WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Monday, February 15, 2010

BERUK-BERUK UM-NO "JUARA" BERDEMONSTRASI!!

(Beruk-beruk um-no yang ligat berdemo!!)

Angkasanuri

Sehari dua ni cukup 'meriah' Umno mengadakan demonstrasi sana sini. Pantang terjentik dan tercuit sikit tentang 'semangat kemelayuan' Umno terus buat demonstrasi. Nampaknya Umno sudah mula faham apa makna demokrasi.

Sebelum ini, jika pembangkang atau Pakatan Rakyat mengadakan demonstrasi maka selepas itu akan muncul komen dari pemimpin dan media milik Umno.... Berlaku huru hara, peniaga mengalami kerugian, pelabur lari, pembangkang sabotaj ekonomi negara.

Jadi hari ini ekonomi negara dalam keadaan gawat, pelabur tak datang dan suasana politik gawat semuanya berpunca dari Umno yang akhir-akhir ini kerap berdemonstrasi. Umno kena bertanggungjawab!

Khairy Jamaludin hari ini mungkin senyum seorang diri apabila melihat ramai 'beruk' dalam Umno. Istilah yang diberi kepada peserta demonstrasi 'BERSIH' Pakatan Rakyat sebelum ini.

Mungkin selepas ini Umno Pulau Pinang akan turun berdemonstrasi sekali lagi kerana 'termakan' dengan laporan Utusan Malaysia bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng nak membatalkan perarakan Maulidur Rasul.

Mungkin kali ini Ibrahim Ali akan berganding bahu dengan seorang lagi wakil rakyat 'bebas' Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim untuk memimpin demonstrasi berkenaan.

Cuma jangan jadi seperti Abu Jahal dan Abu Lahab dah le, memukul canang dan berarak mengelilingi Kota Mekah serta membuat kenduri besar-besaran sembelih kambing dan unta menyambut kelahiran Nabi SAW tetapi kemudiannya menjadi orang yang paling kuat menentang dakwah dibawa oleh Nabi SAW.

Umno kini memang cukup bersemangat untuk berdemontsrasi. Saya yakin lepas ni banyak lagi demonstrasi akan diadakan oleh Umno dan mereka yang sewaktu dengannya.

Justeru itu memang layaklah Umno mendapat anugerah 'Malaysia Book Of Records' atau mungkin 'Guinness Book Of Records' sebagai parti dalam dunia yang paling banyak mengadakan demonstrasi. Syabas Umno!

Sumber : Harakah Daily

JEBAT_BERANI : MENGATA ORANG PAKU SERPIH..MENGATA ORANG DIE PULAK YANG LEBIH...DULU BUKAN MAIN LANTANG MENGUTUK PAKATAN RAKYAT BILA MENGADAKAN DEMONSTRASI..TAPI SEKARANG TENGOK!!!SAPA YANG LAGI GALAK BERDEMO??!!PANTANG ADA PELUANG JERK MEREKA AKAN BERDEMO..WALAUPUN KADANG-KALA APA YANG DIDEMOKAN ITU ADALAH SALAH...ASALKAN MEMBERI KEUNTUNGAN KEPADA MEREKA MAKA BERDEMO LA MEREKA...

DAN KALAU DILIHAT SEJAK TAHUN BARU 2010 INI UMNO ADALAH JUARA BERDEMONSTRASI SEKALIGUS MEMECAHKAN REKOD SEBELUM INI...CUMA HAIRANNYA MANA PERGI MEREKA-MEREKA YANG LANTANG MENGATAKAN BAHAWA BUDAYA BERDEMONSTRASI BUKAN BUDAYA UMNO DAN RAKYAT MALAYSIA??MANA PERGINYA MENANTU PAK LAH SI KHAIRY NGOK TUE??!!KENAPA DIAM SERIBU BAHASA??KALAU SEBELUM INI LANTANG SANGAT MENGATAKAN BAHAWA MEREKA YANG BERDEMONSTRASI SEBAGAI BERUK-BERUK YANG MELOMPAT DIJALANAN...

BERBEZA DENGAN PAKATAN RAKYAT..DEMO YANG DIANJURKAN OLEH UM-NO INI KURANG MENDAPAT SAMBUTAN WALAUPUN PIHAK MEDIA SERING MELAPORKAN JUMLAH PESERTA DEMO BERKALI GANDA DARI JUMLAH SEBENAR..KALAU YANG PERGI DEMO TUE 20 ORANG PIHAK MEDIA PENGAMPU UM-NO AKAN MENGATAKAN 2 RIBU ORANG..KALAU 200 ORANG PIHAK MEDIA PENGAMPU AKAN MENGATAKAN 20 RIBU ORANG...KASIHAN,KASIHAN.....

No comments:

Post a Comment