SLIM RIVER: Program Juara Rakyat peringkat Perak yang diadakan selama tiga hari bermula kelmarin di Tasik YDP di sini menerima sambutan hebat apabila lebih 10,000 orang menghadirinya bagi menyertai beberapa acara diadakan serta mengunjungi gerai pameran.
Keadaan itu menyebabkan berlaku kesesakan lalu lintas berhampiran kawasan berkenaan yang terletak di tepi laluan Ipoh-Tanjung Malim, manakala pengunjung terpaksa meletakkan kenderaan sehingga sejauh dua kilometer khususnya ketika majlis perasmian semalam.
Selain lebih 70 gerai pameran, ekspo dan jualan dibuka pada program itu, orang ramai juga berpeluang menyaksikan pelbagai acara seperti pertandingan sukan air, rebana, mewarna untuk kanak-kanak selain penyelenggaraan motosikal percuma oleh pelatih Giatmara.
Selain acara di Tasik YDP, acara lain seperti pertandingan bola jaring, futsal dan ceramah kerjaya serta motivasi untuk penduduk tempatan turut diadakan di lokasi lain berhampiran.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, ketika merasmikan program itu, berkata Juara Rakyat diadakan sebagai iltizam kerajaan diterajui Barisan Nasional (BN) untuk terus membela rakyat, memajukan penduduk dan membangunkan negara.
"Mungkin ada suara sinis yang melontarkan kenapa sekarang perlu ada program Juara Rakyat, adakah selama ini kerajaan BN tidak pernah membela rakyat.
"Saya mahu menjawab bahawa tradisi membela rakyat sudah diamalkan BN sejak negara mencapai kemerdekaan lagi, cuma Juara Rakyat ini adalah program baru untuk membakar semula semangat sedia ada agar terus mengutamakan rakyat dalam setiap perkara," katanya ketika merasmikan Juara Rakyat peringkat Perak dan kempen Jom Sokong BN, semalam.
Sumber : Berita Hairan
JEBAT_BERANI : BETUL KE NIE??TAK BANYAK SANGAT KE 10,000 ORANG TUE??SELALUNYA AKHBAR PENGAMPU UM-NO/BE-END NIE SELALU MEMBERIKAN ANGKA-ANGKA YANG BERLEBIHAN DALAM MELAPORKAN BERITA..AL MAKLUMLAH BAHAWA MEREKA NIE HEBAT MENULIS JERK,MENGIRA TAK PASAL MASA SEKOLAH DULU CIKGU SEMPAT AJAR MENGIRA SAMPAI SEPULUH JERK..YANG KESEBELAS CIKGU DAH MENINGGAL...APAKAH SEBENARNYA TUJUAN PROGRAM JUARA RAKYAT INI??APA TAK CUKUP KE DENGAN KONNSEP 1MALAYSIA??APAKAH UM-NO/BE-END NAK JADI KERAJAAN 'SLOGAN'??SATU PERSATU SLOGAN DIPERKENALKAN TAPI YANG BERHASILNYA TAK SATU PUN..DARI WAWASAN 2020 DIIKUTI ISLAM HADHARI KEMUDIANNYA 1MALAYSIA DAN KINI JUARA RAKYAT PULA..PENING RAKYAT MALAYSIA DIBUATNYA DENGAN UM-NO/BE-END INI...
salam jebat
ReplyDeletebetul la tu, byk hantu datang sama, sama macam plihanraya la.hehe
Salam Sahabatku Jebat,
ReplyDeleteconfirm auta...he he..