WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Saturday, November 14, 2009

ZAMBRY JATUH MB : BILA SUMBANGAN IKHLAS DIKATAKAN RASUAH

KOTA BAHARU- Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membatalkan hasratnya menunaikan fardu haji musim ini kerana bosan dengan kerenah media, yang katanya banyak mempersoalkan permergian beliau ke tanah suci itu yang ditaja pihak tertentu.

Beliau berkata pemergiannya ke tanah suci yang dijadual pada 17 Nov ini ditangguhkan kerana media heboh mempersoalkan pemergiannya itu kerana ditaja orang tertentu yang didakwa mempunyai kepentingan dengan kedudukannya sebagai Menteri Besar.

Nik Aziz, yang juga Mursyidul Am Pas, berkata laporan dalam media dan laman blog mengenai tajaan untuk beliau itu bertujuan untuk memusnahkan kerjaya politiknya.

"Kalau di zaman Nabi dahulu baginda pernah dihalang oleh orang Quraisy daripada memasuki Kota Mekah, maka kini saya dihalang daripada niat untuk mengerjakan haji di tanah suci itu oleh Qurasy Malaysia," katanya ketika menyampaikan kuliah pagi Jumaat di sini hari ini.

Dalam ceramah itu, Nik Aziz berkata, beliau tidak begitu "pelahap" (menagih) tajaan oleh seseorang untuk menunaikan ibadah haji kerana beliau mempunyai wang sendiri, tetapi menerima tawaran itu kerana mahu memenuhi niat orang yang ingin menaja pemergiannya.

"Tapi oleh kerana akhbar geger (bising) sangat, saya tangguhkan dulu niat untuk pergi ke Mekah kali ini," katanya.

Bercakap kepada pemberita kemudian, Nik Aziz mengakui ada pihak membiayai perbelanjaannya untuk menunaikan ibadah haji dan beranggapan ia tidak salah selagi tidak melanggar peraturan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Katanya beliau menerima terlalu banyak tawaran daripada pelbagai pihak yang sanggup menanggung perbelanjaannya ke Mekah.

Sebuah akhbar hari ini melaporkan bahawa SPRM telah membuka kertas siasatan berhubung dakwaan yang Menteri Besar Kelantan dan keluarganya mendapat tajaan untuk menunaikan ibadah haji.

Laporan yang memetik sumber itu menyebut bahawa jika ada unsur rasuah dan salah laku dalam kes itu, SPRM akan mengambil tindakan sewajarnya.
Sumber: BERNAMA

Jebat_Berani : BETAPA BUSUKNYA HATI MANUSIA YANG SANGGUP MENABUR FITNAH SEHINGGA MENYEBABKAN TERHALANGNYA NIAT SUCI TOK GURU NIK AZIZ YANG INGIN MENUNAIKAN IBADAT HAJI DAN SEKALIGUS JUGA MENGHALANG NIAT MURNI SEORANG HAMBA ALLAH YANG INGIN MENYUMBANGKAN TAJAAN BUAT TOK GURU NIK AZIZ MENUNAIKAN UMRAH..

MEREKA MENGAITKAN SUMBANGAN ITU SEUMPAMA RASUAH YANG BIASA DITERIMA OLEH PIMPINAN MEREKA.SEDARKAH DAN TAHUKAH MEREKA BAHAWA BEGITU RAMAI INDIVIDU YANG INGIN MENAJA TOK GURU NIK AZIZ MENUNAIKAN HAJI TANPA MENGHARAPKAN SEBARANG BALASAN.HAMBA SENDIRI PUN JIKA BERKEMAMPUAN JUGA INGIN MENAJA TOK GURU MENUNAIKAN HAJI..

MENGAPA BEGITU RAMAI ORANG YANG INGIN MENAJA TOK GURU NIK AZIZ MENUNAIKAN HAJI..TAK LAIN DAN TAK BUKAN ADALAH KERANA RASA KAGUM DAN HORMAT YANG TERAMAT SANGAT KEPADA TOK GURU DI SAMPING MENGHARAPKAN KEBERKATAN DARI ALLAH S.W.T.. PERKARA INI BUKALAH SESUATU YANG BARU DAN PELIK BAGI KITA..

SEOARANG ULAMAK YANG DILIHAT SANGAT BERJASA KEPADA MASYARAKAT SUDAH TENTU AKAN MELALUI APA YANG DILALUI OLEH TOK GURU NIK AZIZ..MALAH PERKARA SEUMPAMA INI JUGA BIASA TERJADI KEPADA PENDAKWAH ATAU KETUA-KETUA AGAMA LAIN..SEMUA INI HANYA KERANA RASA HORMAT YANG SANGAT TINGGI MEREKA TERHADAP PIMPINAN AGAMA MEREKA..

CUMA BAGI ORANG YANG BERNIAT JAHAT SAHAJA MELIHAT PERKARA INI DARI SUDUT YANG SALAH..MEREKA BERNIAT UNTUK MENJATUHKAN IMEJ TOK GURU NIK AZIZ DI MATA MASYARAKAT..MEREKA SANGGUP MELEMPARKAN FITNAH SEBEGINI KEPADA SEORANG ULAMAK YANG SANGAT DIHORMATI DAN DIKAGUMI RAMAI ORANG HANYA KERANA INGIN MENJAYAKAN MATLAMAT POLITIK MEREKA..

INGATLAH JANGAN SAMPAI NANTI KEMURKAAN ALLAH MENIMPA DIRI KERANA MENGFITNAH PEWARIS NABI BARULAH KESEDARAN DAN KEINSAFAN WUJUB DALAM DIRI..SEMENTARA MASIH ADA WAKTU MAKA SEGERALAH BERTAUBAT..LU PIKIR LA SENDIRI!!!!!

No comments:

Post a Comment