WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Saturday, November 14, 2009

ERA NAJIB ALTANTUYA : KAWE NOK PITIH KAWE WEH..BUKE DUIT ENSAN!!!

KUALA LUMPUR – Isu minyak di Kelantan terus menjadi hangat apabila Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR), terutama Pas, terus mendesak Kerajaan Pusat menyerahkan royalti, bukannya wang ihsan kepada negeri itu.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, Kerajaan Pusat mesti patuh kepada undang-undang negara dan mendakwa Akta Petroleum Negara 1974 jelas menyebut negeri-negeri akan menerima lima peratus royalti hasil daripada segala aktiviti petroleum di negeri-negeri tersebut.

Menurutnya, keengganan Kerajaan Barisan Nasional (BN) mematuhi undang-undang dalam perkara itu jelas membuktikan tujuannya menafikan hak rakyat Kelantan.

"Kita akan membangkitkan isu minyak ini pada sesi pembentangan bajet nanti. Sikap sesetengah pemimpin BN yang mahu membawa perkara ini ke mahkamah membuktikan mereka besar kepala," katanya pada sidang media di lobi Parlimen semalam.

Ditanya apakah tindakan Pas jika Kerajaan Pusat terus enggan membayar royalti kepada Kelantan, Salahuddin berkata: “Kita akan tunggu dan lihat dahulu. Kita akan ikut prosedur dan akan terus cuba berunding dengan Kerajaan Pusat. Tindakan mahkamah adalah jalan terakhir,” katanya.

Salahuddin, yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian, mendakwa Kerajaan Pusat bersikap berat sebelah dalam isu royalti minyak di negeri Terengganu pada tahun 1999.

“Bagaimanapun, apabila Terengganu ditawan semula oleh BN pada Pilihan Raya Umum 2004, wang ihsan ditukar semula kepada wang royalti. Ini bukti betapa tidak adilnya Kerajaan Pusat,” katanya.

Seorang lagi Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar mendakwa, keengganan Kerajaan Pusat memberi royalti kepada Kelantan jelas melanggar peraturan negara.“Kerajaan yang sombong dan tidak adil serta melanggar undang-undang adalah amat tidak baik kepada pelabur asing. Mereka akan berfikir (dua kali) sebelum melabur dalam negara ini,” katanya.

Dewan Pemuda Pas Kelantan juga menghantar memorandum kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, melalui Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz, mengenai isu pembayaran royalti.

Ia membuat tiga tuntutan daripada Perdana Menteri, iaitu menarik balik pengumuman Kerajaan Pusat membayar wang ihsan kepada Kelantan, membuat pengumuman akan membayar wang royalti dan memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Kelantan di atas penafian hak terhadap wang royalti selama ini.

Isu minyak Kelantan timbul apabila negeri yang diperintah Pas sejak 1990 itu menuntut wang royalti daripada aktiviti petroleum di Blok Cakerawala yang bermula sejak 2005.Pada akhir 2007, dianggarkan 8.5 trilion kaki padu petroleum dan gas daripada 22 kawasan telah dijumpai di kawasan perairan Kelantan yang terletak dalam Teluk Thailand.

Dalam laporan Jabatan Statistik 2009, negeri Kelantan disenaraikan antara empat negeri yang mempunyai aktiviti petroleum. Negeri-negeri lain adalah Terengganu, Sabah dan Sarawak.

Jebat_Berani : DEMO NIH TOK PEHE KO BUAK BUAK TOK PEHE..AMBO SEKEH BARU RETI BASO KALI..AMBO NOK PITIH AMBO LA..BUKE PITIH ENSAN DEMO..NIE LA SERO NOK BAKAR JAH PEJABAT P.END NIH(acah jah lamo khe nyo igat pulok)

SUSOH SANGAT KO DEMO NIH NOK PEHE KEHENDOK KERAJAAN KELATE..WI JAH PITIH HOK MEME DOH SEMO ORE TAHU HOK KELATE..BAKPO GAK DOK NOK AFI LAGI..EEE NIE AMBO GERE NIH..TOK LEH KECEK BANYOK NATI LAMO KHE ADO HOK TERBAKA..

No comments:

Post a Comment