ditemui di lobi parlimen hari ini.

Manakala Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar pula berkata, Anwar bukan sahaja diterima Pakatan rakyat sebagai Ketua Pembangkang, malah sebagai calon perdana menteri Malaysia.

"Kita Pakatan Rakyat bukan sahaja menerima Anwar sebagai Ketua Pembangkang malah Perdana Menteri Malaysia.

"Bukan baru sekarang, tapi sejak zaman (allahyarham) Datuk Fadzil Noor (mantan Presiden PAS) lagi sewaktu dalam Barisan Alternatif," katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

PKR sebelum ini mempunyai 31 ahli parlimen namun empat daripada mereka bertindak keluar parti manakala seorang telah dipecat manakala PAS pula masih kekal dengan 23 kerusi.

Hari ini merupakan istiadat perasmian pembukaan Penggal Ketiga, Parlimen ke-12 oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.Mesyuarat Pertama Dewan Rakyat akan bermula esok sehingga 15 April ini.

Sumber : Harakah Daily

JEBAT_BERANI : KEMUFAKATAN PARTI-PARTI DALAM PAKATAN RAKYAT INI MEMBUATKAN UM-NO/BE-END TIDAK SENANG DUDUK.....WALAUPUN PELBAGAI USAHA TELAH MEREKA LAKUKAN BAGI MELAGA-LAGAKAN PAKATAN RAKYAT,NAMUN IANYA TETAP GAGAL..

PAKATAN RAKYAT BUKANLAH SEBAGAIMANA PARTI-PARTI KOMPONEN BE-END YANG SENANG UNTUK DILAGA-LAGAKAN....PAKATAN RAKYAT MENGAMALKAN KONSEP SEBARAANG MASALAH YANG MELANDA MESTI DISELESAIKAN SECARA KEKELUARGAAN DAN INILAH YANG MENJADI KEKUATAN KEPADA PAKATAN RAKYAT DALAM MENGEKALKAN PAKATAN INI..

No comments:

Post a Comment