Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz bersetuju untuk menasihati Ir. Abdul Ariffahmi Ab. Rahman melepaskan jawatannya sebagai Ketua Pegawai Ekselutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).
Persetujuan itu diumum Tok Guru Nik Aziz pada satu sidang media selepas pertemuan dengan pimpinan PAS di kediaman Menteri Besar, JKR 10 pagi ini. "Fitnah yang dilempar blogger , surat-surat layang, saya pun terima banyak, untuk jaga nama baik pimpinan Islam, maka saya dengan segala senang hati untuk jaga (elak) fitnah," katanya.
Tok Guru Nik Aziz yang juga Pengerusi PMBK baru-baru ini mempertahankan pelantikan itu dan berkata Ariffahmi yang berkelulusan sebagai jurutera, sememangnya mempunyai keupayaan serta kebolehan memegang jawatan terbabit.
Walaubagaimanapun, beliau bersetuju setelah menerima cadangan dan nasihat dari pemimpin tertinggi PAS iaitu Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Timbalan Mursyidul Am, Datuk Haron Din, Naib Presiden Salahudin Ayub dan Bendahari Dr. Hatta Ramli.
Menurut Tok Guru Nik Aziz, keputusan itu dibuat bagi menjaga nama baik pimpinan islam khasnya pas sendiri sekaligus menyelesaikan kemelut politik yang sedang berlaku di negeri itu. "Semua (yang hadir) menasihati saya supaya menjaga nama baik pimpinan Islam khasnya PAS sendiri untuk menasihat menantu saya supaya mengundur diri dari Perbadanan Menteri Besar (PKMB),"
Dalam pada itu, Ariffahmi yang turut hadir pada sidang media tersebut menerima keputusan tersebut dengan hati yang terbuka memandangkan ianya dilakukan untuk menjaga nama baik banyak pihak. "Saya dapat terima keputusan dengan hati yang lapang, dan sedar keputusan dibuat untuk jaga nama baik kepimpinan dan jaga nama baik PAS, dan juga nama baik kerajan negeri Kelantan," katanya.
Beliau turut berterima kasih kepada Tok Guru Nik Aziz yang memberikan kepercayaan penuh kepada kepadanya sepanjang berada di PMBK. "Saya juga berterima kasih kepada tuan guru kerana beri kepercayaan kepada saya untuk berada di PMBK selama 8 tahun, dan jawatan terakhir saya sebagai CEO semenjak Syawal, dan saya amat hargai kepercayaannya," katanya.
Jebat_Berani : HAMBA MERASA SANGAT KAGUM DENGAN SEMANGAT YANG DITUNJUKKAN OLEH TOK GURU NIK AZIZ DAN MENANTUNYA IR ABDUL ARIFFAHMI BIN ABDUL RAHMAN KERANA MELETAKAN KEPENTINGAN NAMA BAIK PEMERINTAHAN ISLAM MENGATASI KEPENTINGAN PRIBADI..
WALAUPUN HAMBA SANGAT YAKIN MEREKA YANG BERNIAT JAHAT TERHADAP IR ARIFFAHMI AKAN BERSORAK KERIANGAN,NAMUM KEMENANGAN TETAP BERPIHAK MENANTU TOK GURU NIK AZIZ INI..
TOK GURU DAN IR ABD. ARIFFAHMI TELAH MEMBUKTIKAN KEPADA KITA SEMUA BAHAWA PELANTIKANNYA ADALAH JUJUR DAN MENJALANKAN AMANAH YANG DIPERTANGGUNGJAWAPKAN TANPA ADA SEBARANG KEPENTINGAN PRIBADI..
SEDANGKAN KALAU KITA LIHAT DI DALAM UM-NO/BE-END,KRONI DIBELA UNTUK KEPENTINGAN PRIBADI.NAMUM HAL INI TIDAK PULA DIGEMBAR GEMBURKAN OLEH AKHBAR-AKHBAR PENGAMPU..
WALAU APA CARA SEKALIPUN DIGUNAKAN UNTUK MENYOROK SIKAP MEREKA DI DALAM UM-NO/BE-END INI,RAKYAT SUDAH SEDAR DAN TAHU TEMBELANG MEREKA...RAKYAT HANYA MENANTI SAAT DAN KETIKANYA SAHAJA UNTUK MENGHUKUM MEREKA YANG LUPA DIRI INI...
No comments:
Post a Comment