WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Sunday, November 29, 2009

KOLONEL MAT : APA YANG TERSIRAT DISEBALIK UNGKAPAN TOK GURU NIK AZIZ

Tok Guru Nik Aziz (Tok Guru) sekali lagi mencetuskan polemik baru setelah dalam bulan ini berturut-turut beliau diserang dan menyerang. Terbaru kenyataan beliau semasa Majlis Penghayatan Hari Wukuf di PUTIK, pada 26 November 2009 di Pengkalan Chepa Kota Bharu. Selain beberapa kenyataan, yang paling menarik ialah muncul nama "Kolonel Mat" yang ingin menjatuhkan Tok Guru dan Kerajaan Pas Kelantan.

Penulis percaya nama tersebut "wujud" sebagai satu simbol dengan makna yang besar kepada Tok Guru, Kerajaan Pas Kelantan, dan Parti Pas sendiri.Tok Guru selalu membuat kilas bahasa kerana beliau mendalami ilmu mantik dan selalu memakainya sebagai memberi buah fikiran kepada orang sekelilingnya. Sesuai dengan kedudukannya beliau jarang menjual bahasa secara borong agar lahir keupayaan berfikir terutama kepada pendukung Pas.

Di sini penulis amat berminat untuk meneliti dan membahas pemikiran Tok Guru itu, lagipun kenyataan tersebut telah bersambut. Apa yang penulis lihat ialah wujud tiga elemen terhadap "Kolonel Mat".

1. Serangan Peribadi Terhadap Tok Guru dan Keluarga

Umum mengetahui Tok Guru tidak dapat menunaikan haji tahun ini kerana isu tajaan. Selepas itu serangan blogger Kickdefella (Syed Azidi) terhadap menantu Tok Guru di PMBK menyebabkannya terpaksa meletak jawatan. Penulis percaya tuduhan Syed Azidi itu ada kebenarannya walaupun sedikit daripada semua. Adakah Tok Guru sengaja menyembunyikan kesalahan menantunya itu? Penulis tidak fikir bahawa Tok Guru menyembunyikannya kecuali beliau memang tidak tahu.

Tetapi cara Syed Azidi itu seolah-olah ingin memanjangkan cerita melalui internet yang sepatutnya mudah selesai di Kota Darul Naim sahaja. Akibatnya banyak hati yang terluka dalam keluarga itu termasuk Tok Guru sendiri. Dan cerita sensasi itu tersebar sehingga ke dalam poket UMNO.

Apabila Syed Azidi mengakui "Kolonel Mat" adalah ayahnya sendiri, timbul satu persepsi mudah iaitu perbalahan lama kaum keluarga. Sebelah ibu Syed Azidi adalah keturunan Raja Jembal yang juga sama keturunan Tok Guru. Makanya mereka ini adalah satu keturunan, Raja Jembal. Raja Jembal merupakan satu dinasti Raja-Raja seperti juga dinasti-dinasti lain yang terdapat di Kelantan pada suatu masa dahulu.

Pusat pemerintahannya adalah di Kedai Lalat iaitu kawasan kediaman Tok Guru sekarang. Ianya terhapus secara perlahan-lahan setelah muncul keturunan Long Yunus dari Patani yang menjadi Raja Kelantan sehingga ke hari ini.

Dalam sejarah raja-raja, perbalahan keluarga adalah perkara biasa atas sebab-sebab tertentu terutama perebutan takhta. Malah dalam keluarga biasa juga terjadi perkara seperti ini. Penulis tidak ingin menghukum siapa yang benar dan siapa yang salah, tetapi persaudaraan yang jauh akan semakin jauh jika ada walaupun sedikit pertelingkahan. Kadang-kadang walaupun tidak ada pertelingkahan tetapi kerana jarang bertemu seorang jiran tidak akan mesra dengan jirannya.

Apakah Tok Guru ingin memanjangkan pertelingkahan itu (jika ada) yang bermula dari datok atau moyang beliau? Sekali lagi penulis menafikan sekeras-kerasnya dakwaan ini kerana apakah Tok Guru sudah kabur tentang hal ini sedangkan beliau sangat rapat dengan Pencipta Alam. Jika demikian, kenapakah nama "kolonel Mat" disebut?

