WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Sunday, November 29, 2009

1MALAYSIA : RASUAH SUDAH SEBATI DALAM MASYARAKAT!!!


Penulis sempat membelek akhbar Siasah keluaran 22 - 28 November 2009. Terkejut penulis di muka depan akhbar itu dimuatkan laporan Indeks Persepsi Rasuah [CPI].

Amat memalukan kita sebagai rakyat Malaysia kepada dunia, apabila CPI kita jatuh ranking paling teruk dalam CPI dunia.Kita hanya memperolehi 4.5 mata, iaitu di bawah paras 5 mata, berbanding 5.1 mata bagi tahun 2008. Malaysia berada ditangga ke 56 daripada 180 negara yang dinilai dan ke tiga di kalangan empat negara di Asia Tenggara.


Pada tahun 1995, Malaysia telah dinilai pada kedudukan ke 23 di kalangan 41 negara yang dinilai. Ketika itu Malaysia mendapat 5.28 mata. Di kalangan negara Asia, Singapura menduduki tempat terbaik dengan 9.3 mata di tangga kelima, iaitu 0.4 mata di belakang negara terbaik Finland yang mendapat 9.7 mata. Hong Kong memperolehi 8.0 mata di tangga ke-16, Jepun [6.9 mata] di tempat ke-24 dan Taiwan menduduki tangga ke-35 dengan 5.6 mata.

Tanda aras yang digunakan ialah skor CPI yang diguna pakai oleh Transparency Internasional ialah dari 1.0 hingga 10.0. Skor di bawah 1.0 mata merupakan yang skor yang paling terburuk, manakala skor 10.0 mata merupakan yang terbaik. Transparency International adalah sebuah pertubuhan antarabangsa bukan kerajaan yang diasaskan pada 1993 untuk membanteras rasuah dan menggalakkan urus tadbir yang baik. CPI mula diperkenalkan pada 1995 bagi menilai darjah perbuatan rasuah yang dianggap berlaku di kalangan kakitangan awam dan ahli politik.

Kajian CPI dilaksanakan oleh 12 institusi bebas termasuk Forum Ekonomi Dunia dan Bank Dunia.Trend yang dihadapi oleh negara kita amat membimbangkan kerana ia menyerlahkan amalan rasuah telah berakar umbi dalam masyarakat. Kajian menunjukkan sektor politik merupakan sektor yang banyak dicemari dengan amalan rasuah. Rasuah politik diasaskan dan pelopori oleh UMNO untuk mengejar 3K, iaitu kedudukan, kuasa dan kekayaan.

Rasuah di Malaysia amat sukar dihapuskan kerana kerajaan pimpinan tidak keazaman politik yang kuat, hanya sekadar slogan dan angan-angan kosong sahaja. Ikan-ikan bilis sahaja yang kena, jerung-jerung besar yang terdiri daripada kalangan pemimpin UMNO dibebaskan dan dibersihkan oleh SPRM, PDRM, Peguam Negara dan mahkamah.

Ditambah lagi amalan rasuah yang diamalkan oleh UMNO ini telah diterima pakai oleh sebahagian besar masyarakat [terutama orang-orang Melayu yang berotak udang dan tidak mengamalkan Islam sepenuhnya] sebagai satu budaya baru. Contohnya, mana-mana diadakan pemilihan parti dalam UMNO, politik wang wajib wujud. Nama-nama seperti seperti Mohd Ali Rustam, Ketua Menteri Melaka, Isa Samad, ADUN Bagan Pinang, Mohamad Mohd Taib, Rafidah Aziz, Khairy Jamaluddin, ketua pemuda dan ramai lagi adalah senonim dengan amalan politik wang.
SPRM, PDRM dan Peguam Negara hanya lihat sahaja gelagat amalan rasuah politik yang bermaharajalela dalam UMNO. Macam mana amalan rasuah dan menyalahgunaan kuasa hendak dihapuskan kerana para pemimpin hidupanya dikelilingi oleh wang rasuah.Bagi UMNO tafsiran politik wang bukannya RASUAH.

Sebab itu bagi penganut parti rimba dan kuno itu politik wang adalah halal dan rasuah adalah harus. Politik wang dan rasuah dibenarkan dalam UMNO.Kalau masuk UMNO amalan politik wang dan rasuah tidak berdosa. Politik UMNO bukan ada kena mengena dengan agama. POLITIK SUKU AGAMA SUKU. Bermaksud politik tidak boleh campur dengan agama.

Oleh sebab itu, walaupun pada masa yang sama UMNO mengisytiharkan perang habis-habisan terhadap amalan rasuah, tetapi rasuah terus meningkat dengan rancaknya. Pembelian beberapa orang pemimpin Pakatan Rakyat adalah berunsur rasuah kerana mereka yang belot ini ditawarkan jutaan ringgit dan akan dibebaskan daripada tuduhan rasuah di mahkamah dan kemuncaknya dengan rampasan kuasa di Perak dengan memperalatkan dan memperkudakan istana yang lebih cintakan dunia daripada rakyat.

Rasuah di Malaysia tidak dapat dikawal disebabkan negara ini dipimpin oleh UMNO yang diketuai oleh Najib Tun Razak dan para kabilahnya mengangkat rasuah sebagai satu budaya dalam berpolitik. Saya katakan tadi rasuah dalam UMNO merupakan amalan yang suci, halal dan tidak berdosa [hanya terpakai untuk UMNO dan rakan-rakannya dalam BN sahaja] dan telah diterima umum oleh rakyat.

