WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Monday, March 8, 2010

DATO SERI ANWAR IBRAHIM RELA UNDUR DIRI!!!


Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, jika perlu beliau sanggup melepaskan jawatan ketua pembangkang kepada DAP yang kini mendominasi jumlah kerusi Pakatan Rakyat di parlimen.

“Oleh kerana jumlah kerusi PKR sekarang kurang, saya pelawa (tokoh popular DAP) Lim Kit Siang yang lebih banyak pengalaman. Saya tidak akan pertahankan.

“(Bergurau) Saya lebih pengalaman sebagai menteri. Tetapi Lim awal-awal lagi berkata, perkara itu bukan isu,” katanya.

Setelah kehilangan empat ahli parlimen - 3 keluar parti dan 1 dipecat - parti itu kini hanya memiliki 26 kerusi berbanding DAP sebanyak 28. PAS pula mempunya 23 wakil dalam Dewan Rakyat.

Pada lazimnya, pembangkang yang terkuat dalam parlimen akan melantik seorang wakil mereka sebagai ketua pembangkang.

Ketika menyampaikan ucapan perdana sempena Konvensyen Pakatan Rakyat Selangor di Shah Alam hari ini, Anwar juga berkata, usaha Umno yang mahu mengambil kesempatan atas keadaan tersebut tidak akan berjaya.

“Umno pening macam mana hendak lagakan ketiga-tiga parti ini. Mereka tidak tidur. (Kalau tidur dan) mimpi pun, (mimpi) macam mana hendak gaduhkan kita,” katanya disambut gelak-ketawa para perserta.

Sementara itu, Lim (bawah) yang juga ahli parlimen Ipoh Timur yang berucap sebelum itu turut menyatakan pendirian yang sama.

“DAP komited pada satu matlamat, (iaitu) menuju ke Putrajaya. Anwar akan terus menjadi ketua pembangkang sehinggalah beliau menjadi perdana menteri (pada suatu hari nanti),” katanya.

PKR, DAP dan PAS Selangor hari ini menganjurkan konvensyen pertama mereka dekat bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri bagi mengukuhkan persefahaman antara mereka.

Konvensyen bertemakan “Bermuafakat Menjunjung Amanah Rakyat” itu berjaya menghimpunkan kira-kira 500 peserta daripada ketiga-tiga anggota parti masing-masing di seluruh Selangor.

Berdasarkan ucapan-ucapan pemimpinnya, konvensyen tersebut dilihat cuba mentententeramkan penyokong Pakatan Rakyat supaya tidak bimbang dan panik dengan fenomena keluar parti seorang demi seorang yang melanda wakil rakyat mereka.

Sumber : Malaysiakini

JEBAT_BERANI : KESEDIAAN DATO SERI ANWAR MELEPASKAN JAWATAN KETUA PEMBANGKANG MENCERMINKAN BELIAU BUKAN SEORANG YANG GILAKAN KUASA SEBAGAIMANA PUAK-PUAK UM-NO/BE-END..NAMUN HASRAT BELIAU INI DITENTANG SENDIRI OLEH LIM KIT SIANG DARI DAP DAN JUGA TOK GURU HAJI HADI DARI PAS..MEREKA TETAP MAHUKAN DATO SERI ANWAR SEBAGAI KETUA PEMBANGKANG DI PARLIMEN..

KEADAAN INI PASTINYA MENGHAMPAKAN PUAK-PUAK UM-NO/BE-END YANG CUBA MELAGAKAN PIMPINAN KETIGA-TIGA PARTI DALAM PAKATAN RAKYAT INI..KHAIRY JALALUDDIN YANG MERUPAKAN KETUA PEMUDA UM-NO SEBELUM INI MEMPERTIKAIKAN KEDUDUKAN DATO SERI ANWAR SEBAGAI KETUA PEMBANGKANG MEMANDANGKAN PARTI PKR KINI HANYA MEMILIKI 26 KERUSI BERBANDING DAP 28 KERUSI AKIBAT "KATAK-KATAK" YANG MELOMPAT SEJAK KEBELAKANGAN INI..

KHAIRY DILIHAT CUBA MEMLAGAKAN PARTI-PARTI DALAM PAKATAN RAKYAT NAMUN USAHA BELIAU ITU HANYA MEMBUATKAN DIRINYA MENJADI MANGSA KUTUKAN BLOGGER-BLOGGER PAKATAN RAKYAT..PARA BLOGGER MEMPERSOALKAN KELAYAKAN KHAIRY MEMPERKATAKAN HAL INI KERANA DALA PAKATAN RAKYAT SENDIRI PERKARA INI TIDAK MENJADI ISU..KENYATAAN KHAIRY INI MEMPERLIHATKAN BERTAPA BELIAU KETIADAAN MODAL UNTUK TERUS BERSUARA DIARENA POLITIK TANAHAIR..

SEMOGA PERPADUAN DALAM PAKATAN RAKYAT INI AKAN BERTAMBAH UTUH DENGAN ANCAMAN DAN PROVOKASI YANG CUBA DIMAINKAN OLEH PUAK-PUAK UM-NO/BE-END INI..KITA SEHARUSNYA TIDAK TERIKUT DENGAN TARI YANG CUBA DIMAINKANOLEH UM-NO/BE-END YANG CUBA MENANGGUK DI AIR YANG KEROH SETIAP KALI PAKATAN RAKYAT DILANDA KRISIS..KEKUATAN DAN PERPADUAN YANG KITA BINA INILAH YANG AKAN MENJADI MODAL UNTUK KTA MENJATUHKAN PUAK-PUAK UM-NO/BE-END PADA PILIHANRAYA UMUM AKAN DATANG..

No comments:

Post a Comment