Inilah kelebihan Fatanah yang ada pada Tok Guru. Tok Guru sedar ahli keluarganya sangat sedih dengan apa yang menimpa mereka terutama Nik Abduh dan Nik Amalina (isteri Arif Fahmi). Nik Abduh dari dulu lagi dilihat rapat dengan Tok Guru dan selalu menulis membela keluarganya jika terdapat apa-apa yang memendungkan keluarga. Nik Amalina pula dengan hati yang hiba menulis membela suaminya itu.

Menyedari hal ini, Tok Guru seperti sengaja ingin mengingatkan dirinya tentang hal itu dan memberi tahu kepada anak, menantu, kaum keluarga dan sanak saudara. Bukan untuk membalas dendam atau memburukkan orang yang telah tiada malah jauh sekali untuk membangkitkan pertelingkahan itu. Apa yang Tok Guru ingin tekankan di sini ialah agar keluarga mereka tidak bersedih dengan apa yang terjadi. Semua ini adalah lumrah dalam kehidupan dan terjadi kepada mana-mana keluarga sekalipun. Dan ayat yang mudah ialah Nabi sendiri mempunyai musuh walaupun di kalangan bapa saudaranya sendiri.

2. Serangan Terhadap Kerajaan Pas Kelantan

Musuh yang nampak bagi Pas Kelantan ialah UMNO tetapi musuh yang tidak nampak terdiri daripada pelbagai jenis manusia termasuk exco, ADUN, dan rakyat Kelantan sendiri. Nama "Mat" ialah sinonim bagi orang Kelantan yang menunjukkan seorang Melayu Islam. Nama yang cantik jadi biasa seperti Ahmad Idris di panggil Mat Yeh, Ahmad Idham dipanggil Mat Daham, dan sebagainya. Kadang-kadang orang Cina Kelantan juga dipanggil Mat pada pangkal nama mereka.

Musuh yang nampak seperti UMNO mudah untuk dikenali dan tidak payah untuk diserang. Musuh yang tidak nampaklah yang selalu membuat kita terperangkap dalam kesamaran. Sejak isu PMBK, Tok Guru diserang kiri dan kanan bukan sahaja daripada UMNO tetapi daripada orang dalam sendiri terutama melalui media internet. Satu isu yang tidak sepatutnya timbul ialah soal pengganti Tok Guru yang dimulai oleh Pesuruhjaya III.

Isu ini menampakkan kelemahan Tok Guru seolah-olah sudah sepatutnya meletak jawatan sedangkan dalam keadaan tertekan itu Tok Guru harus dibantu terutama oleh anak buah beliau. Namun seorangpun tidak memahami hati budi Tok Guru walaupun anaknya sendiri.

Tok Guru seperti keseorangan menyelesaikan masalah yang bermula di PMBK. Selesai sahaja isu ini Tok Guru memulakan serangan ke atas UMNO berkait dengan pemulihan MCA. Penulis melihat ini adalah wajar bagi Tok Guru kembali semula ke permukaan pentas politik setelah ditekan oleh musuh. Untuk menyerang musuh-musuh yang tidak nampak ini Tok Guru menanti saat yang sesuai lalu terkeluarlah perkataan "Kolonel Mat" semasa kenyataan ini di buat.

Apakah sinonimnya pula dengan Kolonel? Usaha-usaha musuh yang tidak nampak ini umpama gerakan bawah tanah yang dibuat oleh tentera. Hanya tentera yang tahu membuat gerakan seperti ini dan sudah tentu tentera-tentera tadi mempunyai kepalanya. Cukup dengan Kolonel sahaja sudah dapat menjalankan gerakan ini yang tidak perlu kepada Jeneral.

Ramai orang dalam di Kelantan yang sudah mencemburui Tok Guru kerana pentadbiran yang bersih dan susah untuk mencari makan. Mereka adalah kepala-kepala parti di setiap peringkat yang sudah terbuai dengan kemewahan. Perkara ini semakin menjadi-jadi setelah Tok Guru menghalang Kerajaan Perpaduan.

