Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang mengkaji penyiaran iklan P1 Wimax broadband yang menimbulkan kontroversi apabila menggunakan perkataan 'potong' secara berulang-kali dalam iklan itu.
Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Senator Heng Saei Kie berkata kandungan iklan itu sedang dalam pertimbangan forum kandungan SKMM untuk menentukan sama ada ia bercanggah dengan kod kandungan yang sepatutnya.
"Bagaimanapun untuk makluman semua, iklan sebelum boleh disiarkan mesti mendapat kelulusan Lembaga Penapisan Filem bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan bukannya kementerian ini," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2010 di peringkat dasar bagi kementerian berkenaan di Dewan Rakyat hari ini.
Terdahulu Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading) mencelah penggulungan Heng bagi meminta kementerian menghentikan penyiaran iklan itu yang dikatakan boleh disalah tafsir.
"Bila kita kata potong ini... lucah sangat la... kita faham (tukar penggunaan talian internet kepada jalur lebar) tapi bagi sesetengah orang, potong itu maknanya potong itulah (merujuk kepada amalan bersunat).
"Saya ingat kalau boleh minta menteri iklan itu dipotonglah," katanya.
Bagaimanapun hasrat Mohamad untuk berhujah mengenai pengwujudan Tabung Kebajikan Penggiat Seni ditegur Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang meminta beliau meringkaskannya.
"Yang Berhormat, sila ringkaskan, saya tidak mahu menggunakan perkataan 'potong' pada Yang Berhormat," katanya, berseloroh.
Mendengar teguran itu, Mohamad segera menghentikan hujahnya dengan berkata: "Jadi begitu saya tidak kena potonglah," yang mengundang ketawa anggota dewan. BERNAMA
SUMBER : http://www.malaysiakini.com/news/117105
ADUHAI BENDE MACAM NIE PON NAK JADI HAL..KALAU BETUL PON PENONTON IKLAN TERSEBUT MENYANGKA POTONG TUE MACAM SUNAT LUCAH KE?SUNAT TUE LUCAH KE??TAK FAHAM BETUL HAMBA..INGAT MENTALITI MASYARAKAT MALAYSIA NIE RENDAH SANGAT KE SAMPAI TAK BLEH NAK FAHAM MAKSUD IKLAN TERSEBUT...CARILAH ISU LAIN UNTUK DIBINCANGKAN DI PARLIMEN..BUAT SEDIH RAKYAT PILIH KO ORANG JADI AHLI PARLIMEN JERK KALAU ASYIK DOK BINCANG ISU SEKECIL INI..MACAMLAH KEBAJIKAN DAN KEPERLUAN RAKYAT DAH SELESAI SEMUA SAMPAI TAKDE BENDA DAH YANG NAK DIBINCANGKAN...
BIHUN SUP UTARA VERSI JEBAT BERANI
-
*HARI INI ISTERI MENYUARAKAN HASRAT UNTUK BERBUKA DENGAN BIHUN SUP
UTARA...SEBENARNYA BUKAN SUSAH PON NAK DAPATKAN BIHUN SUP UTARA NIE...IANYA
BANYAK DIJU...
12 years ago
No comments:
Post a Comment