WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Saturday, November 28, 2009

MCA : AGM AKAN TETAP DIADAKAN!!!

AGM MCA tetap diadakan pada 4 Dis


Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) MCA akan diadakan pada 4 dan 5 Disember ini seperti yang dijadualkan, kata Pengerusi Biro Penerangan dan Komunikasi MCA Senator Heng Seai Kie hari ini.

Menjelaskan kekeliruan yang timbul, Heng dalam satu kenyataan berkata tiada langsung rancangan untuk menjadualkan semula AGM dengan menundanya ke satu tarikh yang lain.

"Ibu pejabat MCA menerima banyak pertanyaan sama ada mesyuarat agung tahunan MCA yang dijadualkan pada 4 dan 5 Disember akan ditunda.

"Saya dengan ini menegaskan bahawa AGM bagi tahun 2009 akan berlangsung seperti yang dijadualkan iaitu 4 Disember untuk Pergerakan Pemuda dan Wanita MCA manakala 5 Disember bagi MCA induk," katanya.Heng, yang juga anggota Jawatankuasa Pusat MCA, berkata sebarang cadangan bagi AGM itu ditunda hanya bertujuan untuk mengelirukan semua perwakilan pusat dan memecahbelahkan parti.

Katanya dakwaan penundaan AGM itu tidak benar dan mereka yang melakukan dakwaan itu tidak bertanggungjawab kerana meletakkan parti dalam situasi bahaya dan boleh mengakibatkan MCA dibatalkan pendaftarannya oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Heng menyeru semua perwakilan pusat MCA supaya tidak mengendahkan cakap-cakap politik seumpamanya dan menghadiri AGM seperti yang dijadualkan demi kepentingan perpaduan parti.Beliau berkata notis untuk mengadakan AGM telah dikeluarkan mengikut perlembagaan MCA.

Sumber- Bernama

Jebat_Berani : NAMPAKNYA MAKIN PARAH LER PARTI MCA DAN SEKALIGUS KESANNYA AKAN MENJANGKITI BE-END.NAK BUAT MACAM MANA BILA DAH KEPENTINGAN PRIBADI MENJADI AGENDA UTAMA MAKA TIMBUL LER POLITIK CATAS MENCATAS..

KEKALUTAN INI PADA PANDANGAN HAMBA HANYA BOLEH DISELESAIKAN DENGAN MENGADAKAN SEMULA PERMILIHAN PARTI.HANYA DENGAN CARA ITU SAHAJA PEMIMPIN YANG BENAR-BENAR MENJADI PILIHAN AHLI PARTI MCA AKAN LAYAK MENJAWAT JAWATAN DALAM MCA.

NAMUN BEGITU,PEMILIHAN SEMULA JUGA ADA RISIKONYA.SELAIN DARIPADA AKAN BERLAKUNYA PERUBAHAN DALAM PARTI MCA,APA YANG PALING DIBIMBANGI ADALAH GEJALA POLITIK WANG.INI SEMESTINYA AKAN BERLAKU KERANA SETIAP CALON AKAN CUBA MENDAPATKAN SOKONGAN UNTUK MEMENANGI PEMILIHAN.

DAN JIKA PEMILIHAN SEMULA INI BENAR-BENAR BERLAKU,SPRM HARUSLAH MENGAMBIL PERHATIAN YANG SERIUS BAGI MENGELAKKAN BERLAKUNYA POLITIK WANG.JANGAN HANYA TAHU NAK SIASAT PARTI DALAM PAKATAN RAKYAT SAHAJA.

2 comments:

  1. Salam Jebat. Orang Cina bijak berpolitik. Tidak macam orang melayu. Walaupun ujud pimpinan baru dalam MCA, Politik orang Cina lebih ke hadapan dan lebih matang. Macam mana Umno hendak ajar orang Cina berpolitik.

    Ramai pemimpin Cina marah kerana memperlihatkan sikap Timbalan Presiden Umno seorang yang angkuh dan memperkecil keupayaan pemimpin MCA menyelesaikan masalah mereka.

    ReplyDelete
  2. WAALAIKUMUSALAM SAHABATKU AYID...
    HAMBA BERSETUJU DENGAN PANDANGAN TUAN HAMBA BAHAWA ORANG CINA LEBIH BIJAK BERPOLITIK BERBANDING ORANG MELAYU..

    AKAN TETAPI DARI APA YANG HAMBA PERHATIKAN,CARA ORANG CINA BERPOLITIK TIDAK SESUAI DENGAN CARA KITA ORANG MELAYU ISLAM BERPOLITIK..TAPI TIDAKLAH SEMUA..HANYA SEBAHAGIAN DAN SEBAHAGIAN LAGI BOLEH KITA JADIKAN PANDUAN UNTUK BERPOLITIK..

    KITA DI DALAM PAKATAN RAKYAT TAK KIRA MELAYU.CINA ATAU INDIA TELAH MENUNJUKKAN PENINGKATANN DAN KEMATANGAN DALAM BERPOLITIK SEJAK KEBELAKANGAN INI..CUMA TAK DINAFIKAN JUGA BAHAWA TERDAPAT JUGA PERBEZAAN PENDAPAT YANG KADANG-KALA MENCETUSKAN ISU-ISU YANG AGAK MEMBIMBANGKAN.

    NAMUN DENGAN SIKAP MATANG DAN TAATKAN PARTI KEBANYAKKAN ISU YANG MELANDA DAPAT KITA ATASI DENGAN BAIK TANPA MENINGGALKAN KESAN BURUK KEPADA PERJUANGAN..

    BERBALIK SOAL TPM INGIN MENCAMPURI URUSAN MCA,SEMEMANGNYA ADALAH SANGAT TIDAK TEPAT KERANA KEMELUT YANG MELANDA UMNO SENDIRI GAGAL DISELESAIKAN DENGAN BAIK DAN IANYA HANYA AKAN MEMPERLIHATKAN SIKAP LUPA DIRI DAN ANGKUH TPM DENGAN APA YANG BELIAU ADA HARI INI.

    HANYA TIDA TERKEJUT JIKA TPM BERTERUSAN INGIN MEMCAMPURI URUSAN MCA AKHIRNYA AKAN MEMBAWA KEPADA PERPECAHAN DALAM BARISAN NASIONAL..KITA TUNGGU DAN SAKSIAKAN SAHAJA APA YANG AKAN BERLAKU SETERUSNYA..

    ReplyDelete