WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Thursday, November 26, 2009

PENDEDAHAN YANG BIKIN B-END KETAR LUTUT!!

KERAJAAN SELANGOR PERTAHANKAN TINDAKAN TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM


Peguam Yusmadi Yusof yakin rakyat Selangor akan pertahan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung pendedahan punca tanah runtuh Bukit Antarabangsa.Ketika ditemui di Parlimen hari ini.

Kata beliau lagi,adalah tidak mengejutkan sekiranya pemerintah mengambil tindakan terhadap Tan Sri Khalid atas kesalahan membongkar dokumen Akta Rasia Rasmi.

"Bagi saya ini adalah perkara yang amat ditakuti oleh B_END kerana ianya akan membuka pekung di dada:, kata beliau lagi.

Laporan tersebut mendedahkan masalah paip pecah antara yang menjadi punca kejadian tanah runtuh tersebut yang telah menelan nyawa lima penduduk Bukit Antarabangsa.

Namun begitu,Kerajaan Persekutuan telah bertindak pantas dengan memberi alasan dokumen tersebut di bawah bidang kuasa kabinet serta memberi amaran untuk tidak mendedahkan matlumat dokumen tersebut.


Bagaimanapun Yusmadi menegaskan bahawa tindakan khalid itu harus disokong dan dipertahankan atas dasar ketelusan dalam pemerintahan."Di sini kita menunjukkan kita kerajaan yang berkeyakinan tinggi dan tidak takut untuk mewar-warkan salah laku kerajaan terdahulu",katanya.

Pada pendapat hamba sendiri,kerajaan perlulah mengambil sikap lebih bertanggungjawap mendedahkan hal sebenar untuk pengetahuan rakyat.Ini akan melambangkan sikap telus dan jujur kerajaan dan bukannya bersikap menyembunyikan kebenaran dari pengerahuan rakyat.

Rakyat berhak untuk tahu apa sebenarnya yang berlaku dalam tragedi Bukit Antarabangsa ini.Dan sikap Kerajaan Persekutuan cuba menyembunyikan matlumat tragedi ini seolah-olah bagi melindungi pihak-pihak tertentu yang mungkin bertanggungjawap atas apa yang berlaku.

No comments:

Post a Comment