3. Serangan Terhadap Pas Pusat

Kekecohan di peringkat Pas pusat terjadi selepas sahaja PRU-12. Muncul irama Kerajaan Perpaduan daripada sebahagian pemimpin lantas memecahkan Pas kepada dua kumpulan. Perkara inilah yang selalu diingatkan oleh Tok Guru sehingga memberi amaran keras kepada Mustafa Ali dan Nasharudin Mat Isa. Namun bergolak semula dengan perangai Pesuruhjaya Pas Selangor sehingga Tok Guru menulis dalam blognya menganjurkan EGM.

Ramai di kalangan pemerhati politik mengenali Leftenan Jeneral Dato' Wan Abu Bakar Omar sebagai ketua Task Force 2010. Para blogger telah mendedahkan kegiatan Task Force ini mempunyai Agenda Melayu antara Pas dan UMNO. Ianya berterusan dan masih menjalankan beberapa strategi yang ramai tidak tahu dan matlamat akhir adalah kejayaan.

Tentera mempunyai pakar stretegi terbaik yang disokong oleh beberapa unit lain untuk menjayakan misi mereka. Kita pernah dengar tentang kejayaan tentera dalam menghapuskan musuh dengan strategi yang hebat.

Inilah yang membimbangkan Tok Guru kerana beliau sedar keupayaannya tidaklah sejauh mana berbanding dengan keupayaan ketenteraan. Oleh itu beliau menghebahkan perkara ini agar semuanya mengambil berat dengan musuh yang di luar jangkaan ini. Sebelum ini tidak ramai yang percaya apa yang dinyatakan oleh para blogger tetapi apabila Tok Guru sendiri membuat kenyataan terbuka maka dengan sendirinya banyak pihak yang membuka mata.
Diharapkan pihak yang ada hubungan dengan Task Force 2010 akan meleraikan ikatan ini secara cepat atau perlahan-lahan.

Tok Guru sudah nyatakan bahawa beliau mempunyai bukti yang sahih dan benar. Oleh sebab itu menjadi tanggungjawab Tok Guru sebagai Mursyidul Am memberi amaran kepada pemimpin, pegawai, dan petugas parti. Ini dilakukan semata-mata untuk menjaga Pas agar tidak berpecah dan musuh pula mengambil peluang. Sudah tentu kenyataan Tok Guru ini adalah untuk menghebahkan kepada ahli-ahli yang mempunyai kuasa memilih pemimpin agar mengetahui sepak terajang politik sebagai perkiraan semasa pemilihan nanti.

Bagi penulis kenyataan "Kolonel Mat" mempunyai maksud tersendiri yang amat mendalam. Sama-sama kita fikirkan.

Sumber : http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=News&file=article&sid=614


Jebat_Berani : SEDIKIT SEBANYAK TULISAN DIATAS HAMBA BERSETUJU..ADA KEBENARAN WALAUPUN IANYA PAHIT UNTUK KITA TERIMA.BERSAMA-SAMALAH KITA MEMPERTAHANKAN TOK GURU NIK AZIZ DAN PERJUANGAN MENEGAKKAN ISLAMYANG DIBAWANYA.

2 comments:

  1. Salam sahabat ku. Kita pertahankan Tok Guru, bukan kerana PAS semata-mata. Tok Guru adalah ulama' yang kuat memperjuangkan Islam. PAS adalah wadah sebagai flatporm untuk berpolitik memperjuangkan Islam. Islam dan Politik tidak boleh di pisahkan, melainkan UMNO yang dangkal sahaja mengatakan Agama tidak boleh di campur dengan Politik

    Kita kena menghormati ulama' sebagaimana sabda nabi Muhammad S.A.W yang berbunyi

    Sebagaimana yang kita ketahui, al ulama warasatul ambiyak. Ianya tersebut dalam sepotong sabda Nabi S.A.W yang bermaksud : "Ulama adalah pewaris-pewaris Nabi. Mereka mewarisi ilmu pengetahuan. Barangsiapa yang mendapatkannya, maka dia beruntung dan memperoleh sesuatu yang besar." (HR Abu Dawud dan lainnya dari Abud Darda' secara marju')

    ReplyDelete
  2. PERTAHANKAN TOK GURU NIK AZIZ DEMI KADAULATAN ISLAM TERCINTA

    ReplyDelete