WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Monday, May 24, 2010

LEPAS JUDI BOLASEPAK & KONSERT 12 HOUR KINI KONSERT 1 INUL LA PULAK DAH....

(Inikah budaya yang ingin Kerajaan 1Malaysia serapkan ke dalam masyarakat Malaysia)


TAWAU, 23 Mei: PAS Kawasan Tawau mengucapkan tahniah kepada Pergerakan Wanita Umno Kalabakan di atas keberanian menyatakan pendirian menentang tindakan kerajaan meluluskan permit Konsert 1 Inul yang dijadualkan berlangsung pada 29 Mei ini di Kompleks Sukan Tawau.

Namun bagi Ketua Pemuda PAS Kawasan Tawau, Nazrey Mokhtar (gambar), pendirian Pergerakan Wanita Umno Kalabakan yang disuarakan oleh Datuk Hamisa Samat itu perlulah ikhlas dan konsisten dalam apa jua isu yang dianggap serupa.


“Dewan Pemuda PAS ingin mengucapkan tahniah di atas keberanian tersebut. Pastinya seluruh rakyat Sabah amnya dan Tawau khususnya berharap Wanita Umno Kalabakan konsisten dengan penentangan itu,” ujarnya.

Bagi Nazrey, tidak cukup jika Wanita Umno Kalabakan sahaja menyatakan pendirian itu.

Lebih besar katanya, rakyat seluruh negeri ini mahu mendengar apa pula pendirian Umno negeri atau sekurang-kurangnya Pemuda Umno Kalabakan berhubung isu sama yang sehingga kini masih membisu.

“Adalah menjadi tanggungjawab Umno Sabah khususnya Pengerusi Badan Perhubungan, Datuk Seri Musa Aman yang juga Ketua Menteri Sabah untuk menyatakan pendiriannya berhubung perkara itu,”ujarnya lagi.

Sehubungan itu, tambahnya, PAS kawasan mahu kerajaan menarik balik kelulusan permit Konsert 1 Inul tersebut dan mengharamkannya terus dari datang ke Malaysia, khususnya negeri ini sesuai dengan permintaan rakyat Sabah yang tidak ingin melihat konsert itu diadakan.

“Kerajaan juga digesa melihat kembali kesan yang akan berlaku akibat konsert itu terhadap permasalahan sosial rakyat dan bukan hanya melihat keuntungan semata-mata,” katanya.

Sumber : Harakah Daily

JEBAT_BERANI : TAK CUKUP DENGAN MELULUSKAN LESEN JUDI DAN PERMIT KONSERT 12JAM PITBULL KERAJAAN BE-END NAJIB ALTANTUYA MENERUSKAN LAGI TINDAKAN YANG BOLEH MEROSAKAN RAKYAT MALAYSIA DENGAN MEMBERIKAN PERMIT KONSERT 1 INUL...

APAKAH RELEVANNYA MEMBERIKAN PERMIT KONSERT 1 INUL INI..KITA SEMUA SEDIA MAKLUM AKAN SIAPAKAH INUL DAN APAKAH KONTOVERSI YANG SERING BELIAU TIMBULKAN....APAKAH KERAJAAN 1MALAYSIA MAHU RAKYAT KITA TERPENGARUH DENGAN TARIAN GHAIRAH YANG DIPERSEMBAHKAN INUL...

DARIPADA KERAJAAN 1MALAYSIA MELULUSKAN PERMIT KONSERT 1 INUL INI ADALAH LEBIH BAIK KERAJAAN MEMBERIKAN PERMIT CERAMAH KEPADA PENCERAMAH BEBAS MAHUPUN YANG 'TAK BEBAS'..SEKURANG-KURANGNYA DAPAT JUGA RAKYAT MEMAHAMI AGAMA ISLAM DENGAN LEBIH BAIK...NIE TAK..MAKIN MENGALAKAN MASALAH SOSIAL BERLAKU ADALAH..

NAMUN HAMBA TIDAK MENYALAHKAN PUAK-PUAK BE-END NIE SERATUS PERATUS AKAN KESALAHAN INI...PADA HAMBA RAKYAT YANG MEMBERIKAN UNDI SEHINGGA MEREKA MAMPU MEMERINTAH TURUT BERTANGGUNGJAWAB DENGAN APA YANG DILAKUKAN PUAK-PUAK BE-END INI...KERANA UNDI MEREKALAH PUAK-PUAK BE-END INI BERKUASA DAN MAMPU MELAKUKAN SESUATU SESEDAP RASA MEREKA...

NAMUN BEGITU BELUM TERLAMBAT UNTUK PENGUNDI-PENGUNDI BE-END SEBELUM INI UNTUK MEMPERBETULKAN KEADAAN...PILIHANN RAYA UMUM KE 13 NANTI ADALAH MEDAN TERBAIK BAGI MEREKA MEMPERBETULKAN KESILAPAN LALU..PUAK-PUAK BE-END INI PERLU DIBERI PENGAJARAN AGAR MEREKA SEDAR AKAN KESILAPAN MEREKA...JIKA TIDAK NEGARA DAN RAKYAT AKAN ROSAK BINASA..

No comments:

Post a Comment