WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Tuesday, November 24, 2009

GANTI SPEAKER : UMNO PAMERKAN KEBODOHAN DIRI

Ganti Speaker: Dr Abdul Isa bukan sembrono



ALOR SETAR, 23 Nov - Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah baru-baru ini dikejutkan dengan teguran daripada dua orang Adun Pembangkang yang mempersoalkan kewajaran Speaker DUN, Datuk Dr Abdul Isa Ismail membenarkan Yahya Abdullah (PAS-Jeneri) menggantikan tempatnya sementara beliau keluar menunaikan solat Asar.

Datuk Seri Mahdzir Khalid (BN-Pedu) dan Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah (BN-Bakar Bata) bangun mempersoalkan perkara tersebut ketika Menteri Besar, Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak (PAS-Sala) sedang berucap menggulung perbahasan.

Semasa insiden tersebut berlaku, Timbalan Speaker, Ustaz Abdul Ghani Ahmad (PAS-Ayer Hitam) belum sampai ke dewan kerana mengalami kerosakan kenderaan dalam perjalanan pulang dari Pantai Timur.

Ustaz Azizan yang sedang berucap tergamam seketika menghadapi situasi ini dan memohon pandangan dari Penasihat Undang-undang Negeri.Bagimanapun keadaan reda apabila Mohd Nasir Mustafa (PAS-Kubang Rotan) bangun memberikan penjelasan.

Menurutnya, perkara tersebut dibenarkan sepertimana yang termaktub dalam buku undang-undang perjalanan dewan."Perkara 3 dalam mukasurat 5 menyatakan Speaker boleh membenarkan mana-mana ahli dewan untuk menggantikan tempat beliau sementara," jelas beliau.

Mohd Nasir yang dihubungi kemudian menjelaskan bahawa Dr Abdul Isa selaku Spekaer merupakan seorang yang teliti dalam membuat sesuatu tindakan."Beliau bukanlah seorang yang semberono apabila bertindak. Apa yang dibuatnya teliti mengikut peraturan yang ada.

Ini sekaligus menidakkan dakwaan sesetengah bahawa dia bertindak zalim khususnya dalam membuat keputusan berkaitan kerusi Dun Kota Siputeh," katanya.

Sumber : Harakah Daily

Jebat_Berani : HAIRAN SUNGGUH HAMBA DENGAN WAKIL RAKYAT BE-END NIE..TAK AMBEK TAHU LANGSUNG KE PERATURAN DUN??KALAU IYE PUN NAK MEMCARI SALAH DAN SILAP KERAJAAN PAKATAN RAKYAT,JANGAN LA PULA SAMPAI KEBODOHAN DIRI TERSERLAH..

HAMBA SEBENARNYA KAGUM DENGAN SPEAKER DUN KEDAH INI..BELIAU SEMEMANGNYA DIPERAKUI SANGAT TELITI DALAM MEMBUAT KEPUTUSANNYA..BELIAU BUKANLAH SESEORANG YANG MEMPUNYAI HATI YANG BUSUK APABILA BERTINDAK KE ATAS ADUN KOTA SEPUTEH YANG PONTENG SIDANG DUN..

APA YANNG BELIAU LAKUKAN SEMEMANGNYA TERTULIS DALAM PELEMBAGAAN TUBUH NEGERI KEDAH..HANYA SPR YANG MERUPAKAN 'SAYAP KANAN' UM-NO/BE-END SAHAJA YANG CUBA MENAFIKAN KEPUTUSAN YANG TELAH DIBUAT OLEH DR ABDUL ISA INI...

No comments:

Post a Comment