WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Saturday, November 14, 2009

ZAMBRY JATUH MB : PENYELEWENGAN PROJEK PERHUTANAN OLEH KHIR TOYO

Fail OSA Dedah Penyelewengan Projek Perhutanan Dr Khir Toyo
Jajarkan ke Tengah

Projek pemulihan hutan yang diwar-warkan bekas Menteri Besar Dr Khir Toyo boleh membawa keuntungan RM800 juta kepada negeri Selangor dalam masa 20 tahun sebenarnya hanya mampu menjana tidak lebih dari RM500 ribu sahaja.
Projek usahasama Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor dan syarikat swasta ini dibuat dengan hasrat untuk mengimbangi pembangunan fizikal dan alam sekitar, namun bukan sahaja projek ini tidak menguntungkan kerajaan negeri, sebaliknya ia menjadi lapahan syarikat-syarikat kroni Umno-BN.

Kejadian ini didedahkan fail Akta Rahsia Rasmi yang dibuka Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini. Bercakap kepada media selepas sidang Dewan Undangan Negeri, Khalid berkata butiran perjanjian yang di dalangi Dr Khir Toyo ini hanya menguntungkan syarikat-syarikat swasta semata-mata.

“Lebih daripada 5,000 hektar hutan telah dibuka antaranya Bukit Tarek, Rantau Panjang, Hutam Simpan Jeloh dan Bukit Belata. Syarikat-syarikat swasta telah diberi hutan-hutan ini," kata Khalid."Mengikut kenyataan kerajaan sebelum ini, dia dah janji nak bagi hutan kepada syarikat-syarikat terbabit.

Pada tahun 2001, Khir bin Toyo berkata PKPS dijangka mengaut keuntungan RM800 juta dari hasil kayu-balak, hasil pajakan tanah dan royalti," tegas Khalid.Dokumen sulit ini mendedahkan empat projek ini dimeterai antara 2001 hingga 2007, membabitkan tanah seluas 11,000 hektar. Kawasan tanah hutan simpan ini dibahagi-bahagikan dan dipajakkan selama 50 hingga 60 tahun kepada 11 syarikat swasta untuk projek penanaman semula hutan dengan kayu-kayan komersil seperti Jati, Sentang dan Getah.

Khalid berkata dokumen-dokumen ini menunjukkan corak bagaimana projek usahasama diagihkan kepada sekelompok kecil manusia, yang melalui syarikat yang berbeza, turut merebut projek-projek lain.Bahkan sebahagian dari projek-projek sebegini rupa disalurkan kepada syarikat yang tidak aktif, yang dari pengamatan tokoh korporat ini, tidak mempunyai kepakaran untuk menjalankan projek perhutanan semula.

Pemimpin Umno yang disebut sebagai pengarah di syarikat-syarikat terbabit ketika perjanjian dimeterai adalah bekas Menteri Pertanian Tan Sri Sanusi Junid dan Adun Sementa Datuk Abdul Rahman Palil.“Khir Toyo nak gantikan hutan ni dengan pokok getah tetapi setengah syarikat terbabit pula tak pernah tahu tanam pokok getah kerana mereka tidak berkemampuan untuk menanam getah.

Apa yang syarikat Guthrie boleh peroleh pada harga dua ringgit, tetapi di tangan syarikat-syarikat ini, benih getah yang mereka peroleh mencecah RM25 ringgit," ujar Khalid.Khalid berkata ketelusan melindungi wang pembayar cukai dan berharap pendedahan ini dapat mendidik rakyat betapa pentingnya Akta Kebebasan Maklumat supaya semua pemimpin politik lebih bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas.
Sumber : TV Selangor

Jebat_Berani : SEORANG YANG SANGAT LANTANG BILA MENYUARAKAN KESILAPAN ORANG LAIN WALAUPUN ADAKALANYA KESILAPAN ITU TIDAK WUJUP MALAH DIREKA-REKA DEMI MEMBURUKKAN PENTADBIRAN KERAJAAN SELANGOR SEHINGGAKAN TERLUPA DIRI SENDIRI BERBUAT PERKARA YANG LEBIH DASYAT KETIKA BERKUASA..

PRILAKU KHIR TOYO INI SANGAT SESUAI DIGAMBARKAN DENGAN PRIBAHASA KUMAN SEBERANG LAUT KELIHATAN SEDANGKAN GAJAH DEPAN MATA TIDAK KELIHATAN..KHIR TOYO DILIHAT TERLALU CUBA UNTUK MEMBURUKKAN PENTADBIRAN KERAJAAN PAKATAN RAKYAT DI SELANGOR.BELIAU SEOLAH-OLAH TIDAK BOLEH MENERIMA HAKIKAT BAHAWA KEHIDUPAN RAKYAT SELANGOR DI BAWAH PENTADBIRAN KERAJAAN PAKATAN RAKYAT KINI LEBIH BAIK BERBANDING KETIKA ERA PENTADBIRANNYA..

BELIAU SEPATUTNYA MENERIMA DAN SEDAR BAHAWA RAKYAT SELANGOR TELAH MENOLAK PENTADBIRAN BELIAU SEBELUM INI KERANA MENYEDARI WUJUBNYA KETIDAK JUJURAN DALAM PENTADBIRAN BELIAU..NAMUN APAKAN DAYA,KHIR TOYO UMPAMA ORANG YANG 'GILA TALAK' KERANA TIDAK MAMPU MENERIMA HAKIKAT BAHAWA BELIAU SUDAH TIDAK DITERIMA RAKYAT LAGI...

SIKAP TIDAK AMANAHNYA AKAN TERUS DIDEDAHKAN DAN BELIAU AKAN MENERIMA HUKUMAN DI ATAS PERBUATANNYA SELAMA INI..

No comments:

Post a Comment