WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Thursday, May 13, 2010

PERUNTUKKAN KE RASUAH POLITIK??!!



Peruntukan RM18 juta disalurkan kepada 65 sekolah Cina dan dua sekolah mubaligh di Sibu bagi pembangunan sekolah berkenaan. Bantuan itu diumum dan disampaikankan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika menghadiri majlis ramah mesra Persatuan Sekolah Persendirian Cina Sibu dan Persatuan Sekolah Rendah Bantuan Cina Sibu, di Sibu, petang tadi.

Bantuan itu membabitkan RM10 juta untuk semua 60 Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) di Sibu, lima sekolah menengah persendirian Cina Sibu (RM5 juta), Sekolah Kebangsaan St Mary Sibu (RM1 juta) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Sacred Heart Sibu (RM2 juta).

Semasa berucap kepada lebih 3,000 warga pendidik Cina pada perhimpunan di Sibu, Najib berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) terbukti menjadi 'rakan tulen' sekolah Cina di negara ini demi memastikan semua kaum dan rakyat mendapat pendidikan yang saksama dan berkualiti.

Katanya, berbeza dengan pembangkang yang hanya tahu mencerca setiap usaha kerajaan meningkatkan mutu pendidikan negara, kerajaan BN mengotakan setiap janji yang dibuat.

"Kerajaan BN adalah sahabat sejati pendidikan sekolah Cina," katanya.

Menurut beliau adalah satu hakikat bahawa masyarakat itu amat menghargai pendidikan dan sanggup berkorban semuanya untuk itu.

"Tetapi pada masa yang sama, anda akan perlukan bantuan kerajaan untuk pendidikan," katanya.

Mengimbas kembali ketika beliau menjadi Menteri Pendidikan, Najib berkata beliau telah mengambil "risiko politik" apabila beliau mencadangkan Akta Pendidikan dipinda untuk membolehkan sekolah rendah Cina ditukarkan menjadi sekolah jenis kebangsaan.

Beliau berkata pada masa itu beliau merasakan keadaan itu boleh membawa "nahas" kepada kedudukannya kerana isu berkaitan pendidikan sekolah Cina telah berlarutan sejak sekian lama dan tidak berjaya diselesaikan oleh beberapa menteri pendidikan sebelum itu, termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang kini Ketua Pembangkang dan penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Oleh kerana Anwar juga aktif berkempen bagi calon DAP dalam pilihan raya kecil kerusi Parlimen Sibu, Najib mencadangkan masyarakat Cina di Sibu bertanyakan kepadanya apakah sumbangan beliau (Anwar) terhadap pendidikan sekolah Cina.

Beliau berkata sebagai perdana menteri, beliau mahu memberikan khidmat yang terbaik dan juga mahu kerajaan melaksanakan yang terbaik untuk penduduk di Sibu.

Namun, katanya kerajaan dalam melakukan semua usaha itu juga pada masa yang sama memerlukan sokongan rakyat dalam menjayakannya.

Sumber : Malaysiakini

JEBAT_BERANI : NAMPAK BAIK BETUL P-END NAJIB ALTANTUYA NIE KAN....SANA SINI DIE BAGI PERUNTUKKAN KEPADA RAKYAT....TAPI KALAU DIAMATI BETUL-BETUL PERUNTUKKAN ITU HANYA DI KAWASAN YANG ADA PILIHANRAYA...EHMM...NIE BUKAN KE TERMASUK DALAM RASUAH POLITIK NAMANYA?SPRM TAKKAN NAK PELUK TUBUH JERK KOT...KALAU TAK NAK RAKYAT PERSOALKAN TUGAS DAN INTERGRITI SPRM MAKA SEGERALAH BERTINDAK....

KALAU BENAR KERAJAAN 1MALAYSIA NAJIB ALTANTUYA INI IKHLAS MEMBERIKAN PERUNTUKKAN KEPADA RAKYAT MENGAPA RAKYAT DI KAWASAN YANG TIDAK TERLIBAT DALAM PILIHAN RAYA TIDAK DIBERIKAN PERUNTUKKAN SEUMPAMA INI...DAN MENGAPAKAH PERUNTUKKAN INI BARU DIBERIKAN SEDANGKAN PERKARA INI BUKANLAH BARU DAN PERUNTUKKAN INI SEMEMANGNYA DIPERLUKAN SEKIAN LAMA LAGI...

SEBELUM NAJIB ALTANTUYA MENGAJAR PENGUNDI DI SIBU MEMPERSOALKAN SUMBANGAN DATO SERI ANWAR IBRAHIM TERHADAP KAUM CINA...ELOK DITANYA PADA DIRI SENDIRI TERLEBIH DAHULU....KERANA PERKARA SEUMPAMA INI MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMERINTAH DAN NAMPAKNYA PEMERINTAHAN UM-NO/BE-END JELAS GAGAL MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB INI DENGAN BAIK DAN AMANAH....

PERUNTUKKAN SEUMPAMA INI JELAS MENUNJUKKAN BAHAWA UM-NO/BE-END SEBENARNYA GAGAL DALAM MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB KEPADA RAKYAT...MENGAPA SETELAH WAJUD PILIHAN RAYA BARULAH PERUNTUKKAN INI HENDAK DISALURKAN KEPADA RAKYAT..SELAMA INI KEMANAKAH PERUNTUKKAN INI DISEMBUNYIKAN....SILA JAWAB WAHAI DATO SERI NAJIB ALTANTUYA OIIII......

No comments:

Post a Comment