Tafsiran ini tidak dipanjangkan untuk kemudahan orang lain seperti para permimpin Pakatan Rakyat dan kakitangan awam. Jadi, juak-juak UMNO boleh buat apa saja yang ia mahu kerana kedudukan mereka mengatasi undang-undang negara.

Bagi pemimpin Pakatan Rakyat dan penjawat awam, mereka akan diserang habis-habisan, disiasat, dicari dan diselidiki apa-apa sahaja kesilapan dan kesalahan yang pernah dibuat secara sengaja atau tidak akan dicari sehingga ke lubang cacing, sungguh pun kesalahan tersebut sebesar hama, berbanding apa yang dilakukan para pemimpin UMNO yang bersungguh-sungguh melakukan amalan rasuah, menggunakan kedudukan dan menyalahgunaan kuasa melibatkan nilaian jutaan ringgit, malah ada yang mencapai nilaian berbillion ringgit akan dibiarkan tidak disiasat, kalau disiasat pun hanya sekadar mengikut formaliti sahaja.

Sudah berlori-lori laporan polis dan kepada SPRM [dulu BPR] dibuat berserta dengan bukti-bukti sekali, namun kebanyakannya akan hilang lenyap begitu sahaja dan bagi menunjuk-nunjuk yang ia ada intergriti akan dikeluarkan kenyataan untuk menutup fail dengan alasan ketiadaan bukti kukuh untuk dibuat pendakwaan. Pihak Peguam Negara, polis dan SPRM ingat semua rakyat Malaysia bodoh-bodoh belaka, dengan sehelai kertas bersaiz A4 satu perenggan, mereka harap mereka boleh tutup cerita dan rakyat boleh ditipu bila-bila masa yang dikehendaki.

Kesan dari sikap dauble standard dan diskriminasi ini, maka orang luar menilai kita, kita merapu dan mempermainkan undang-undang untuk menutup amalan kita [baca: pemimpin UMNO] yang mengamalkan rasuah.

SPRM yang ditubuhkan khas berperanan [dari persepsi rakyat] adalah untuk membersihkan UMNO [juga para pemimpinya] daripada sebarang tuduhan mengamalkan rasuah dan menyalahgunaan kuasa. Politik wang dan taburan duit jutaan ringgit serta projek mee segera di setiap kali pilihan raya diadakan [nanti di pilihan raya kecil Kota SiPuteh kita dapat saksikan bersama] tidak dianggap rasuah, malah dianggap sebagai habuan, imbuhan dan telah menjadi tradisi turun-temurun yang perlu dipertahankan.

Di samping itu, SPRM diberi peranan mencari, menyungkil, menyusup, menyamar dan melakonkan watak pencuri bagi merangkap mangsa dikalangan pemimpin Pakatan Rakyat dan penjawat awam. Di kepala otak para pemimpin UMNO rasuah merupakan kaedah yang paling mudah dan ringkas untuk menapak ke takhta kuasa dan kaedah yang paling sesuai untuk mengumpul kekayaan secara pantas dan cepat tanpa perlu berusaha.

Kesan daripada itu Malaysia tidak ada harapan untuk memperbaiki ranking dalam CPI dunia selagi dasar double standard ini terus dilakukan. SPRM juga akan hilang kredibiliti, tidak dihormati malah dibenci oleh rakyat kerana ia dianggap sebagai proksi UMNO. Setakat ini SPRM gagal dalam misinya [kecuali tindakan terhadap beberapa pemimpin UMNO yang tidak ada nilai, pemimpin Pakatan dan penjawat awam] untuk bertindak tegas tanpa takut terhadap beberapa skandal profil tinggi termasuk kematian mengejut Teoh Beng Hock di ibu pejabatnya sendiri, skandal RM12.5 billion PKFZ, skandal rakaman video Lingam manipulasi badan kehakiman Negara.

Nasihat saya [mewakili golongan rakyat prihatin] kepada SPRM hentikanlah siasatan terpilih yang disasaran terhadap pemimpin Pakatan Rakyat yang berbaur politik , manakala pemimpin UMNO/BNyang mampu memiliki mahligai-mahligai besar dan hidup kaya raya penuh dengan kemewahan tidak tersiasat. Jikalau badan pencegah rasuah utama negara kita tidak dapat memberi jaminan untuk berfungsi secara cekap, telus dan saksama, maka tidak hairan Malaysia terus merosot dan akan menjadi lebih teruk lagi, dalam gejala rasuah.
Malu, malu...malu bagi orang-orang yang ada maruah dan berpegang pada prinsip agama menghadapi keadaan ini, negara bukan muslim dan rakyatnya juga bukan Islam boleh bebas dari rasuah, tetapi kita Negara, Negara Islam, rakyatnya Islam dan para pemimpinnya juga majoritinya Islam boleh menjadikan negara ini negara rasuah.

"UMNO HANCUR, RAKYAT SELAMAT"
"SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA" "PROTES SAMPAI TURUN"

Sumber : http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=News&file=article&sid=604&mode=thread&order=0&thold=0

Jebat_berani : MEMALUKAN DAN MENGGECEWAKAN.!!!!!

2 comments:

  1. Salam Jebat sahabat teman,

    UMNO dan rasuah memang sinonim. Seperti aur dengan tebing. Saling bantu membantu. Tanpa rasuah UMNO takkan hidup.

    UMNO = Rasuah, dulu kini dan selamanya ....

    ReplyDelete
  2. benar sahabatku..umno menjadikan rasuah sebagai makanan harian merka..tanpa rasuah mereka akan kelaparan..

    ReplyDelete