Muhammad Yusri Amin
KOTA BHARU, 26 Nov: Rakyat Kelantan berpeluang bersolat Hari Raya AidilAdha bersama Pemangku Raja Kelantan Tengku Muhammad Faris Petra di Masjid Muhammadi Jumaat ini bermula jam 8.30 pagi.
Pengelola Istana D'raja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad berkata, selepas solat AidilAdha baginda akan berangkat ke majlis penghadapan di Istana Balai Besar.
“Oleh itu muslimin dan muslimat serta penduduk bukan Islam boleh mengadap dan berhari raya bersama baginda selepas sembahyang hari raya di Masjid Muhammadi," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Pada hari raya kedua pula baginda akan berangkat ke kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra di Panji bagi menyempurnakan majlis korban.
Manakala pada petang Khamis (sebelum hari raya) Pemangku Raja Kelantan akan berangkat ke makam Al-Marhumah Raja Perempuan Zainab II dan makam D’Raja Langgar dekat sini jam 5 petang.
Sumber : Harakah Daily
BIHUN SUP UTARA VERSI JEBAT BERANI
-
*HARI INI ISTERI MENYUARAKAN HASRAT UNTUK BERBUKA DENGAN BIHUN SUP
UTARA...SEBENARNYA BUKAN SUSAH PON NAK DAPATKAN BIHUN SUP UTARA NIE...IANYA
BANYAK DIJU...
12 years ago
No comments:
Post a Comment