WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Thursday, November 26, 2009

KOTA SIPUTEH : SPEAKER TERIMA KEPUTUSAN MAHKAMAH RAYUAN

Speaker Terima Penggantungan Pilihan Raya Kecil Kota Siputeh

ALOR SETAR, 25 Nov (Bernama) -- Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Datuk Dr Abdul Isa Ismail menerima dengan terbuka perintah penggantungan sementara Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh.

Beliau berkata keputusan penggantungan yang dibuat semalam, ada rasionalnya kerana mahkamah telah memberi alasan yang munasabah.

"Mahkamah Tinggi telah membuktikan saya betul tetapi saya tidak tahu bagaimana dengan keputusan Mahkamah Rayuan nanti," katanya ketika ditemui pemberita di pejabatnya di Wisma Darul Aman, di sini Rabu.

Beliau berkata, pihaknya juga tidak boleh berbuat apa-apa jika kes itu mengambil masa yang lama untuk diselesaikan kerana segalanya terletak dalam bidang kuasa mahkamah.

"Tetapi secara rasmi memang kerusi DUN Kota Siputeh kosong dan sepatutnya ia tidak boleh dibiarkan begitu sahaja kerana rakyat perlu ada wakil mereka," katanya.

Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak juga menerima penggantungan sementara itu dan Kerajaan Negeri juga menerimanya dengan terbuka tanpa bantahan.

Beliau berkata, sekiranya pilihan raya kecil diadakan nanti, PAS akan bersedia bertanding dengan siapa pun calon yang akan diletakkan Barisan Nasional (BN).

Sumber : BERNAMA


Jebat_Berani : KECEWA,SEDIH DAN HAIRAN DENGAN APA YANG BERLAKU BERKAITAN PENHAKIMANN OLEH MAHKAMAH RAYUAN TERHADAP KEKOSONGAN KERUSI DI DUN KOTA SIPUTEH..

BAGAIMANA MAHLAMAH RAYUAN BOLEH MENAFIKAN KEPUTUSAN YANG TELAH DIBUAT OLEH MAHKAMAH TINGGI??ADAKAH KEPUTUSAN YANG DIBUAT OLEH MAHKAMAH TINGGI ITU SALAH??

KITA TELAH DIPERLIHATKAN 2 KES YANG MENUNJUKAN BAHAWA SEOLAH-OLAH MAHKAMAH RAYUAN LEBIH BERKUASA DARI MAHKAMAH TINGGI.PERTAMANYA KES MELIBATKAN STATUS MB DI PERAK..SETELAH MAHKAMAH TINGGI MEMUTUSKAN NIZAR MASIH SAH SEBAGAI MB PERAK,DENGAN 'SEPANTAS KILAT' MAHKAMAH RAYUAN 'MEMBATALKAN' KEPUTUSAN TERSEBUT..

DAN KALI INI MELIBATKAN KERUSI DUN KOTA SIPUTEH PULA.. APAKAH ADA YANG TIDAK KENA DENGAN SISTEM KEHAKIMAN DALAM NEGARA KITA??ATAU ADA PIHAK YANG MENDALANGI KEPUTUSAN YANG DIBUAT OLEH MAHKAMAH RAYUAN INI??HANYA MEREKA YANG TERLIBAT SAHAJA TAHU...

No comments:

Post a Comment