skip to main |
skip to sidebar
JEBAT_BERANI : TINDAKAN IBRAHIM "KATAK" YANG JUGA MERUPAKAN PRESIDEN PERKASA MENDESAK KERAJAAN 1MALAYSIA AGAR MENGHENTIKAN PEMBERIAN PROJEK ATAU TENDER ISTIMEWA KEPADA SYARIKAT KORPORAT CINA YANG TIDAK TAHU BERTERIMA KASIH DIBIDAS OLEH MCA.
KENYATAAN IBRAHIM "KATAK" INI DISIFATKAN OLEH DATUK TI LIAN KER,PENGERUSI BIRO PERTUBUHAN-PERTUBUHAN BUKA KERAJAAN MCA SEBAGAI BERBAU PERKAUMAN DAN TIDAK BERTANGGUNGJAWAB SERTABOLEH MENCETUSKAN SENTIMEN PRASANGKA PERKAUMAN YANG MENEBAL DALAM NEGARA INI.KENYATAAN IBRAHIM "KATAK" INI JUGA BOLEH MENIMBULKAN KETIDAKTENTERAMAN BANGSA MALAYSIA YANG SEMAKIN DIANCAM OLEH ANCAMAN LUAR DAN DALAMAN DIMANA KEHARMONIAN NEGARA BUAT PERTAMA KALINYA TERANCAM OLEH PELBAGAI ISU NASIONAL YANG SENGAJA DIWAR-WARKAN OLEH PIHAK TERTENTU YANG MEMPUNYAI AGENDA MEROSAKKAN KETENTERAMAN NEGARA,ULAS BELIAU LAGI..
JELAS BELIAU LAGI,APA YANG DINYATAKAN OLEH IBRAHIM "KATAK" INI SEHARUSNYA MERUJUK KEPADA SEMUA KAUM BERLANDASKAN PRINSI-PRINSIP YANG MURNI DAN BUKANNYA MENDEDAHKAN KEHODOHAN MUKA PERKAUMAN IBRAHIM "KATAK" INI YANG BERSELINDUNG DI BAWAH PERTUBUHAN PERKASA DENGAN AGENDA POLITIK PRIBADI SEMATA-MATA...BELIAU JUGA MENYIFATKAN KENYATAAN IBRAHIM "KATAK" INI MELULU DAN TIDAK BERASAS ADALAH SATU STRATEGI POLITIK LAMPAU YANG TIDAK BOLEH LAGI DIGUNA PAKAI DALAM ERA 1MALAYSIA YANG MEMPROMOSIKAN KEBERKESANAN DAN SUMBANGAN POSITIF KEPADA PEMBANGUNAN NEGARA YANG DAPAT MEMBAWA KEUNTUNGAN OPTIMUM KEPADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA..
SEMEMANGNYA KITA SEMUA TAHU BAHAWA IBRAHIM "KATAK" INI AGAK CELUPAR DALAM MEMBERIKAN KENYATAAN..TANPA BERPIJAK DI BUMI YANG NYATA,IBRAHIM "KATAK" SERING-KALI MEMBUAT KENYATAAN YANG KONTROVERSI DAN BOLEH MELUKAKAN HATI RAKYAT MALAYSIA YANG BERBILANG KAUM...BELIAU SERING KALI JUGA MEMAINKAN ISU-ISU PERKAUMAN YANG BOLEH MENGUGAT KESTABILAN DAN KEHARMONIAN HIDUP RAKYAT MALAYSIA..DAN KECELUPARAN BELIAU SEJAK AKHIR-AKHIR INI SEMAKIN MENJADI-JADI KERANA TIADA SEBARANG TINDAKAN UNDANG-UNDANG DIAMBIL KE ATAS KECELUPARAN BELIAU ITU...
IBRAHIM "KATAK" DILIHAT CUBA MERAIH POPULARITI DALAM SETIAP KENYATAAN YANG DIKELUARKAN BELIAU...BELIAU YANG SEMAKIN TERDESAK UNTUK MENCARI JALAN AGAR DAPAT DAPAT MENGEKALKAN KEDUDUKAN BELIAU SEBAGAI AHLI PARLIMEN SERING KALI MEMPERGUNAKAN ISU-ISU HANGAT SEBAGAI MODAL UNTUK MERAIH PERHATIAN...NAMUN HAMBA YAKIN PENGGAL INI ADALAH PENGGAL TERAKHIR BUAT BELIAU...RAKYAT TIDAK AKAN MEMBERI PELUANG LAGI BUAT "KATAK" SEPERTI BELIAU INI...."KATAK" TAK SEDAR DI UNTUNG SEPERTI BELIAU INI BUKAN SAHAJA TIADA TEMPAT DALAM PAKATAN RAKYAT,MALAH HAMBA JUGA YAKIN BELIAU TIDAK AKAN MENDAPAT TEMPAT DALAM UM-NO/BE-END JUGA..
KEKECOHANDEMI KEKECOHAN YANG SERING KALI BELIAU TIMBULKAN AKAN MENYUSAHKAN MANA-MANA PARTI YANG BELIAU SERTAI...BELIAU MERUPAKAN JENIS 'KATAK" YANG TAK BERDISPLIN DAN TAK BOLEH DIDISPLINKAN..BELIAU SERING KALI MELAKUKAN SESUATU TANPA MAHU MENGIKUT PERATURAN YANG TELAH DITETAPKAN OLEH PARTI.OLEH ITU HAMBA YAKIN "KATAK" INI AKAN BERHENTI "MELOLONG" PADA PENGGAL AKAN DATANG..DAN SEMEMANGNYA KATAK" INI PERLU DIDIAMKAN LAGI AGAR TIDAK MEROSAKKAN KEHARMONIAN DAN KETENTERAMAN RAKYAT MALAYSIA....
No comments:
Post a Comment