WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Wednesday, November 25, 2009

TEOH BENG HOCK SELAMAT DISEMADIKAN


TEOH BENG HOCK

Dalam suasana yang diselubungi kesedihan, mayat mendiang Teoh Beng Hock selamat disemadikan semula di tanah perkuburan Taman Peringatan Nirwana pagi tadi.Mayat mendiang Teoh digali semula Sabtu lalu untuk membolehkan bedah siasat kedua dijalankan di hospital Sungai Buloh pada hari berikutnya.


Majlis pengkebumian semula mendiang Teoh pagi ini dihadiri oleh abangnya, Bee Kee dan saudara mara yang lain.


Kedua-dua ibu bapa mendiang Teoh tidak hadir di tempat pengkebumian kerana adat resam, tetapi menunggu di sebuah kuil di situ.


Turut hadir ialah pemimpin DAP Lim Kit Siang, bekas majikan mendiang Teoh - Ean Yong Hian Wah yang juga exco kerajaan Selangor - dan ahli parlimen Segambut Lim Lip Eng.

Seorang mahaguru Feng Shui memberitahu media Cina bahawa hari ini adalah hari yang baik untuk disemadikan semula mayat mendiang Teoh.

Dalam pengkebumian pertama dulu, keranda mendiang Teoh dimasukkan ke dalam liang dengan menggunakan tali merah - simbol perjuangan untuk keadilan.Hari ini, keranda mendiang Teoh diturunkan menggunakan tali biasa dan ditabur bunga berwarna putih, tanda kesucian.

Sumber : Malaysiakini

Jebat_Berani : HAMBA MEMDOAKAN AGAR KEMATIAN TEOH BENG HOCK INI MENDAPAT PEMBELAAN YANG ADIL, DAN MEREKA YANG BERSALAH AKAN MENERIMA PEMBALASAN YANG SEWAJARNYA..JANGAN SAMPAI RAKYAT HILANG KEPERCAYAAN KEPADA PIHAK BERKUASA.

No comments:

Post a Comment