WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Thursday, November 26, 2009

NAJIB ALTANTUYA : PE-END CAKAP BOLEH!! MENTERI KATA KAJI DULU

Azamin Amin

KUALA LUMPUR, 25 Nov: Parlimen hari ini menyaksikan 'pertembungan' antara pendirian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Kementerian Dalam Negeri berhubung isu kebenaran perhimpunan aman.

Perkara itu tercetus apabila Dr. Mujahid Haji Yusof Rawa (PAS-Parit Buntar) yang meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan bilakah pihak Kementerian akan membenarkan perhimpunan aman diadakan di tempat yang selesa dan selamat seperti di stadium atau seumpamanya bagi mengimbangi keperluan hak untuk berhimpun dan kepentingan keselamatan awam.

Bagaimanapun bagi pihak kementerian Datuk Wira Abu Seman Yusop (BN- Masjid Tanah) menjelaskan ianya sedang dikaji kerana ianya melibatkan pelbagai pindaan akta antaranya akta polis.Tidak puas hati dengan jawapan itu, Mujahid mengkritik tindakan kerajaan yang sentiasa menggunakan istilah 'kaji' dan mengambil masa terlalu lama untuk melaksanakan kebenaran itu.


"Dah lama dah dengar perkataan kaji, kaji ni. Yang kita nak tau bilakah...dan sediakan tempat selesa untuk demonstarsi aman," katanya.Sementara itu turut mencelah ialah Datuk Ngeh Koo Ham (DAP- Beruas) yang merujuk kepada kenyataan Najib sebelum ini tentang perhimpunan aman."PM kata boleh guna stadium tapi bila Pakatan Rakyat Perak nak buat perhimpunan aman di stadium tidak dibenarkan!" katanya mendapat sorak-sorai sokongan daripada rakan-rakan ahli parlimen yang lain.

Ogos lalu, Najib selepas berlangsung Perhimpunan Mansuhkan ISA di Kuala Lumpur yang mendapat sambutan lebih 100,000 peserta telah mengumumkan kerajaan bersedia untuk membenarkan tempat awam seperti stadium digunakan bagi mengadakan sebarang perhimpunan aman.Kenyataan Najib itu menunjukkan kelemahan kerajaan Umno dan BN dalam memahami erti kemerdekaan dan demokrasi.

Ini dapat dilihat, selama ini parti pembangkang bukan hanya dihalang dari menggunakan premis-premis awam untuk program penerangan parti seperti ceramah, dialog mahupun perhimpunan aman, lebih dukacita menggunakan premis awam untuk kegiatan-kegiatan sosial seperti hari keluarga, kempen kemasyarakatan,derma darah dan gotong-royong.

Sumber : Harakah Daily

Jebat_Berani : CAKAP BERBELIT-BELIT MENGALAHKAN ORANG MABUK ARAK SEBALDI..BERHIMPUN DI TEMPAT TERBUKA SALAH!NAK GUNA KEMUDAHAN DEWAN ATAU STADIUM TAK BAGI!!DEMOKRASI APAKAH INI!!!

CARA UM-NO/BE-END NIE MENUNJUKAN SIKA 'PENGECUT' MEREKA UNTUK BERTARUNG DENGAN PAKATAN RAKYAT SECARA 'GENTLEMAN'..MEREKA UMPAMA SEORANG 'PENDEKAR' YANG HANYA BERANI BERTARUNG APABILA TANGAN DAN KAKI LAWANNYA 'DIIKAT'..

INIKAH YANG DIKATAKAN SEBUAH NEGARA DEMOKRASI??!!DI MANA PIHAK PEMBANGKANG SENTIASA DINAFIKAN HAK UNTUK MENYAMPAIKAN MATLUMAT KEPADA RAKYAT??!!SEDANGKAN DI NEGARA KOMUNIS SEKALIPUN, PIHAK PEMBANGKANG MENDAPAT HAK YANG SAMA DENGAN PARTI PEMERINTAH UNTUK MENYAMPAIKAN SEBARANG MATLUMAT KEPADA RAKYAT..

KENAPA UM-NO/BE-END BEGITU 'PENGECUT' UNTUK BERHADAPAN DENGAN PAKATAN RAKYAT SECARA 'GENTLEMAN'??!!ATAU MEREKA BIMBANG PAKATAN RAKYAT AKAN MENDEDAHKAN PENYELEWENGAN YANG TELAH MEREKA LAKUKAN??!!

INGATLAH!!!WALAU BAGAIMANA SEKALIPUN UM-NO/BE-END MENYEKAT PAKATAN RAKYAT,MEREKA TETAP AKAN GAGAL KERANA PERJUANGAN PAKATAN RAKYAT UMPAMA AIR YANG MENGALIR...




No comments:

Post a Comment