WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Monday, March 1, 2010

KELANTAN SEDIA TERBITKAN FILEM BERUNSUR DAKWAH


KUBANG KERIAN, 27 Feb: Sikap keterbukaan kerajaan Kelantan dalam aspek hiburan diteruskan lagi apabila bersetuju mengadakan perbincangan dengan mana-mana penerbit filem di negara ini bagi menjadikan negeri ini sebagai tapak pelancaran filem-filem yang berasaskan dakwah mahupun pengajaran.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi, Ahmad Baihaki Atiqullah berkata, kerajaan juga sedang mengkaji jenis filem yang akan dipilih untuk ditayangkan kepada masyarakat di negeri ini dan ia semestinya membawa unsur-unsur dakwah dan juga bermoral tinggi.

“Mungkin agak sukar untuk kita berbincang dengan penerbit filem di negara kita sekiranya filem yang mereka keluarkan hanya bermotifkan keuntungan, kerana kalau filem berunsurkan dakwah boleh dikatakan tidak semua remaja meminatinya dan itulah yang kita sedang mengkaji terlebih dahulu,” katanya lagi.

Beliau menyatakan demikian semasa ditemui di Majlis Jalinan Mesra Bersama Masyarakat Tionghua di Kampung Sungai Limbat dalam Dun Pasir Tumboh, semalam.

Sebanyak 30 keluarga masyarakat Tionghua mengadakan sesi dialog bersama wakil rakyat sempena Tahun Baru Cina. Ahmad Baihaki juga turut menyampaikan hamper kepada keluarga yang hadir. (gambar sebelah)

Sebelum ini Kelantan telah mengadakan hari hiburan Islam dengan menayangkan sebuah filem dari Indonesia ‘Ketika Cinta Bertasbih’ yang diadaptasikan daripada novel tulisan Habiburrahman El-Syirazi dan mendapat sambutan menggalakkan.

Ahmad Baihaki juga berkata, Kelantan dahulu lagi tidak menyekat hiburan tetapi terpaksa mengkaji dahulu jenis hiburan yang sesuai dengan kehendak Islam.

“Kita tidak mahu hiburan yang boleh melalaikan remaja di Kelantan dan sebab itulah kita mengambil langkah menutup panggung wayang dan kalau kita nak tayangkan pelbagai filem, ia boleh dibuat di dewan-dewan tertutup seperti di Balai Islam, Pusat Dagangan Kelantan( KTC) maupun di dewan Pusat Tarbiah PAS Kelantan(Putik),” ujarnya

Sumber : Harakah Daily

JEBAT_BERANI : JIKA PERANCANGAN INI BERJAYA HAMBA YAKIN IANYA AKAN MEMBERI KESAN YANG SANGAT POSITIF KEPADA RAKYAT DAN JUGA IMEJ KERAJAAN PAS KELANTAN...SEBAGAIMANA YANG DIKATAKAN OLEH KEBANYAKAN USTAZ-USTAZ BAHAWA ISLAM SAMA SEKALAI TIDAK MELARANG AKAN HIBURAN INI...APA YANG PENTING IANYA TIDAK MENYALAHI APA YANG DITEGAH ISLAM DAN JUGA TIDAK MELALAIKAN..

NAMUN YANG MENJADI TANDA TANYA KEPADA HAMBA SEJAUH MANA PRODUSER-PRODUSER DI MALAYSIA INI SANGGUP MELABUR DALAM PROJEK SEBEGINI KERANA KEBANYAKAN MEREKA HANYA MEMENTINGKAN ASPEK KEUNTUNGANN DALAM PENERBITAN FILEM ATAU DRAMA..KALAU ADA SEKALIPUN FILEM ATAU DRAMA BERUNSUR DAKWAH YANG DITERBITKAN MEREKA,IANYA MASIH JAUH MENYIMPANG DARI APA YANG TELAH DIGARISKAN OLEH ISLAM..

HAMBA BERHARAP SANGAT AGAR PROJEK INI AKAN MENJADI TITIK TOLAK KEPADA TRANFOMASI DUNIA HIBURAN DI MALAYSIA..BIARLAH PARA PRODUSER INI LEBIH BERTANGGUNGJAWAB DAN BERANI DALAM MENERBITKAN FILEM-FILEM ATAU DRAMA BERUNSUR DAKWAH YANG MENEPATI APA YANG TELAH DIGARISKAN OLEH ISLAM...KEJAYAAN PROJEK INI PASTINYA JUGA AKAN MEMBERIKAN MAFAAT KEPADA MASYARAKAT TERUMATAMANYA GOLONGANN MUDA YANG DILIHAT SEMAKIN TERBABAS OLEH PENGARUH DUNIA HIBURAN HARI INI...

No comments:

Post a Comment