
Beliau berkata PAS Selangor berada dalam keadaan kukuh dari peringkat bawahan sehingga peringkat kepimpinan tanpa sebarang masalah termasuk hal berkaitan pengurusan serta aktiviti yang dirancang.
"Kita tidak ada masalah, malah saya boleh katakan Pas sekarang berada dalam keadaan yang sangat kukuh berbanding sebelum ini.
"Semua aktiviti kita berjalan seperti biasa tanpa satupun yang tertangguh mahupun ditangguhkan," katanya.
[Isu tentang perletakan jawatan sebenarnya sengaja diada-adakan oleh musuh dalam usaha untuk mengkucar-kacirkan PAS Selangor. Terdapat serangan terancang yang dilakukan oleh puak-puak UMNO Selangor pimpinan Khir Toyo sekarang ini. Oleh itu PAS Selangor harus berhati-hati dan perkukuhkan hubungan dalam Pakatan Rakyat, agar mereka terus cemburu dengan senario yang bakal terjadi ini hendaknya].
No comments:
Post a Comment