Suruhanjaya Pilihanraya benar-benar terdesak dan meletakkan harapan terlalu tinggi kepada Mahkamah Rayuan untuk memutuskan segera isu DUN Kota Siputeh.
Sekiranya Mahkamah Rayuan tidak membuat keputusan esok,maka SPR tidak mempunyai pilihan lain selain dari mengumumkan tarikh untuk mengadakan Pilihanraya Kecil bagi DUN tersebut.
Mengikut peruntukan di bawah Seksyen 12(3) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981, writ perlu dikeluarkan dalam tempoh sepuluh hari dari tarikh kekosongan.
Jadi tempoh untuk SPR mengumumkan tarikh PRK akan berakhir pada 25hb Nov iaitu lusa.Sekiranya Mahkamah tidak dapat membuat keputusan esok maka tempoh untuk SPR cuma tinggal sehari sahaja lagi.
Jebat_Berani : APA KE HALNYA YANG BERIA-IA BENAR SPR NAK MEMBUAT RAYUAN?SEDANGKAN UM-NO DAN BE-END TAKDE LA PULAK MEMBUAT SEBARANG RAYUAN..ATAU SPR NIE DAH MEMJADI SEBAGAI DARIPADA SAYAP PARTI UM-NO?ATAU SPR NIE TELAH MENJADI SEBAHAGIAN DARIPADA KOMPONEN PARTI B-END??
SPR SECARA TERANG DAN JELAS TELAH MEMPERLIHATKAN SILAP TIDAK TELUSNYA DALAM MENJALANKAN TANGGUNGJAWAP YANG TELAH DIPERTANGGUNGJAWAPKAN..MEREKA DILIHAT SEMAKIN BERANI MENCAMPURI SESUATU URUSAN YANG BERADA DI LUAR KEKUASAAN MEREKA..
HAMBA RASA ADA BAIKNYA SPR DIDAFTARKAN SEBAGAI PARTI POLITIK DAN IKUT BERTANDING PADA MANA-MANA PILIHAN RAYA...INI KERANA SIKAP SPR SELAMA INI SEOLAH-OLAH MEREKA ADALAH SEBAHAGIAN DARI KOMPONEN BE-END..OLEH ADA BAIKNYA MEREKA TERLIBAT SECARA TERANG DALAM KOMPONEN BE-END DENGAN MENDAFTARKAN SPR SEBAGAI PARTI POLITIK..SENANG CERITA
No comments:
Post a Comment