WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Sunday, November 29, 2009

LELONG-LELONG : KERAJAAN SELANGOR BELI RUMAH PPRT YANG DILELONG BANK BAGI MEMBANTU RAKYAT

Kerajaan Negeri Selangor akan membeli unit-unit rumah Projek Perumahan Rakyat Tempatan (PPRT) yang akan dilelong bank sekiranya hutang-hutang sewa tidak dapat dilangsaikan dalam tempoh terdekat.

Menurut Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Perihatin, Dr. Xavier Jayakumar, isu ini sedang dibincangkan oleh kerajaan negeri untuk mencari jalan membantu penghuni-penghuni PPRT di Selangor.

Xavier berkata, ini berikutan daripada gesaan bank kepada kerajaan negeri supaya bertindak menyelesaikan hal ini.Katanya, bank akan melelong rumah-rumah tersebut sekiranya penghuni tidak dapat menjelaskan sewa dalam tempoh tertentu. Bagaimanapun, kerajaan negeri dalam usaha untuk mendapatkan jumlah tunggakan yang sebenar.

"So dalam mesyuarat Exco kita telah bincang isu ini dan mungkin kita akan adakan satu program baru dimana kita akan minta bank-bank ini bila rumah-rumah ini yang dibiarkan dan tidak dibayar, mereka kena beritahu dengan kerajaan dulu berapa ramai rumah dia, siapa yang beli, siapa tak boleh bayar dan nak lelong untuk berapa".Beliau berkata demikian kepada media dalam satu majlis di Klang, hari ini.

Menurut Dr Xavier, setelah kerajaan negeri mengambilalih, pinjaman penghuni-penghuni, maka pihaknya akan mengatur semula pinjaman penghuni-penghuni PPRT dan akan mengurangkan kutipan sewa jangka panjang sebanyak RM150 sebulan."Kita punya cadangan, belum lagi pasti, tapi cadangan kita ialah negeri beli rumah ini semua. Sebab kita yang mulakan program ini dan kita akan hadir program ini. Dan kita katakan rumah-rumah ini untuk orang miskin," katanya.
Walaubagaimanapun, cadangan ini masih dalam perbincangan kerajaan negeri. –Hadri Yaziz.

Jebat_Berani : SATU USAHA YANG MURNI DAN PATUT DIJADIKAN CONTOH KEPADA SEMUA KERAJAAN NEGERI.NAMUN BEGITU KAJIAN TERPERINCI HARUS DILAKUKAN BAGI MEMASTIKAN TIADA SEBARANG KELEMAHAN YANG AKHIRNYA BOLEH MERUGIKAN KERAJAAN NEGERI DAN SECARA TIDAK LANSUNG MENJEJASKAN KEWANGAN KERAJAAN NEGERI.

3 comments:

  1. idea yang bagus utk diketengahkan ..yg penting rakyat untung drp menguntungkan tokey2 besar yg bernafsuu besar dan tamak..ini ler sekian lama dasar kapitalis menyelubungi negara kita..rakyat selalu jadi mangsa kerakusan pihak 2 berkepentingan ..

    ReplyDelete
  2. wahai jebat yang berani..beranikah anda linkkan blog teman di laman blog anda ..demi tingkatkan ukhwah sesama kita ..islam dijulang dan kita sama2 berjuang..

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete