WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Thursday, May 27, 2010

KHALID SAMAD : TUBUH SURUHANJAYA SIASAT TINDAKAN NAJIB ALTANTUYA


Satu suruhanjaya diraja perlu dibentuk bagi menyiasat beberapa tindak-tanduk kerajaan yang didakwa sebagai pengkhianatan kepada negara.

Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata pengkhianatan kerajaan itu termasuk soal pemberian lesen judi bola sepak dan penjualan tanah milik Keretapi Tanah Melayu Berhad di Singapura.

Khalid juga mahu supaya siasatan ke atas penyerahan dua blok petroleum di Sarawak kepada Brunei.

"Kena tengok siapa yang terlibat, apa hujah dan alasan mereka, kenapa mereka setuju dengan keputusan tersebut.

"Sedangkan mereka tahu (keputusan) ini akan merugikan negara. Mereka perlu didakwa (atas tuduhan) mengkhianati negara," katanya dalam sidang media di pejabatnya hari ini.


Beliau memberi alasan, banyak kesangsian boleh dilihat dalam ketiga-tiga kes tersebut.

"Kita khuatir ada (urusan) bawah meja, ada (rundingan) sebalik tirai yang sebabkan ianya dipersetujui.

"(Kelihatan) seolah-olah ada kepentingan untuk pembuat keputusan itu sendiri.

"Kita perlu siasatan bebas dijalankan, mungkin ke peringkat suruhanjaya diraja," katanya lagi.

Beliau juga mempersoalkan sama ada keputusan berkenaan itu dibuat oleh kerajaan atas nasihat daripada firma rundingan perhubungan awam luar negara yang dilantik kerajaan, Apco.

"Adakah ini yang mampu dilakukan hasil daripada nasihat Apco?" soalnya.

Tiada perbincangan

Khalid juga berkata tidak ada satu pun keputusan itu yang dibincangkan oleh kerajaan bersama dengan ahli parlimen.

Menyentuh soal penjualan tanah KTMB pula, beliau berkata tidak ada apa-apa penerangan diberikan oleh kerajaan sebelum urusniaga itu dipersetujui kedua-dua pihak.

"Akhirnya ia sudah dipersetujui, sedangkan ia bukan harta kerajaan secara mutlak, ia merupakan harta rakyat dan negara.

"Bagaimana mereka boleh serahkan begitu mudah tanpa melibatkan satu perbincangan lebih menyeluruh berhubung apa yang mereka lakukan dan apa yang mereka ingin capai.

"Walapun kita faham bahawa Khazanah (Nasional Bhd) diberi saham sebanyak 60 peratus, dan Temasek (Holdings) hanya 40 peratus dalam soal pembangunan tanah itu, akhirnya, manfaat lebih besar akan diperolehi oleh pihak Temasek (dan Singapura).

Jelasnya lagi, Singapura mendapat lebih keuntungan daripada urusniaga tersebut, berbanding Malaysia.

"Hakikat bahawa kita diberikan tanah ganti, sebahagian daripada tanah ganti itu adalah kawasan perjudian Singapura.

"Mungkin ini menunjukkan Malaysia ini dan kerajaan Umno dan BN begitu komited untuk penbangunan budaya judi," katanya lagi.

Sumber : Malaysiakini

JEBAT_BERANI : TINDAKAN NAJIB ALTANTUYA INI SEMEMANGNYA PERLU DISIASAT BAGI MEMASTIKAN APAKAH IANYA MEMPUNYAI UNSUR RASUAH ATAU SALAH GUNAKUASA...INI KERANA TINDAKAN NAJIB ALTANTUYA YANG BEGITU MUDAH MENYERAHKAN HARTA NEGARA KEPADA NEGARA ASING SANGAT-SANGAT MENCURIGAKAN....

HAMBA YAKIN JIKA IANYA DILAKUKAN OLEH KERAJAAN PAKATAN RAKYAT PASTINYA PIHAK BERKUASA YANG BERKENAAN AKAN SEGERA MELAKUKAN SIASATAN..NAMUN OLEH KERANA IANYA DILAKUKAN OLEH KERAJAAN PEMERINTAH,MAKA IANYA SEOLAH-OLAH SENGAJA DITUTUP MATA OLEH PIHAK BERKUASA BERKENAAN...

NAJIB ALTANTUYA DILIHAT SEMAKIN RAKUS MENGEMUDI PEMERINTAHAN NEGARA INI..SETELAH MELULUSKAN LESEN JUDI YANG DIBERIKAN KEPADA SYARIKAT BERJAYA DIIKUTI PENYERAHAN TANAH KTMB KEPADA SINGAPURA DAN PENYERAHAN 2 BLOK PETROLEUM KEPADA BRUNEI SEOLAH-OLAH ADA SESUATU YANG TERSEMBUNYI DISEBALIK TINDAKANNYA..

APAKAH NAJIB ALTANTUYA BEROLEH KEUNTUNGAN PRIBADI DISEBALIK APA YANG DILAKUKANNYA INI..KITA SEMUA TIDAK TAHU..HAMBA JUGA TIDAK TAHU..AKAN TETAPI KITA MENGESYAKI ADA SESUATU YANG BERLAKU..MAKA KERANA ITU PIHAK BERKUASA YANG BERKENAAN PERLU MENYIASAT AKAN PERKARA INI..RAKYAT PERLU DIDEDAHKAN DENGAN KEBENARAN...

No comments:

Post a Comment