WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Sunday, February 7, 2010

SEDAQ : SIAYAM JANTAN TAK BERTAJI!!

(Ayam UM-NO yang sudah tidak relevan)

Ali Hashim
GEORGETOWN, 6 Feb: Perhimpunan 'Sedaq' sepertimana yang diuar-uarkan akan dihadiri oleh 10 ribu orang tidak kesampaian apabila tidak seberapa orang yang menyertai perhimpunan anjuran pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu yang berkiblatkan Umno dan Barisan Nasional itu.

Walaupun beberapa hari sebelum perhimpunan tersebut diadakan edaran dan makluman serta hebahan dibuat kepada penduduk di Seberang Perai dan Pulau Pinang untuk menyertai perhimpunan tersebut

Bas dan pengangkutan turut disediakan oleh pihak penganjur bagi memudahkan peserta demonstrasi melalui beberapa laluan di Seberang Perai dan Pulau Pinang bermula seawal jam 11.00 pagi.

Namun begitu perhimpunan 'Sedaq ' yang bermula pada jam 12.00 tengahari ketika umat Islam mulai berduyun-duyun untuk menunaikan solat Jumaat tersebut dimanfaatkan oleh penganjur dengan menjadikan tempat letak kereta Masjid Simpang Enam yang letaknya berhadapan dengan Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) dan juga Pejabat Kerajaan Negeri sebagai lokasi strategik untuk mengadakan demonstrasi.

Perhimpunan yang diketuai oleh Datuk Ibrahim Ali selaku Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) turut disertai oleh Pemuda Umno Pulau Pinang yang diketuai oleh Ketuanya Norman Zahalan, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) yang diketuai oleh Jais Karim, Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang dan beberapa NGO lain.

Dalam perhimpunan tersebut para penunjuk perasaan bertindak membakar patung Ketua Menteri, Lim Guan Eng sebagai membantah keengganan Lim untuk menemui mereka walaupun ketika itu Setiausaha Politik kepada Lim, Ng Wei Aik dan pembantu khasnya, Ong Beng Huat menemui wakil perhimpunan tersebut.

Namun begitu apa yang menariknya dalam perhimpunan yang hanya mendapat permit polis bagi berkumpul di perkarangan Masjid Simpang Enam dan bukannya untuk berarak ke Komtar itu tiada seorang pun yang ditangkap atau diberikan amaran oleh polis.

Perhimpunan itu kononnya untuk mempertikaikan nasib Melayu Pulau Pinang di bawah Pakatan Rakyat. Ketika Lim Guan Eng di serang, PAS sebagai parti Islam membela pencapaian Setiausaha Agung DAP itu sebagai ketua menteri Pulau Pinang.

Ketua Penerangannya, Idris Ahmah menyifatkan, kerajaan Pakatan pimpinan Lim Guann Eng berjaya menaikkan imej Melayu dan Islam di Pulau Mutiara yang selama ini terpinggir semasa di bawah Barisan Nasional (BN).

Pada 2008 peruntukan untuk hal ehwal Islam yang dibuat oleh kerajaan BN dalam belanjawan tahun sebelumnya hanya bernilai RM12.5 juta, namun pada pembentangan belanjawan tahun 2008, Kerajaan Pakatan telah menambah kepada RM20.5 juta untuk peruntukan 2009.

“Pada pembentangan Belanjawan 2009 peruntukan meningkat lagi kepada RM24.3 juta untuk 2010. Jumlah ini adalah peruntukan tertinggi yang pernah dinikmati oleh intistusi Islam di Pulau Pinang selama ini,” katanya.

Katanya lagi, kerajaan Pakatan juga memberi pengiktirafan kepada para huffaz dengan memberikan peruntukan RM1.5 juta setiap tahun kepada sekolah-sekolah agama rakyat.

Abdul Malik Abul Kassim, Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang ketika mengulas perkara ini semasa ucapan beliau dalam ceramah anjuran PAS Pulau Pinang di tapak ekspo, Seberang Jaya, berkata demonstrasi yang dianjurkan oleh mereka ini adalah demonstrasi yang tidak berjaya.

"Mereka uar-uarkan untuk mengumpul seramai 10 ribu orang Melayu untuk berhimpun bagi menentang Kerajaan Negeri Pulau Pinang.Tetapi yang datang pada hari itu dan berucap diatas lori itu pun bukannya orang Melayu Pulau Pinang.Datuk Ibrahim Ali bukannya Melayu Pulau Pinang.Dia mewakili parti yang tidak diketahui di Pasir Mas, Kelantan.

"Kini muncul untuk memperjuangkan nasib orang Melayu di Pulau Pinang.Saya cabar Umno Pulau Pinang jika mereka benar mereka ingin memperjuangkan nasib orang Melayu Pulau Pinang, tukar dan ubah dulu Pengerusi Barisan Nasional yang ada di Pulau Pinang.

"Yang itu pun Umno tak boleh lakukan walaupun mereka ada majoriti kerusi yang dimenangi oleh BN jika dibandingkan dengan Gerakan. Tapi itu pun tak dapat mereka laksanakan bagaimana hendak laksanakan reformasi memperjuangkan nasib Melayu Pulau Pinang.

"Dulu semasa mereka berkuasa kenapa mereka tak adakan demonstrasi dan bantahan apabila Melayu memang benar-benar miskin dan ditindas, tapi mereka yang menindas orang Melayu di negeri sendiri.Itu mereka tidaksedar.

"Kini apabila Pakatan Rakyat yang memerintah dan kroni-kroni mereka yang tidak mendapat projek apabila Kerajaan Negeri mengamalkan tender secara terbuka maka mereka kata kita menindas orang Melayu. Sebenarnya apa yang mereka perjuangkan ialah Melayu Umno dan bukannya orang Melayu dalam konteks yang sebenar,"katanya lagi.

Sumber : Harakah Daily
JEBAT_BERANI : BANTAHAN YANG DIBUAT INI NYATA SEKALI MEMPUNYAI MAKSUD POLITIK...IANYA SEKADAR CUBAAN UNTUK MEMBURUKKAN PENTADBIRAN LIM GUAN ENG...KALAU BENAR SEKALIPUN ADA KEKURANGAN DALAM PENRADBIRAN LIM IANYA TIDAKLAH SETERUK YANG CUBA DIGAMBARKAN OLEH PUAK-PUAK TALIBARUT UM-NO/BE-END INI...
MEREKA INI TIDAK IKHLAS MEMPERJUANGANKAN NASIB KAUM MELAYU SEBENARNYA...MENGAPA KETIKA PULAI PINANG DITADBIR OLEH GERAKAN YANG MANA KAUM MELAYU KETIKA ITU SANGAT-SANGAT DAIF DAN TERTINDAS PUAK-PUAK TALI BARUT UM-NO/BE-END INI TIDAK SEPATAHPUN BERKATA-KATA..NAMUN KINI MEREKA SEUMPAMA "AYAM JANTAN" CUBA BERKOKOK MENUNJUKKAN "KEJANTANANNYA"...
HAMBA YAKIN PIMPINAN LIM GUAN ENG TIDAK SESEKALI AKAN MENGANIAYA MASYARAKAT MELAYU PULAU PINANG....APA YANG TERJADI INI HANYALAH CUBAAN JAHAT PUAK-PUAK TALIBARUT UMNO/BE-END UNTUK MENJATUHKAN IMEJ KERAJAAN PAKATAN RAKYAT..HAMBA YAKIN RAKYAT PULAU PINANG MENYEDARI AKAN PERKARA INI...

No comments:

Post a Comment