KOTA BHARU, 7 Mac: Kekalutan yang dibawa oleh pimpinan Umno dalam isu tuntutan royalti minyak oleh kerajaan Kelantan bukannya berasaskan undang-undang tetapi hakikatnya ialah hanya berkepentingan politik semata-mata.
Demikian dijelaskan oleh Pengerusi Jawatakuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Minyak, Datuk Husam Musa di majlis penutupan Diskusi Semasa Royalti Petroleum Dari Perspektif Undang-Undang yang dianjurkan oleh Urusetia Penerangan Kerajaan Kelantan dengan kerjasama Muslimat Legal Team dan gabungan NGO, di sini semalam.
“Hari ini saya ingin mencabar Datuk Pa (Mustapa Mohamed) agar melakukan sumpah dalam menafikan hakikat sebenar beliau menentang tuntutan royalti ini adalah berkepentingan politik semata-mata,” katanya.
Di Kelantan, penolakan oleh Umno negeri diketuai oleh pengerusinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan timbalannya, Datuk Dr Awang Adek Hussin sedangkan pada masa yang sama tokoh veteran Umno dan juga mantan Pengerusi Petronas,Tengku Razaleigh Hamzah bersama beberapa tokoh yang terlibat dalam sejarah awal Petronas berpihak kepada tuntutan yang dibuat oleh kerajaan negeri Kelantan.
Diskusi semasa tersebut disertai oleh pensyarah undang-undang UIAM, Dr Shamrahayu Ab Aziz dengan kertas kerjanya ‘Hak-Hak Kerajaan Negeri dalam Persekutuan, Jaminan dan Pelanggaran/Hasil Mahsul Negeri’ dan mantan Exco Terengganu, Datuk Wan Abdul Muttalib Embong yang membentangkan kertas ‘Undang-undang Petroleum di Malaysia dan Hak-hak Yang Dijamin Oleh Undang-undang Antarabangsa’.
Sumber : Harakah Daily
JEBAT_BERANI : DEMI KEPENTINGAN POLITIK PRIBADI PUAK-PUAK UM-NONGOK NIE SANGGUP MENGENEPIKAN KEPENTINGAN RAKYAT..PERJUANGAN MENUNTUT WANG ROYALTI INI SEPATUTNYA TIDAK DILIHAAT DARI SUDUT POLITIK KERANA IANYA ADALAH TUNTUTAN HAK RAKYAT KELANTAN...SEPATUTNYA SEMUA ANAK JATI KELANTAN TANPA MENGIRA FAHAMAN POLITIK PERLU BERSATU MEMPERJUANGKAN TUNTUTAN INI..
NAMUN YB-YB UMNONGOK DI KELANTAN INI NAMPAKNYA LEBIH MEMENTINGKAN KEDUDUKANDAN KEPENTINGAN POLITIK MEREKA DARI MEMPERJUANGKAN HAK NEGERI KELAHIRAN MEREKA SENDIRI...BERTAPA SEMPITNYA PEMIKIRAN MEREKA INI...APAKAH INI MANUSIA DAN PARTI YANG INGIN KITA HARAPKAN MEMBELA RAKYAT MALAYSIA??JANGAN HARAPLAH...LIHAT SAHAJALAH PERANCANGAN KERAJAAN UNTUK MENGENAKAN CUKAI GST KEPADA RAKYAT....LU PIKIR LAH SENDIRI...
BIHUN SUP UTARA VERSI JEBAT BERANI
-
*HARI INI ISTERI MENYUARAKAN HASRAT UNTUK BERBUKA DENGAN BIHUN SUP
UTARA...SEBENARNYA BUKAN SUSAH PON NAK DAPATKAN BIHUN SUP UTARA NIE...IANYA
BANYAK DIJUA...
12 years ago
No comments:
Post a Comment