WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Thursday, November 26, 2009

1MALAYSIA :MUHYIDDIN YASSIN BERPOLITIK ERA BATU

KUALA LUMPUR, 23 Nov: Tindakan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meminta Tengku Razaliegh Hamzah berfikir dahulu menyertai Kaukus khas parlimen berhubung royalti petroleum disifatkan sebagai primitif dan masih megamalkan politik zaman batu.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar ketika diminta mengulas perkara itu berkata, sikap Muhyidin tidak memperlihatkan mahu memperjuang hak dan kepentingan rakyat sebaliknya masih terikat dengan stigma sempit kepartian.

"Muhyidin ini bagi saya seorang TPM primitif yang amalkan politik zaman batu, di mana tidak boleh menerima pandangan orang lain untuk kepentingan rakyat dan negara," jelasnya.

Muhyidin hari ini membuat gesaan kepada Ku Li, iaitu Ahli Parlimen BN Gua Musang supaya berfikir dan menjaga kepentingan parti sebelum menyertai kaukus tajaan pakatan rakyat itu.Gesaan itu dibuat setelah Ketua Pembangkang semalam mengumumkan Ku Li bersedia untuk bersama dalam kaukus tersebut.

Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS menasihatkan Muhyiddin agar meninggalkan amalan politik secara primitif itu."Dia (Muhyiddin) patut tinggallah politik primitif itu sebab negara sekarang sedang menuju pada suatu yang disebut politik baru, berasaskan maklumat, keadilan perlembagaan serta meletakkan kepentingan rakyat adalah segala-galanya."Ujar Mahfuz lagi, tindakan Muhyiddin itu menggambarkan bahawa beliau lebih pentingkan Umno dari rakyat.

"Kalau Muhyiddin Timbalan Perdana Menteri 1Malaysia yang pentingkan rakyat, dia takkam halang Kuli...inilah wajah sebenar Muhyidiin (iaitu) lebih penting parti dari rakyat," jelasnya.
Beliau juga menganggap Muhyiddin cuba mengkhianati prinsip persekutuan-negeri, seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Beberapa hari lalu, Ku Li dicadangkan mengetuai Kaukus Parlimen demi menyiasat keputusan kerajaan untuk memberi 'wang ehsan' hasil Royalti Minyak kepada rakyat Kelantan, tanpa melalui Kerajaan Negeri.Cadangan tersebut setelah Ahli Parlimen Pembangkan kecewa dengan keputusan kerajaan Persekutuan menafikan hak rakyat Kelantan untuk menikmati royalti minyak di negeri mereka.

Kedudukannya sebagai bekas Menteri Kewangan era 1970an dan pernah mengikuti siri perjanjian persefahaman (MoU) Akta Pembangunan Petronas meletakkan beliau layak memimpin badan bebas di bawah kuasa Parlimen.

Sumber :Harakah Daily

Jebat_Berani : SUNGGUH-SUNGUH MENDUKACITAKAN APABILA SEORANG TPM SANGGUP MEGENEPIKAN HAK RAKYAT DEMI 'POLITIK KAMPUNGNYA'INIKAH YANG DIKATAKAN 1MALAYSIA..SLOGAN YANG SERING KALI KITA DENGAR SEJAK KEBELAKANGAN INI SEHINGGAKAN MENJADI UCAPAN WAJIP BAGI PENGAMPU UM-NO/BE-END..

APAKAH AMALAN POLITIK SEMPIT INI MENCERMINKAN SIKAP TERBUKA DAN SANGGUP BERKORBAN DEMI MEMPERJUANGKAN HAK RAKYAT??KITA SEDIA MAKLUM BAHAWA SETIAP NEGERI YANG MEMPUNYAI MINYAK DI PERAIRANNYA DALAM JARAK TERTENTU LAYAK MENERIMA WANG ROYALTI SEBAGAIMANA YANG DINIKMATI OLEH NEGERI TERENGGANU..

MENGAPA KERAJAAN BE-END BERSUNGGUH-SUNGGUH HENDAK MENAFIKAN HAK YANG SEPATUTNYA DINIKMATI SETIAP RAKYAT YANG NEGERINYA MEMPUNYAI HASIL MINYAK??APAKAH HANYA NEGERI YANG DIKUASI OLEH BE-END SAHAJA LAYAK MENERIMA WANG ROYALTI INI??

TINDAKAN MUHYIDDIN MENHALANG TENGKU RAZALEIGH MENYERTAI KAUKUS INI HANYALAH MENCERMINKAN KETIDAK MATANGAN BELIAU DALAM BERPOLITIK..IANYA SECARA TIDAK LANSUNG MENYANGAH SLOGAN YANG DIILHAMKAN OLEH PE-END NAJIB IAITU 1MALAYSIA RAKYAT DIDAHULUKAN ,PERCAPAIAN DIUTAMAKAN

No comments:

Post a Comment