WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Thursday, March 4, 2010

BILA KATAK DAPAT PERMIT AKHBAR APA AGAKNYA YANG AKAN DINGOMELKAN..


Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) hari ini menerima surat kelulusan dari Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk menerbitkan akhbar mereka sendiri.

Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali memberitahu Malaysiakini bahawa akhbar berkenaan berjudul Suara Perkasa.

Ditemui di pejabatnya hari ini, Ibrahim bagaimanapun berkata beliau belum memutuskan tarikh untuk mula mencetak akhbar berkenaan.


Kelulusan daripada KDN itu diterima hari ini melalui sepucuk surat, kata Ibrahim.

Akhbar tersebut akan dikeluarkan setiap dua minggu.

Menjawab soalan, Ibrahim berkata: "Tengok kalau kita mampu, kita akan buat harian pula (selepas ini)."

Ibrahim yang juga ahli parlimen Pasir Mas kebelakangan sering mendapat liputan media berhubung kenyataannya membela hak orang Melayu dan Islam.

Beliau membuat kenyataan itu selaku presiden PERKASA dan menerajui penubuhan Majlis Perundingan NGO Melayu minggu lalu.

Penerbitan akhbar berkenaan dijangka membuka lebih banyak ruang kepada Ibrahim yang sering lantang menyuarakan kepentingan Melayu dan Islam.

Sumber : Malaysiakini

JEBAT_BERANI : MAKIN KUAT LE SIKATAK NIE BERBUNYI LEPAS NIE..TAK ADA AKHBAR SENDIRI PUN KATAK NIE TAK HENTI-HENTI BERBUNYI MENGALAHKAN KATAK YANG MEMANGGIL HUJAN APATAH LAGIBILA DAH ADA AKHBAR SENDIRI..HAMBA BUKAN APA RISAU MAKIN MELALUT PLAK KATAK NIE NANTI...KALAU MELALUT PERKARA YANG PATUT TAK APA..TAKUTV MELALUT PERKARA YANG BUKAN-BUKAN..SEBABNYA SIKATAK NIE HANYA TAHU BERCAKAP SAJA,HAKIKAT SEBENAR JAUH SEKALI...

No comments:

Post a Comment