WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Wednesday, November 25, 2009

ERA NAJIB ALTANTUYA : JANGAN TERKEJUT JIKA UMNO MENDERHAKA PADA TYDP AGONG

Tindakan Sultan Kedah mahu supaya kerajaan pusat berkerjasama dengan kerajaan Kedah membayangkan rasa tidak puas hati baginda terhadap sikap enggan berkerjasama itu.

"Mesti diingat bahawa luahan rasa tidak puas hati Sultan Kedah terhadap tahap kerjasama kerajaan pusat itu hakikatnya merupakan titah Timbalan Yang di-Pertuan Agong kerana Sultan Kedah kini adalah Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

"Kerajaan pusat diterajui oleh Umno yang mendakwa memperjuangkan bangsa Melayu dan kedaulatan raja-raja Melayu. Jika kerajaan pusat membelakangi titah baginda, ia boleh dianggap penderhakaan kepada Timbalan Yang di-Pertuan Agong,

"Saya ingin menyifatkan sikap kerajaan pusat yang enggan berkerjasama dengan negeri-negeri yang ditadbir oleh kerajaan Pakatan Rakyat (PR) bukan sahaja menentang demokrasi malah menghina perlembagaan Malaysia yang menekankan doktrin federalisme.

Saya juga ingin mengingatkan kerajaan pusat bahawa pendirian kerajaan-kerajaan negeri di bawah PR untuk berkerjasama dengan kerajaan pusat bukanlah tanda mengalah tetapi disorong oleh rasa hormat kepada pilihan rakyat melalui amalan demokrasi di samping menjunjung kehendak perlembagaan negara.

"Kerajaan pusat yang diterajui Umno telah bertindak melampau menghina amalan demokrasi dan perlembagaan negara yang menekankan semangat federalisme apabila menubuhkan kerajaan dalam kerajaan dalam negeri-negeri yang ditadbir oleh PR melalui penubuhan Jabatan Pembangunan Persekutuan di bawah Jabatan Perdana Menteri.

"Beberapa kementerian di peringkat pusat pula terang-terang menunjukkan keangkuhan apabila enggan berkerjasama dengan negeri-negeri yang ditadbir oleh PR."Tindakan itu menunjukkan sikap tamak kuasa yang sanggup bertindak melampau sehingga menidakkan suara rakyat dalam amalan demokrasi,"Sikap itu jugalah yang mendorong kerajaan Barisan Nasional (BN) menyalahgunakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan institusi perundangan seperti yang berlaku di Perak dan Selangor.
"Hampir semuanya sudah digunakan oleh Umno dan BN untuk menidakkan pilihan raya melalui amalan demokrasi dan jangan terperanjat jika titah Timbalan Yang di-Pertuan Agong juga diderhakai oleh mereka,"

Sumber : http://gemasuara.blogspot.com/

Jebat_Berani : HAMBA TIDAK MERASA HAIRAN DAN PELIK JIKA UM-NO MENDERHAKA KEPADA TYDP AGONG..UM-NO LANTANG MENGATAKAN PAKATAN RAKYAT TELAH MENDERHAKA KEPADA SULTAN PERAK SEDANGKAN MEREKA ADALAH SEBENAR-BENARNYA PENDERHAKA..

DARI PERISTIWA DI TERENGGANU APABILA MEREKA MEMBANTAH PELANTIKAN MENTERI BESAR DAN JUGA DI PERLIS DAN MEREKA JUGALAH YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG DALAM MENGHADKAN KUASA RAJA-RAJA..

JADI SIAPAKAH SEBENARNYA YANG MENDERHAKA??OLEH ITU TIDAKLAH MENGHAIRANKAN JIKA MEREKA MENERUSKAN TRADISI MENGDERHAKA MEREKA...

p/S : jebat menderhaka demi menegakkan kebenaran..tapi tidak menderhaka kepada allah s.w.t tuhan yang mencipta sekalian alam....

No comments:

Post a Comment