WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Wednesday, November 25, 2009

DR ASRI PERSOAL PEGAWAI JAIS KUTUK TGNZ DAN TGHH

KUALA LUMPUR, 24 Nov: Bekas Mufti Perlis Dr Asri Zainul Abidin mempersoalkan tindakan seorang pegawai JAIS yang terlibat dalam kes beliau, yang turut mengutuk Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat dan Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Pegawai terbabit yang juga AJK Pegawalan Aqidah Majlis Agama Islam Selangor dikatakan turut menyesatkan kedua-dua tok guru itu dengan tuduhan wahabi."Dii sini disertakan tulisan-tulisan pegawai JAIS yang terlibat dalam kes saya.

Tulisan-tulisan ini dipetik dari blognya. al-Subki adalah nama penanya."Tulisan-tulisan menunjukkan beliau juga turut menyesatkan YAB Nik Aziz dan YB Hj Abd Hadi dengan tuduhan wahabi. 'Anak Pak Wahab' itu merujuk ke pengikut wahabi." kata Dr Asri kepada Harakahdaily.

Tinjauan Harakahdaily mendapati terdapat satu carian alsubki2.blogspot.com di bawah nama Ustaz Mahfuz Muhammad @Hj. Khalil, dipercayai AJK Pegawalan Aqidah Majlis Agama Islam Selangor terbabit.Terdapat satu tulisan Mahfuz bertarikh 18 March 2009 dibawah tajuk "Dari blog Ahli Sunnah Wal Jamaah Diari - Mesyuarat Anti Wahabi" berhubung penentangan untuk mengekang gerakan fahaman Wahabi di negara ini.

"Untuk penjelasan lanjut, boleh layari laman blog sahabat saya al-subki.blogspot.com. yang membicarakan dengan lebih terperinci lagi mengenai fahaman ini. Atau sekiranya ada soalan, saya akan cuba memberi jawapan sebaik mungkin," tulis Mahfuz dalam blognya.

Harakah daily bertanya kenapa blog asal al-subki ini telah bertukar, Dr Asri menjawab ianya disebabkan oleh satu kes yang berlaku, yang tidak mahu didedahkan beliau."Dia ini telah mengutuk dan menghina Ustaz Nik Aziz dan Ustaz Hadi lebih dulu daripada saya."Orang seperti ini tidak boleh dibiarkan, sehingga ramai marah dan jika dibiarkan akan semakin melampau," katanya yang merujuk keratan yang diemaikan kepada Harakahdaily.

Tiga keratan antaranya bertarikh 26 Jun 2008, membabitkan kutukan beliau terhadap Nik Aziz dan Abdul Hadi.Salah satu keratan di bawah tajuk "Nik Aziz dan Allah duduk lendik atas arash" memuatkan petikan dipercayai daripada tulisan pegawai terbabit yang antaranya berbunyi :"Kalau di lihat sejarah beliau di Kelantan sejak pulang dari luar negeri telah dilihat membawa fahaman songsang...

"Dr Asri membangkitkan apakah pegawai JAIS 'dibiarkan' oleh Kerajaan Selangor dengan tujuan tertentu dan sewajarnya satu tindakan perlu diambil berhubung isu ini."Apakah ini pendirian Kerajaan Selangor, atau hanya JAIS?" katanya yang mahu perkara ini didedahkan untuk pengetahuan umum.

Sumber:Harakah Daily

Jebat_berani : PENING DAN PELIK SEJAK AKHIR-AKHIR INI RAMAI PULA BIJAK PANDAI AGAMA MULA BERSENGKETA SESAMA SENDIRI..APALAH SALAHNYA KALAU ADA PERKARA YANG BERBEZA PENDAPAT DIBAWA BERUNDING BERSAMA..KAN KE NANTI KEBAIKANNYA AKAN SAMA-SAMA DINIKMATI..

HARI INI JUGA AGAK MENGHAIRANKAN BILA MANA UNTUK BERCAKAP SOAL AGAM PERLU TAULIAH TERTENTU DARI PIHAK TERTENTU..ADA MASA DAN CUKUP LA PULA PENGUATKUASA UNTUK MENJALANKAN TUGAS PENGUATKUASAAN TERHADAP UNDANG-UNDANG INI..

TAPI BILA DITANYA KENAPA BANYAK PUSAT-PUSAT PELACURAN DAN MAKSIAT DIBIARKAN..ALASANNYA TAK CUKUP KAKITANGAN UNTUK MENJALANKAN TUGAS..DAN APABILA DITANYA MENGAPA PUSAT-PUSAT PEMYEMBELIHAN YANG TIDAK MENGIKUT ATURAN TIDAK DISIASAT,ALASANNYA TAK CUKUP KAKITANGAN,DAN BILA MANA DITANYA KENAPA BANYAK KES-KES PENCERAIAN YANG TERTANGGUH,ALASANNYA TAK CUKUP KAKITANGAN..

TAPI BILA NAK MENANGKAP ORANG MENYAMPAIKAN AJARAN ISLAM...BANYAK LA PULA KAKITANGAN..HERAN,HERAN......

No comments:

Post a Comment