WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Friday, May 14, 2010

DR HARUSSANI BERIKAN "SMASH KENCANG' KERAJAAN 1MALAYSIA NAJIB ALTANTUYA!!!

Lulus Lesen Judi Bola, Mufti Perak Bidas Najib


SHAH ALAM 13 MEI: Mufti Perak, Datuk Dr Harussani Zakaria menyifatkan keputusan kerajaan Persekutuan meluluskan lesen judi pertaruhan bola sepak sempena kejohanan bola sepak Piala Dunia, umpama menentang hukum Syarak

Beliau berduka cita lantaran kerajaan Umno BN menghalalkan perkara yang terang-terang haram dan mengingatkan pemimpin beragama Islam yang terlibat dalam meluluskan lesen judi itu, sebagai bersyubahat mengikut peruntukan hukum syarak.

Kenyataan Mufti Perak ini menunjukkan keputusan kerajaan Umno Barisan Nasional itu bukan sahaja tidak disenangi pimpinan Pakatan Rakyat, sebaliknya dari segenap peringkat.

“Saya dukacitalah, kerana kerajaanmeluluskan judi, kerana judi ini haram dalam Islam. Jadi, kita meluluskan judi seolah-olah kita menghalalkan judi sedangkan ia haram di sisi Islam. Perbuatan ini sepatutnya dihindari,” katanya kepada TV Selangor hari ini.

Dr Harussani menegaskan umat Islam terlibat dalam aktiviti ini, hukumnya tetap haram walaupun kerajaan umno-bn bertindak menghalalkannya.

“Jadi apa hukumnya orang Islam terlibat dalam aktiviti tidak bermoral ini? Kalau orang Islam terlibat, hukumnya haram. Orang Islam yang terlibat hukumnya haram walaupun aktiviti dihalalkan oleh kerajaan,” katanya.

Ditanya apa hukum pemimpin yang terdiri dari orang Islam yang terlibat dalam meluluskan lesen judi bola, beliau menyatakan, perbuatan mereka hukumnya syubahat.

“Orang yang meluluskan bersyubahat dalam perbuatan judi. Dia luluskan benda yang haram," katanya lagi.

Mufti Perak itu menyifatkan tindakan pimpinan kerajaan Malaysia tidak wajar kerana kelulusan lesen judi ini hanya menggalakkan rakyat berjudi sedangkan Malaysia adalah sebuah negara yang diwar-warkan Umno sebagai negara Islam.

“Kesan tindakan ini akan menggalakkan orang terus berjudi, apatah lagi judi sudah diharamkan dalam syarak dan al-Quran, maka wajib kita pelihara. Membenarkan judi maka menggalakkan orang berjudi,” katanya.

Akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily sebelum ini melaporkan kementerian kewangan pimpinan Datuk Seri Najib Razak secara rasminya memberi lesen judi itu kepada Kumpulan Berjaya, dan pertaruhan secara sah itu boleh dibuat sebelum kejohanan bolasepak bermula 11 Jun ini.

Pada 6 Mei lalu, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussein berkata, kerajaan mempertimbang kemungkinan mengeluarkan lesen pertaruhan judi sempena kejohanan Piala Dunia atas alasan mengelak pertaruhan haram.-

Sumber : TVSelangor

JEBAT_BERANI : SETELAH MEMBISU SEKETIKA KINI BARULAH MUFTI PERAK DATUK DR HARUSSANI ZAKARIA BERSUARA MENYATAKAN PENDIRIAN BELIAU TERHADAP TINDAKAN KERAJAAN 1MALAYSIA PIMPINAN NAJIB ALTANTUYA YANG TELAH MELULUSKAN LESEN JUDI BOLASEPAK DI NEGARA INI...

JELAS SEKALI BELIAU JUGA BERASA DUKACITA YANG AMAT SANGAT DENGAN TINDAKAN KERAJAAN 1MALAYSIA INI YANG SANGGUP MENGHALALKAN JUDI BOLASEPAK DI NEGARA YANG MAJORITINYA ADALAH UMAT ISLAM...MALAH JIKA KITA TANYA KEPADA PENGANUT AGAMA LAIN SEKALIPUN JUDI ADALAH DILARANG KERANA IANYA MENDATANGKAN LEBIH BANYAK KEMUDARATAN BERBANDING KEBAIKKAN....

SEBAGAIMANA YANG TELAH DIJELASKAN OLEH DR HARUSSANI BAHAWA KERAJAAN YANG MELULUSKAN LESEN JUDI INI TURUT DIKIRA BERSUBAHAT DENGAN PERBUATAN JUDI INI..JUSTERU ITU APAKAH KERAJAAN 1MALAYSIA PIMPINAN NAJIB ALTANTUYA MASIH MAHU BERDEGIL MEMPERTAHANKAN TINDAKKAN MEREKA MELULUSKAN JUDI BOLASEPAK INI??

APAKAH MASIH TIDAK CUKUP LAGI GEJALA SOSIAL YANG MELANDA DI DALAM NEGARA INI SEHINGGA KERAJAAN 1MALAYSIA MAHU MENGGALAKKAN RAKYAT UNTUK BERJUDI??APAKAH INI SAHAJA PENYELSAIAN YANG DAPAT DIFIKIRKAN OLEH KERAJAAN 1MALAYSIA BAGI MENGATASI MASALAH AKTIVITI JUDI HARAM??APAKAH SELEPAS INI KERAJAAN 1MALAYSIA AKAN TURUT MEMBERIKAN LESEN PELACURAN BAGI MENGATASI MASALAH PELACURAN HARAM YANG TAK TERKAWAL??

KEPADA PENGUNDI-PENGUNDI YANG MEMBERIKAN UNDI KEPADA UM-NO/BE-END BOLEHLAH BERKIRA-KIRA UNTUK MEMIKIRKAN SEMULA UNDI YANG TELAH MEREKA BERIKAN INI...MAHUKAH MEREKA TERUT BERSUBAHAT DENGAN KERAJAAN 1MALAYSIA DALAM DOSA JUDI INI??INIKAH KERAJAAN YANG DIHARAPKAN UNTUK MENDAULATKAN ISLAM DI BUMI MALAYSIA?TEPUK DADA TANYA IMAN.....

No comments:

Post a Comment