WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Tuesday, March 2, 2010

KETUA PATOLOGI SG BULUH SETUJU DENGAN DR PORNTHIP!!!



JEBAT_BERANI : KEMATIAN BENG HOCK DIPERAKUI OLEH KETUA PATOLOGI HOSPITAL SUNGAI BULUH SHAHIDAN MD NOOR BAHAWA ADA KEMUNGKINAN KECEDERAAN DI BAGAHAGIAN LEHER YANG DIALAMI OLEH TEOH BENG HOCK DISEBABKAN OLEH CEKIKAN..KENYATAAN SHAIDAN INI SAMA SEPERTI APA YANG DITEMUI OLEH AHLI PATOLOGI THAILAND,DR PORNTHIP ROJANASUNAND SEBELUM INI..BAGAIMANAPUN BELIAU MENJELASKAN DI MAHKAMAH BAHAWA CEKIKAN ITU BUKAN PENYEBAB KEMATIAN BENG HOCK SEBALIKNYA JATUH DARI BANGUNAN TINGGI YANG MENJADI PUNCA KEMATIAN MENDIANG..

“Dia (Dr Shahidan) bersetuju bahawa kecederaan kepada bahagian depan leher kemungkinan tidak berkaitan dengan kejadian jatuh. Ia terbuka kepada hujah bahawa ia kemungkinan wujud kecederaan sebelum jatuh,”KATA MALIK,PEGUAM YANG MEWAKILI KERAJAAN SELANGOR..MALIK MENJELASKAN KEPADA WARTAWAN BAHAWA KECEDERAAN BERKEMUNGKINAN DISEBABKAN OLEH CEKIKAN ATAU BERLAKU PERGELUTAN..BELIAU JUGA MENJELASKAN LAGI BAHAWA TERDAPAT TIGA JENIS KECEDERAAN UTAMA PADA BAHAGIAN LEHER DAN DUA KECEDERAAN ADALAH BERBEZA DARI KECEDERAAN KETIGA,DISEKITAR BAHAGIAN LEHER..“Kini diterima bahawa dua kecederaan di bahagian saraf leher ada berbeza daripada saraf yang di bahagian mendalam,” katanya.

TERDAHULU PEGUAM KELUARGA BENG HOCK,GOBIND SINGH MENGEMUKAKAN PERSOALAN UNTUK MENIMBULKAN KERAGUAN BERHUBUNG PENEMUAN PADA HASIL LAPORAN PERTAMA YANG DIKENDALIKAN OLEH DR KHAIRUL AZMAN IBRAHIM DAN DR PRASHANT NARESH SAMBERKAR..GOBING MENJELASKAN BAHAWA LAPORAN ITU TIDAK CUKUP KERANA TIADA UJIAN DIJALANKAN UNTUK MEMERIKSA TANDA DI SEKELILING LEHER.TIADA PEMBEDAHAN DILAKUKAN KE ATAS BAHAGIAN-BAHAGIAN UTAMA,YANG PALING PENTING KECEDERAAN DI BAHAGIAN LEHER.DUA PERKARA PENTING YANG PERLU DITELITI TIDAK TERDAPAT DALAM LAPORAN PERTAMA..“Pembedahan tidak dilakukan dalam laporan pertama sebagaimana dijalankan dalam bedah siasat kedua,”KATA GOBING SINGH..

DR SHAHIDAM YANG BERSETUJU BAHAWA LAPORAN ITU KEKURANGAN BEBERAPA BUTIRAN DALAM PENELITIAN TERHADAP BAHAGIAN LEHER MENDIANG DAN SEIRING DENGAN HUJAH GOBIND BAHAWA ADALAH SESUATU YANG JANGGAL APABILA KESAN PADA LEHER BENG HOCK TIADA DALAM LAPORAN BEDAH SIASAT PERTAMA,BELIAU BERSETUJU DENGAN SYOR GOBIND BAHAWA LAPORAN ITU TIDAK CUKUP DAN TIDAK LENGKAP...DR SHAHIDAN JUGA MEMPERTAHANKAN PENEMUAN LAPORAN PERTAMA WALAUPUN BERSETUJU DENGAN CADANGAN KEMUNGKINAN ADA ELEMEN DICEKIK..“Kesan pada bahagian hanya akan jelas selepas 24 jam kejadian. Itu sebabnya mereka tidak dapat melihat kesan itu. Kesan cekikan tidak kelihatan pada leher Teoh Beng Hock,” KATA PAKAR ITU..

KEMATIAN BENG HOCK SEBELUM INI TELAH MENGEMPARKAN NEGARA KERANA IANYA ADALAH KEMATIAN PERTAMA MELIBATKAN SAKSI YANG DISIASAT OLEH SPRM..KES INI TELAH MENYEBABKAN RAKYAT HILANG KEPERCAYAAN TERHADAP KETELUSAN SPRM DALAM MELAKUKAN SIASATAN...SEJAUH MANA SPRM TERLIBAT ATAU TIDAK DALAM KEMATIAN BENG HOCK BELUM DAPAT DIPASTIKAN SEPENUHNYA LAGI...WALAUPUN TIMBUL BEBERAPA KERAGUAN MELAMPAU DALAM LAPORAN DAN KENYATAAN YANG DIKELUARKAN OLEH PIHAK SPRM NAMUN SIASATAN KES INI MASIH BELUM MENEMUI HASIL YANG TEPAT LAGI...KITA SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA BERHARAO KES BENG HOCK INI AKAN DISIASAT DENGAN ADIL OLEH PIHAK BERKUASA...

No comments:

Post a Comment