WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Tuesday, November 24, 2009

TENGKU RAZALEIGH HAMZAH SERTUJU KETUAI KAUKUS

Ku Li setuju ketuai kaukus bincang royalti petroleum di Parlimen

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah bersetuju mempengerusikan kaukus petroleum bagi meneliti rang undang-undang mengenai petroleum yang akan dibentangkan dan dibahaskan pada sesi Parlimen kali ini.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata beliau dimaklumkan Razaleigh, bekas Menteri Kewangan mengenai persesetujuannya untuk bersama kaukus itu.

"Saya dimaklumkan oleh beliau (Tengku Razaleigh) bahawa beliau setuju bersama kaukus ini dan kita cadangkan kaukus ini mewakili semua parti."Kita akan jemput wakil dari Umno dan MCA selain dari Pakatan Rakyat dan negeri pengeluar minyak termasuk Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak," katanya pada sidang media di pejabat Ketua Pembangkang, Parlimen di sini, hari ini.

Rabu lalu, pemimpin parti pembangkang yang mengadakan pertemuan dengan Razaleigh mahu beliau mempengerusikan satu kaukus mengenai pertikaian wang royalti minyak membabitkan Kerajaan Persekutuan dan Kelantan.

Sumber : Berita Hairan!!

No comments:

Post a Comment