Parti Islam Se-Malaysia (PAS) membantah cadangan Kerajaan Barisan Nasional yang nekad melaksanakan Cukai Perkhidmatan dan Barangan (GST) dilaksanakan menjelang pertengahan 2011 bagi mengantikan cukai perkhidmatan dan jualan sedia.
Pada masa ini kedua-dua cukai itu masing-masing berada 10 peratus dan lima peratus, tetapi hanya meliputi barang mewah sahaja dan bukannya barangan keperluan utama. Walaupun GST hanya 4 peratus tetapi ia akan melibatkan ke semua jenis barang termasuk barangan keperluan utama yang dikawal.
Strategi Kerajaan yang mahu mengurangkan cukai pendapatan dan korporat secara beransur-ansur bagi mengurangkan beban pengguna ini juga dilihat tidak logik kerana pembayar cukai pendapatan dan syarikat hanya melibatkan mereka yang berkemampuan, sedangkan cukai GST akan melibatkan semua lapisan rakyat termasuk mereka yang tidak berkemampuan.
GST akan menyusahkan ibubapa yang mahu membeli susu untuk anak-anak mereka, peniaga restoran juga terpaksa menaikan harga makanan jika beras, ikan, daging, ayam dan sayuran dikenakan cukai. Mereka yang hidup diluar bandar pasti akan lebih terasa kerana barangan keperluan yang dihasilkan dikilang akan meningkat dalam pasaran.
PAS juga melihat pembatalan cadangan penstrukturan semula subsidi Petroleum tidak memberi apa-apa makna, kerana bila GST 4 peratus dilaksanakan, kemungkinan harga minyak bercukai ini akan naik sebanyak 10 sen seliter atau lebih dari itu.
Harga tambang perkhidmatan juga kemungkinan akan berubah dengan peningkatan sebanyak 4 peratus. Bayangkanlah nasib pengguna perkhidmatan Komuter, LRT, Bas dan kapal terbang dimasa depan dengan cukai ini.
Bagi barangan yang dihasilkan dalam kilang pengguna berkemungkinan menerima cukai GST 8 peratus kerana 4 peratus dikenakan oleh pengilang dan 4 peratus dikenakan melalui pemborong atau penjual dipasaran.
Rakyat harus membuka mata terhadap isu ini dan PAS nekad membantah dasar GST demi kepentingan rakyat keseluruhannya.
Ust Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat
Sumber : Harakah Daily
JEBAT_BERANI : INIKAH YANG DIKATAKAN "RAKYAT DIDAHULUKAN PERCAPAIAN DIUTAMAKAN"???ATAU SEBALIKNYA "ISTERIKU DIDAHULUKAN BEG,KASUTNYA DIUTAMAKAN"....INILAH UM-NO/BE-END DI BAWAH PIMPINAN NAJIB ALTANTUYA...KAYA DENGAN PELBAGAI SLOGAN DAN AKHIRNYA RAKYAT "KENYANG" DENGAN SLOGAN-SLOGAN INI..
APAKAH RELEVANNYA KERAJAAN 1MALAYSIA MELAKSANAKAN CUKAI GST INI DI KALA RAKYAT MASIH LAGI HIDUP SERBA KEKURANGAN?APAKAH KERAJAAN 1MALAYSIA TELAH MENGKAJI SEDALAM-DALAMNYA IMPLIKASI YANG BAKAL TERJADI JIKA PELAKSANAAN CUKAI GST INI DITERUSKAN??
APABILA RAKYAT MENGUNDI UM-NO/BE-END DALAM PILIHANRAYA UMUM 2008 BUKAN INI YANG DIHARAPKAN RAKYAT DARI MEREKA..RAKYAT MENGHARAPKAN KERAJAAN 1MALAYSIA LEBIH PRIHATIN KEPADA KEPERLUAN DAN KESUSAHAN MEREKA..TAPI NAMPAK GAYANYA KERAJAAN 1MALAYSIA TIDAK BERMINAT DENGAN ITU SEMUA MELAINKAN MENGENAKAN CUKAI DAN MENAIKAN HARGA BARANG AGAR RAKYAT TERBEBAN DENGANNYA..
DAN BAGI MENBANTAH DAN MENGHALANG TINDAKAN KERAJAAN 1MALAYSIA INI MELAKSANAKAN CUKAI GST NI BUKAN SAHAJA PAS,PKR DAN DAP YANG PERLU BERTINDAK..RAKYAT JUGA PERLU MEMAINKAN TINDAKAN DENGAN MENYERTAI MANA-MANA DEMONSTRASI YANG DIANJURKAN BAGI MEMBANTAH GST INI..SELAIN ITU RAKYAT JUGA BOLEH MENUNJUKKAN BANTAHAN MEREKA DENGAN TIDAK MENGUNDI UM-NO/BE-END DALAM MANA-MANA PILIHANRAYA KECIL,PILIHANRAYA NEGERI DAN JUGA PILIHANRAYA UMUM...
HANYA DENGAN TINDAKAN SEPERTI INI SAHAJA YANG BOLEH MEMBUATKANUM-NO/BE-END SEDAR AKAN KESILAPAN MEREKA YANG TIDAK MENGUTAMAKAN KEHENDAK DAN KEPERLUAN RAKYAT...JIKA KITA MASIH LAGI MENGUNDI MEREKA MAKA KITA AKAN TERUS DITINDAS KERAJAAN 1MALAYSIA INI TANPA BERKESUDAHAN...MAHUKAH KITA SEMUA DIPERSALAHKAN OLEH GENERASI AKAN DATANG KERANA MEMILIH KERAJAAN YANG ZALIM INI??JIKA TIDAK MAHU MAKA BERUBAHLAH WAHAI BANGSAKU...
No comments:
Post a Comment