WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Thursday, February 4, 2010

DAKWA NASIR : BETUL-BETUL ATAU CUBAAN


PUTRAJAYA, Feb 3 — Bekas pegawai khas kepada Perdana Menteri Datuk Nasir Safar akan disiasat berhubung kenyataan didakwa bersifat perkauman yang dibuat di Melaka.

Menteri Dalam Negeri Datuk Hishammuddin Tun Hussein menegaskan bahawa fail siasatan terhadap beliau telah dibuka bagi membolehkan siasatan dibuat mengikut Akta Hasutan 1948.

“Seperti juga laporan polis lain yang dibuat sebelum ini, polis akan menyiasat kes ini dengan telus. Kami perlu mengesahkan setiap kenyataan yang dibuat oleh beliau,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat pasca kabinet kementeriannya di sini hari ini.

Beliau menyatakan demikian ketika diminta mengulas mengenai 12 laporan polis yang dibuat ke atas Nasir berhubung kenyataannya sewaktu seminar 1Malaysia di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka.

Ekoran kenyataan itu, beberapa anggota perwakilan MIC dan MCA yang turut mengikuti seminar itu bertindak keluar dewan sebagai tanda protes.

Hishammuddin berkata tindakan yang diambil ke atas Nasir membuktikan bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri amat telus dan serius dalam mentadbir negara.

“Nasir telah mengenali Perdana Menteri lebih daripada 30 tahun. Jadi ia bukan sesuatu yang peribadi. Ia adalah agenda yang mengatasi soal hubungan peribadi, termasuk pertalian darah kerana kita melihatnya daripada konteks negara.

“Ini juga bukan perkauman. Beliau (Nasir) mungkin telah terlanjur kata, tetapi kesannya sangat buruk jika dimainkan oleh pihak tertentu dan dilihat daripada perspektif lain, selain daripada objektif Perdana Menteri,” katanya.
Sumber : Bernama

JEBAT_BERANI : MARAH SUNGGUH NAMPAKNYE P-END NAJIB ALTANTUYA...KENYATAAN YANG DIBERIKAN OLEH NASIR NYATA MENGECEWAKAN P-END NAJIB...IANYA SECARA TIDAK LANGSUNG MENGAMBARKAN AKAN KEGAGALAN GAGASAN YANG DIPERKENALKAN OLEH NAJIB ALTANTUYA....
NAMUN YANG MENJADI TANDA TANYA BAGI HAMBA APAKAH TINDAKAN MENYIASAT NASIR INI BENAR-BENAR DILAKUKAN ATAU HANYA BERSIFAT SANDIWARA KERAJAAN 1MALAYSIA BAGI MENGAMBIL HATI MASYARAKAT INDIA DAN CINA YANG TELAH TERLUKA DENGAN KENYATAAN NASIR..P-END NAJIB PASTINYA MELAKUKAN SESUATU BAGI MENYELAMATKAN GAGASAN YANG DIPERKENALKAN OLEH BELIAU...

No comments:

Post a Comment