WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Thursday, March 4, 2010

RAKYAT SABAH PERLU BERANI TUKAR PEMERINTAH JIKA MAHU NASIB MEREKA TERBELA...


KOTA KINABALU, 3 Mac: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan tindakan dan usaha Kerajaan BN Negeri Sabah dalam usaha untuk meningkat taraf hidup rakyat.

Berikutan itu, beliau mengajak semua rakyat Sabah supaya menukar kerajaan sekarang di bawah BN kepada kerajaan yang lebih adil dan mantap berbumbungkan Pakatan Rakyat pada pilihan raya yang akan datang.

Katanya, dengan kekuatan kuasa rakyat akan dapat menjatuhkan kerajaan BN dalam pilihanraya akan datang.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap pada majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran Pakatan Rakyat, di sini, baru-baru ini. (gambar sebelah)

Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang turut berucap, telah menyentuh isu kemiskinan dan korupsi kerajaan BN Sabah selama mereka memerintah.

Ketua Penerangan PAS Negeri Sabah, Hisamuddin Sulaiman yang mewakili PAS negeri menyeru semua pihak dalam Pakatan Rakyat supaya memperkasakan gerak kerja parti dan mengelakkan pertembungan calon dalam pilihan raya umum akan datang.

Beliau yang juga Yang Dipertua PAS Keningau turut menggesa supaya rakyat bersama dengan Pakatan Rakyat yang lebih dipercayai memerintah berbanding BN.

Katanya, PAS akan terus komited dalam perjuangan menegakkan hak rakyat dan akan memastikan jentera PAS bekerja sepenuh tenaga untuk menumbangkan kerajaan BN.

Program itu dihadiri oleh ribuan masyarakat Sabah yang terdiri daripada pelbagai kaum dan bangsa.

Turut hadir dalam program itu ialah Timbalan Pesuruhjaya III PAS Sabah, Ustaz Aminuddin Aling dan wakil PAS kawasan-kawasan, Dewan Pemuda serta Unit Amal yang bekerja sepenuh tenaga dalam program tersebut.

Sumber : http://paskeningau.blogspot.com

JEBAT_BERANI : SEMEMANGNYA RAKYAT SABAH PERLU MENGUBAH KERAJAAN YANG SEDIA ADA JIKA MAHU NEGERI SABAH SETANDING DENGAN NEGERI LAIN DALAM PEMBANGUNAN...SABAH YANG KAYA DENGAN PELBAGAI HASIL BUMI TETAPI DALAM MASA YANG SAMA MENJADI ANTARA NEGERI TERMISKIN DI MALAYSIA DISEBABKAN PARA PEMIMPINNYA YANG DITIDAK AMANAH..

JIKA RAKYAT SABAH MENGINGINKAN SABAH MENJADI MAJU SEKALIGUS BOLEH MENGUBAH TARAF HIDUP RAKYATNYA,MAKA RAKYAT SABAH PERLU BERANI MELAKUKAN PERUBAHAN..HAMBA YAKIN JIKA SABAH DIPERINTAH OLEH PAKATAN RAKYAT,SABAH MAMPU MENJADI ANTARA NEGERI YANG TERMAJU DI MALAYSIA MEMANDANGKAN KEKAYAAN HASILBUMI YANG DIMILIKINYA..

No comments:

Post a Comment