KUALA LUMPUR, 18 Mac: Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad mengucapkan tahniah kepada Orang Asli yang mengadakan tunjuk perasaan di Putrajaya semalam kerana menuntut hak mereka yang dicabul.
Katanya, penghormatan patut diberikan kepada mereka kerana keberanian dan boleh mengumpulkan seramai 2,000 orang adalah merupakan suatu perkara yang menakjubkan semua pihak.
Perhimpunan semalam dianjurkan bersama Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia (POASM) dan juga Jaringan Kampung Orang Asli Perak untuk menghantar memorandum kepada Perdana Menteri.
Memorandum tersebut turut menuntut supaya dasar pemberimilikan dimansuhkan dan hak wilayah adat Orang Asli hendalah diwartakan sebagai rizab Orang Asli.
Turut dikepilkan dalam memorandum berkenaan ialah cadangan pindaan Akta Orang Asli (Akta 134) yang dikemukakan Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia.
“Nampaknya Orang Asli lebih sensitif dalam mempertahankan hak mereka yang dicabul oleh kerajaaan BN,” ujar Idris dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.
Ini, katanya walaupun Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal ketika diminta mengulas mengenai perhimpunan itu berkata: Mereka datang bukan untuk protes tetapi untuk berjalan-jalan melawat Putrajaya dan kita juga bagi mereka makan-makan.
Katanya, kejayaan Orang Asli yang mengumpulkan hampir 2,000 orang ke Putrajaya satu perkembangan yang baik.
“Ini bermakna kesedaran politik yang dilaungkan oleh pimpinan Pakatan Rakyat selama ini sudah mendasari hingga ke akar umbi, seperti Orang Asli sudah berani menuntut hak mereka melalui jalan raya,” ujarnya.
Selama ini, katanya Orang Asli hanya menjadi pemerhati dari jauh dan dilihat oleh pemimpin BN sentiasa menyokong tindakan kerajaan.
“Hari ini mereka telah melakarkan sejarah kebangkitan rakyat dan sebagai mercu tanda perubahan politik pada masa akan datang insya Allah,” ujarnya lagi.
Sumber : Harakah Daily
JEBAT_BERANI : KEZALIMAN YANG DILAKUKAN OLEH UM-NO/BE-END MEMBUATKAN TAK KIRA APA JUA KAUM DI MALAYSIA INI MERASA TERANIAYA..JIKA SEBELUM INI HANYA KAUM MELAYU,CINA DAN INDIA SAHAJA YANG TERLIBAT DENGAN DEMONSTRASI,KINI MASYARAKAT ORANG ASLI YANG SEBELUM INI DIKENALI SEBAGAI MASYARAKAT YANG SERINNG TERPINGGIR DARI PELBAGAI MATLUMAT ISU SEMASA TANAHIAR KINI BANGKIT MENENTANG KEZALIMAN DAN PENINDASAN KERAJAAN UM-NO/BE-END TERHADAP MEREKA....
INI SEMUA BERLAKU KERANA MEREKA MULAI SEDAR HAK MEREKA YANG PERLU DIPERJUANGKAN DARI TERUS DIRAMPAS OLEH PIHAK YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB...MALAH MEREKA JUGA TIDAK SANGGUP LAGI BERDIAM DIRI MELIHAT KEZALIMAN YANG DILAKUKAN OLEH KARAJAAN UM-NO/BE-END TERHADAP KAUM MEREKA SELAMA INI..MEREKA TIDAK MENDAPAT PEMBELAAN YANG SECUKUPNYA DARI KERAJAAN YANG MEREKA BERIKAN UNDI SEBELUM INI..
KEBANGKITAN ORANG ASLI INI PASTINYA MEMBERIKAN TAMPARAN HEBAT KEPADA KERAJAAN UM-NO/BE-END..JIKA SEBELUM INI MEREKA SANGAT YAKIN DENGAN MUDAH UNTUK MEMPEROLEHI UNDI KAUM INI PADA SETIAP KALI PILIHANRAYA,NAMUN DENGAN SITUASI INI PASTINYA SEMUA ITU AKAN BERUBAH..MASYARAKAT ORANG ASLI KINI LEBIH PEKA KEPADA HAK MEREKA..MALAH MEREKA KINI LEBIH BERANI MENYUARAKAN PENDIRIAN DAN RASA TIDAK PUAS HATI MEREKA..SEMOGA KEBERANIAN MASYARAKAT ORANG ASLI INI AKAN MEMBERIKAN INSPIRASI KEPADA KITA SEMUA AGAR LEBIH BERANI UNTUK MEMPERJUANGKAN HAK KITA DAN MENENTANG KEZALIMAN KERAJAAN UM-NO/BE-END...
No comments:
Post a Comment