WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Wednesday, November 25, 2009

ERA NAJIB ALTANTUYA : MUHYIDDIN YASSIN MINTA MCA TUTUP MULUT!!


Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta kerjasama daripada semua pemimpin MCA agar tidak mengeluarkan kenyataan kerana ia menunjukkan berlaku percanggahan yang berlarutan.

Timbalan perdana menteri berkata bahawa dalam proses mencari formula penyelesaian kemelut dalaman parti itu, adalah lebih baik pemimpin MCA tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan."Jika sudah sepakat, baru buat kenyataan, baru imej kita baik.

Jika dalam keadaan sebegini, yang A kata begitu, yang B kata begini, yang C kata atas, yang D kata bawah."Bagi saya, ini akan mengelirukan masyarakat dan tentu ahli-ahli MCA ingin melihat bagaimana kita nak menyelesaikan masalah," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Mineral Negara di Putrjaya hari ini.


Beliau diminta mengulas mengenai pelbagai pandangan dan kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin-pemimpin MCA dalam menyelesaikan kemelut parti itu.

Muhyiddin, yang juga timbalan pengerusi BN, berkata memang wujud perbezaan pendapat dalam kalangan pemimpin MCA dan itulah sebabnya jalan penyelesaian dicari agar ada kesepakatan dalam membuat keputusan bagi menyelesaikan masalah.

"Jadi, sementara belum selesai, tak perlulah keluarkan kenyataan. Kita berdiam diri sahajalah dan ini tidak akan menjejaskan kredibiliti mereka," katanya.

Ditanya mengenai dakwaan sesetengah pihak bahawa campur tangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan beliau dalam MCA ketika sokongan terhadap Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat telah kukuh, Muhyiddin berkata:

"Kami pun tidak berminat dari awal tetapi perdana menteri sebagai pengerusi BN melihat situasi sudah lebih daripada gawat."Beliau berkata itu mungkin pandangan pihak tertentu kerana kepentingan puak-puak tertentu.

"Semua, jika ditanya, akan bersetuju dengan pandangan itu (bahawa masalah MCA semakin gawat) dan tidak ada pihak yang mengatakan bahawa MCA bertambah kuat," katanya.

Timbalan perdana menteri berkata peranan beliau dan perdana menteri bukan untuk campur tangan."Saya banyak kerja lain pun...ini nak ada pilihan raya kecil, ada kawasan banjir, (dan banyak) urusan lain tetapi oleh kerana kita lihat ini suatu yang amat penting dalam soal BN, maka sudah sampai waktu Presiden parti dan pengerusi BN, dan saya diarah untuk mengambil sedikit peranan.

"Dan apa pun, itu terserah kepada mereka juga. Kami tidak boleh paksa, kami akan bincang dan jika dapat kami cari jalan, semua pihak boleh bersetuju formula itu, maka itu formula mereka, bukan formula kita. Kita jadi orang tengah sahaja," katanya.Muhyiddin berkata beliau telah menemui pemimpin MCA bermula semalam.

Sumber : BERNAMA

Jebat_Berani : SELAMA INI BE-END SIBUK MEMPERSOALKAN AKAN HUBUNGAN DIANTARA PARTI DALAM PAKATAN RAKYAT..MEREKA SANGAT SERONOK APABILA MELIHAT ADANYA SELISIH FAHAM ANTARA PARTI-PARTI DALAM PAKATAN RAKYAT..

NAH SEKARANG MEREKA PULA MENGHADAPI MASALAH DAN APA YANG TERUKNYA MASALAH MEREKA INI BERPUNCA DARI PEREBUTAN KUASA..BERBEZA DENGAN PAKATAN RAKYAT,MASALAH YANG MELANDA HANYA KERANA SEDIKIT PERBEZAAN PENDAPAT YANG SEMEMANGNYA MENJADI LUMRAH DALAM KEHIDUPAN MANUSIA..

KEMELUT YANG MELANDA MCA INI SEMESTINYA AKAN MEMBERI IMPAK YANG POSITIF TERHADAP PAKATAN RAAKYAT..MANAKALA KEPADA BE-END IANYA SUDAH PASTI MENGUSARKAN PE-END NAJIB.KERETAKKAN MCA INI BOLEH MEMBAWA KEPADA KELUARNYA AHLI-AHLI PARTI MENYERTAI PAKATAN RAKYAT KERANA HILANG KEYAKINAN TERHADAP KEPIMPINAN YANG ADA...

No comments:

Post a Comment