WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Wednesday, December 9, 2009

1MALAYSIA : AHLI UMNO TYERSELAMAT HUMAN GANTUNG !!!

Umno batal hukuman gantung keahlian bekas Ketua Bukit Bendera

KUALA LUMPUR, Dis 8 — Datuk Ahmad Ismail yang pada September 2008 digantung keahlian dan dilucutkan hak-haknya dalam parti selama tiga tahun kerana mencetuskan kontroversi dengan kenyataan menyentuh sensitiviti kaum telah diterima semula oleh parti.

Difahamkan keputusan pembatalan hukuman ke atas beliau telah diputuskan oleh Umno dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT), Jumaat lalu.

Ahmad ketika dihubungi The Malaysian Insider petang ini mengesahkan beliau ada menerima maklumat mengenai perkembangan tersebut.

Bagaimanapun kata Ahmad beliau belum menerima surat secara rasmi.

MT Umno dikatakan mengambil keputusan itu susulan syor jawatankuasa pengurusan parti yang mempertimbangkan rayuan Ahmad.

Ahmad menambah, beliau dimaklumkan oleh rakan-rakan dalam MT bahawa pucuk kepimpinan telah memutuskan untuk membatalkan hukuman yang dikenakan pada 10 September 2008.

“Saya diberitahu oleh rakan-rakan saya dalam MT bahawa ketika mesyuarat MT Disember 4 (Jumaat lalu), parti telah memutuskan untuk menerima saya balik, memutuskan untuk membatalkan hukuman menggantung saya.

“Tetapi belum ada surat rasmi dikeluarkan oleh parti.

“Bagaimanapun (dengan keputusan ini) saya lega dan gembira kerana parti kembali ke landasan perjuangan yang betul. Saya tidak melakukan apa-apa kesalahan di bawah perlembagaan parti. Saya gembira dengan keputusan parti,” kata beliau lagi.

Sehubungan itu kata Ahmad, beliau ingin menyampaikan penghargaan kepada Presiden parti Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin atas pertimbangan mereka membatalkan hukuman.

Ahmad menambah parti kemungkinan ada menghantar surat tetapi “saya tidak pergi ke pejabat hari ini.”

Beberapa pemimpin badan perhubungan negeri Pulau Pinang ketika dihubungi enggan mengesahkan perkembangan terbaru ini.

Setiausaha Kerja Umno Datuk Abd Rauf Yusoh ketika ditanya juga enggan mengesahkan keputusan MT itu.

“Tiada keputusan rasmi lagi, tunggu surat rasmi,” kata Rauf kepada The Malaysian Insider.

Dalam pada itu Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera Abdul Jalil Ariffin berkata beliau akan mencari jalan untuk mengembalikan Ahmad sebagai ketua bahagian.

“Insya-Allah, kami akan kembalikan beliau ke jawatan lamanya. Kami akan melihat kepada mekanisme dan juga situasi politik,” kata beliau.

Abdul Jalil memenangi jawatan itu tanpa ditandingi pada persidangan perwakilan November lalu selepas ia kosong ekoran hukuman ke atas Ahmad.

Semasa mempengerusikan mesyuarat MT pada 10 September 2008, Presiden Umno ketika itu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, MT berpendapat kenyataan dan tindakan Ahmad yang menimbulkan keresahan dan bantahan daripada parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) adalah serius.

Hukuman itu adalah mengikut Perkara 20.9 perlembagaan parti.

Pada satu ceramah 23 Ogos 2008 dalam kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh, Ahmad didakwa menyebut bahawa masyarakat Cina adalah pendatang di negara ini dan tidak layak menuntut hak yang sama.

Kenyataan itu telah menimbulkan kemarahan pemimpin Gerakan dan MCA yang menuntut Ahmad meminta maaf secara terbuka tetapi Ahmad enggan berbuat demikian.

No comments:

Post a Comment