WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Sunday, November 29, 2009

KEMELUT MCA : PENYOKONG LIOW UGUT KELUAR PARTI

Anggota jawatankuasa pusat (CC) MCA yang menyokong naib presiden Datuk Seri Liow Tiong Lai berikrar untuk meletak jawatan bagi mendesak supaya pemilihan baru pucuk pimpinan parti itu diadakan.

Bercakap dalam satu sidang akhbar, Liow berkata, 13 daripada anggota CC yang dipilih, telah menandatangani surat peletakan jawatan tidak bertarikh dan sedang menunggu masa yang sesuai untuk menyerahkannya kepada parti.

Tiga belas anggota CC yang menyokong naib presiden MCA itu, turut menghadiri sidang akhbar tersebut seleps sesi taklimat kepada perwakilan parti itu di ibupejabat MCA hari ini.Tetapi mereka perlu meyakinkan tujuh lagi daripada 30 anggota CC - bagi mendapatkan jumlah satu pertiga - bagi memaksa pemilihan baru dapat diadakan.

Awal pagi ini, lebih 1,600 penyokong Liow meluluskan satu deklarasi di sesi taklimat khas hari ini, menggesa pucuk pimpinan parti itu membenarkan pemilihan baru diadakan bagi menyelesaikan krisis parti.

Menurut mereka, krisis itu dianggap berpunca daripada kegagalan pucuk pimpinan parti untuk menerima dan melaksanakan resolusi mesyuarat agung tergempar (EGM) pada 10 Oktober lalu.Liow berkata beliau dan penyokongnya berharap pemilihan baru dapat diadakan dalam tempoh 60 hari.


Katanya, apabila peletakan jawatan dibuat, pihak parti mesti mengadakan pemilihan baru bagi jawatankuasa pusat dalam tempoh 30 hari seperti yang ditetapkan oleh perlembagaan parti.

Menurut Liow, kata sepakat telah dicapai dengan puak yang menyokong presiden Datuk Seri Ong Tee Keat dan penyokong timbalannya, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek bahawa pemilihan baru adalah penting.

Liow bagaimana tidak bersedia untuk menyatakan sama ada Ong dan Chua bersetuju atau tidak, atau sekurang-kurangnya telah dimaklumkan mengenai cadangan pemilihan diadakan dalam tempoh 60 hari.


Liow berkata, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin banyak terbabit dalam membantu menyelesaikan krisis MCA dan meminta pemberita merujuk kepada Muhyiddin.

Satu halangan kepada usaha puak Liow itu adalah mesyuarat agung (AGM) parti pada 5 Disember ini, yang mereka harap dapat ditangguhkan supaya pemilihan baru dapat diadakan sewaktu AGM pada tarikh kemudiannya.

Liow berkata tidak timbul soal perundangan untuk menangguhkan AGM tahun ini - dengan mengadakan dua AGM dalam satu tahun - kerana Umno telah pernah berbuat demikian dengan kebenaran Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Semalam, ketua penerangan MCA, Heng Saei Kee berkata parti itu tidak menangguhkan AGM pada 4-5 Disember dan mendakwa mereka yang mendakwa ia ditangguhkan, berniat untuk menimbulkan kekeliruan.


Para pemerhati berpendapat, puak Liow berusaha supaya pemilihan baru parti itu diadakan segera untuk memanfaatkan gelombang tidak pua hati terhadap Ong.

Manakala Ong pula mahu pemilihan itu diadakan selepas pertengahan tahun depan untuk memberinya masa meminda sistem pemilihan parti, bagi meluaskan jumlah pemilih, yang tidak terhad kepada 2,400 perwakilan sahaja.


Sumber : Malaysiakini
Jebat_Berani : NAMPAK GAYANYA MAKIN BERSERABUTLAH PARTI MCA KALI NIE..PUAK-PUAK YANG BERKEPENTINGAN SALING BERUSAHA MENCAPAI MATLAMAT MASING-MASING MELALUI CARA YANG MEREKA FIKIRKAN BETUL..DAN MUHYIDDIN YASSIN PULA DILIHAT CUBA MENJADI HERO UNTUK MENYELESAIKAN KEMELUT YANG MELANDA MCA.
NAMUN MUHYIDDIN LUPA BAHAWA PARTI BELIAU SENDIRI TIDAK MAMPU BELIAU URUSKAN DENGAN BAIK TETAPI CUBA PULA NAK MENYELESAIKAN MASALAH YANG MENIMPA MCA..JANGAN JADI BERUK YANG CUBA MEMBAIKI LABU SUDAH LE...

No comments:

Post a Comment