KEPUTUSAN Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk tidak berangkat merasmikan mesyuarat agung tahunan Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) yang dijadulakan pada 27 Mac ini di PWTC adalah tepat. Menurut Setiausaha Sulit baginda Mohamad Munir Banir pembatalan itu bagi mengelak salah tanggap dan manipulasi pihak-pihak tertentu terutamanya dalam keadaan politik sekarang.
Katanya, mulanya Sultan berkenan untuk berangkat dan menyampaikan titah ucapan perasmian dengan mengambil kira Perkasa mempertahankan institusi raja, hak-hak orang Melayu dan Bumiputera.
Dalam titah ucapan itu juga kata Mohamad Munir baginda bercadang untuk menasihat Perkasa supaya tidak ekstrem. Mungkin Sultan Selangor menyedari tindak tanduk Perkasa ekstrem dalam memperjuangkan beberapa isu maka baginda bercadang untuk menegur Perkasa.
Bagaimana pun cadangan itu berubah. Pembatalan itu sedikit sebanyak menjejaskan Perkasa sebagai sebuah NGO. Presidenya khabar marah dengan pembatalan itu dan bercadang untuk mengambil tindakan (menyaman) sebuah akhbar. Kenapa?
Pembatalan itu mungkin baginda Sultan Shafaruddin atau penasihat baginda dapat merasai apa yang sedang dimainkan pertubuhan berkenaan. Mungkin juga yang Perkasa sebenarnya adalah alat kepada orang tertentu bagi mencapai agenda peribadi menyebabkan Sultan Shafaruddin membatalkan hasratnya itu untuk mengelakkan diri baginda dibabitkan dengan hal-hal yang tidak sewajarnya dan boleh mencemarkan nama baik baginda.
Sekiranya alasan baginda untuk merasmi Perkasa atas dasar Melayu, Islam dan menjaga hak kepentingan bumiputera lebih baik dan sesuai kalau baginda merasmikan persidangan agung Umno kerana Umno lebih Melayu, lebih Islam dan lebih bumiputera daripada Perkasa. Lagipun dari segi keahlian, ahli Umno lebih ramai berbanding dengan Perkasa.
Bukan itu saja, hampir 99.9 peratus mereka yang menyertai Perkasa adalah ahli Umno, bekas ahli dan termasuk juga mereka yang dipeccat ataupun yang sudah monopous dan tidak laku digadai lagi. Adalah memalukan untuk Sultan merasmikan sebuah NGO yang kualiti ahlinya boleh dipertikai atau kelas 'ayam raga'.
Sepatutnya kepimpinan Perkasa tidak tergamak untuk menjemput Sultan merasmikan pertubuhan itu kalau mereka menyedari akan keburukan ataupun moral sesetengah pemimpinnya.
Rasanya adalah baik dan lebih tepat serta lebih sesuai kalau Perkasa mengundang Dr Mahathir Mohamad untuk merasmi mesyuaratnya lagi pun sudah agak lama Mahathir tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan. Setidak-tidaknya kalau Mahathir dijemput dapat bekas PM itu mengeluarkan idea-idea dan kritikan terbaru beliau termasuklah mengenai ucapan cukup bernas oleh ahli parlimen bebas dari Bayan Baru di parlimen semalam. [wm.kl 6:30 pm 18/03/10]
Sumber : msomelayu.blogspot.com
JEBAT_BERANI : NAMPAKNYA SULTAN SELANGOR TELAH MEMBUAT KEPUTUSAN YANG TEPAT..PERKASA BUKANLAH SEBUAH NGO YANG BENAR-BENAR MEMPERJUANGANKAN HAK ORANG MELAYU..IANYA HANYA MENJADI PLATFORM UNTUK IBRAHIM ALI BERSUARA DEMI KEPENTINGAN PRIBADI BELIAU SAHAJA..HAMBA TIDAK NAMPAK SEBARANG HASIL YANG DILAKUKAN OLEH PERKASA DALAM MEMPERJUANGKAN NASIB ORANG MELAYU..HANYA TERPEKIK TERLOLONG SAHAJA DAN HANYA MENJADI JUARA DALAM MENCETUSKAN ISU YANG BOLEH MENGUGAT KEHARMONIAN RAKYAT MALAYSIA BERBILANG KAUM..
PEMBATALAN KEBERANGKATAN SULTAN SELANGOR MERASMIKAN MUSYUARAT AGUNG TAHUNAN PERKASA NAMPAKNYA KURANG DISENANGI OLEH IBRAHIM ALI..MENGAPA?SUDAH PASTI KERANA IANYA SECARA TIDAK LANGSUNG MENCERMINKAN BAHAWA SULTAN SELANGOR JUGA TIDAK BERSETUJU DENGAN CARA PERKASA MEMAINKAN PERANANNYA..DISEBALIK KONONNYA MEMPERJUANGKAN KAUM MELAYU,PERKASA SEAKAN-AKAN TERLUPA BAHAWA MALAYSIA JUGA MEMPUNYAI RAKYAT YANG BERBILANG KAUM..PERKASA MELALUI PRESIDENNYA SERINGKALI MENGELUARKAN KENYATAAN YANG MENYINGGUNG LAIN-LAIN KAUM DI MALAYSIA..
TINGKAH LAKU PERKASA INI BOLEH MENCETUSKAN PERBALAHAN ANTARA KAUM DAN SEKALIGUS MENGUGAT KEHARMANIAN YANG TELAH KITA SEMUA KECAPI SEKIAN LAMA..SEPATUTNTA PERKASA BERHATI-HATI DALAM MEMBICARAKAN HAK ORANG MELAYU AKAN TIDAK MENYENTUH SENSEVITI LAIN-LAIN KAUM DIMALAYSIA..INI PERLU DILAKUKAN AGAR TIDAK TIMBUL SEBARANG MASALAH YANG BOLEH MENIMBULKAN PERBALAHAN ATAU SALAH FAHAM ANTARA KAUM DI MALAYSIA..
BIHUN SUP UTARA VERSI JEBAT BERANI
-
*HARI INI ISTERI MENYUARAKAN HASRAT UNTUK BERBUKA DENGAN BIHUN SUP
UTARA...SEBENARNYA BUKAN SUSAH PON NAK DAPATKAN BIHUN SUP UTARA NIE...IANYA
BANYAK DIJUA...
12 years ago
No comments:
Post a Comment