WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Monday, March 8, 2010

ALAHAI MESRANYA POLIS DI PERHIMPUAN ULANG TAHUN PAKATAN RAKYAT!!!


Satu kekecohan berlaku sebentar tadi apabila polis cuba menyuraikan perhimpunan sambutan ulang tahun kedua, Pakatan Rakyat di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Lebih seribu penyokong yang menghadiri upacara berkenaan berang dan melaungkan slogan 'reformasi' sambil bertakbir. Beberapa penyokong juga mencerca polis yang cuba mengagalkan ceramah yang sedang mereka ikuti.

Antara pemimpin Pakatan yang hadir ialah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, dan naib presiden PAS, Mahfuz Omar.Turut dijadualkan berucap pada malam ini ialah Ketua Umum, PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.



Lebih 20 anggota polis bersama Unit Simpanan Persekutuan (FRU) tiba kira-kira jam 9.50 malam dan terus menyerbu pentas ceramah ketika naib presiden PKR, Azmin Ali sedang berucap.Apabila melihat kehadiran polis, Azmin tidak membuang masa dan terus 'menyapa' mereka.
"Tempat yang kita kumpul malam ini dimiliki oleh kerajaan Selangor, bukannya Umno ataupun (Datin Seri) Rosmah Mansor. Ini tanah persendirian, pemiliknya adalah MB (Tan Sri) Khalid Ibrahim."Kita kumpul sini dengan aman, Umno jangan takut (kepada) rakyat, polis marilah berkawan dengan rakyat," katanya.

Ceramahnya kemudian ditangguhkan ketika jawatankuasa "Majlis Ulangtahun Pakatan Rakyat' berbincang dengan pihak polis.Pada masa yang sama dua truk FRU yang dilengkapi meriam air juga kelihatan berada di Kelab Sultan Sulaiman ini.Selepas perbincangan kira-kira 15 minit, ceramah berkenaan dibenarkan diteruskan tetapi orang ramai diminta berpindah ke dalam bangunan kelab.

Pasukan polis dilaporkan terus berada di sekitar kawasan bagi memantau keadaan. Azmin kemudiannya meneruskan ceramahnya di sebuah bilik yang sesak dengan penyokong Pakatan Rakyat. Kira-kira jam 10.25 malam, Anwar tiba bersama isterinya, Datin Seri Wan Azizah.Ketika ceramahnya Azmin mendakwa "tadi ada beberapa pemimpin dibelasah oleh polis".
Sumber : Malaysiakini
JEBAT_BERANI : SUNGGUH "MESRA" PASUKAN POLIS INI MELAYAN RAKYAT...APAKAH ALASAN MEREKA MENGHALANG PERHIMPUNAN INI??HAMBA YAKIN DAN SANGAT PASTI JIKA IANYA MELIBATKANPUAK-PUAK UM-NO/BE-END PASUKAN POLIS TAK AKAN MEMBERI LAYANAN "MESRA" SEPERTI INI..
SEDARKAH PASUKAN POLIS BAHAWA MEREKA SEPATUTNYA BERKHIMAT UNTUK RAKYAT BUKANNYA KEPADA PUAK-PUAK UM-NO/BE-END??SEDARKAH PASUKAN POLIS APA YANG DIPERJUANGKAN OLEH PAKATAN RAKYAT INI JUGA MELIBATKAN DIRI MEREKA..??APAKAH PASUKAN POLIS RELA MELIHAT KEZALIMAN UM-NO/BE-END BEGITU SAHAJA TANPA ADA YANG MENGHALANG ATAU MELAKUKAN SESUATU??
PERJUANGAN PAKATAN RAKYAT ADALAH UNTUK KESEJAHTERAAN SEMUA RAKYAT MALAYSIA TERMASUKLAH JUGA PIHAK POLIS..DAN SEPATUTNYA PIHAK POLIS BERSIKAP LEBIH ADIL DAN TELUS DALAM MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB MEREKA..JANGAN ROSAKKAN NAMA BAIK PASUKAN POLIS DENGAN MEMBENARKAN DIRI MEREKA DIKUDAKAN OLEH PUAK UM-NO/BE-END...
HAMBA YAKIN APA YANG DILAKUKAN PASUKAN POLIS INI ADA KAITAN DENGAN PUAK UM-NO/BE-END...JIKA TIDAK MASAKAN PIHAK POLIS SANGGUP BERSUSAH PAYAH MENGAGALKANPERHIMPUNAN INI..UM-NO/BE-END NYATA SEBUAH PARTI ENGECUT KERANA SANGGUP MENGGUNAKAN PIHAK POLIS BAGI MENGAGALKAN PROGRAMPAKATAN RAKYAT INI..PARTI SEPERTI INI TIDAK LAYAK MEMERINTAH MALAYSIA...

No comments:

Post a Comment