Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membatalkan pengisytiharan Menteri Dalam Negeri pada 1 Julai tahun lepas bahawa Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) adalah sebuah pertubuhan 'haram'.

Hakim Datuk Rohana Yusof dalam penghakimannya pagi ini berkata BERSIH telah berjaya membuktikan kesnya dalam mencabar pengisytiharan kerajaan bahawa ia sebuah pertubuhan yang menyalahi undang-undang.

NONEOleh itu, katanya, mahkamah membenarkan permohonan BERSIH, dengan tiada perintah tentang kos.

Empat belas jawatankuasa pemandu BERSIH yang diketuai oleh Datuk S Ambiga telah menamakan menteri dalam negeri, ketua polis negara dan kerajaan sebagai responden.

Pada 1 Julai tahun lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah mengisytiharkan gabungan itu sebagai haram, sejurus sebelum perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai.

Dalam penghakiman 30-muka surat itu, hakim menyentuh sejarah permohonan yang mencabar keputusan Hishammuddin mengisytiharkan gabungan NGO itu sebuah pertubuhan haram.

Walaupun perisytiharan itu dibuat, tambahnya, pihak berkuasa masih terus bertemu dengan pegawai BERSIH.

"Terdapat rundingan antara pemohon dan responden (kerajaan) mengenai lokasi perhimpunan pada 9 Julai," katanya.

NONE"Ada majlis mengadap ( Yang di-Pertuan Agong oleh) pemohon pertama (pengerusi bersama BERSIH Datuk S Ambiga, kanan) dan tiada celaan terhadap BERSIH (dalam menjalankan) aktiviti (perhimpunan 9 Julai 2011) seperti yang dijadualkan."

Mahkamah telah mengambil notis kehakiman bahawa Hishammuddin telah membuat suatu pernyataan awam untuk membenarkan perhimpunan BERSIH 3.0 diadakan pada 28 April tahun ini.

Peguam Kanan Persekutuan Azizan Md Arshad, yang mewakili responden, berkata Peguam Negara akan diberi taklimat dan untuk arahan selanjutnya.

Azizan serta Peguam Kanan Persekutuan Shamsulbol Hassan, mendakwa bahawa keputusan mahkamah itu menjadikan BERSIH balik ke peringkat asalnya (perlu didaftarkan).

Bagaimanapun, peguam BERSIH, K Shanmuga - yang tampil bersama peguam Tommy Thomas dan Honey Tan - berkata keputusan itu bermakna gabungan itu adalah sah di sisi undang-undang.

"Keputusan menteri dalam negeri adalah tidak rasional kerana, setelah mengisytiharkannya sebagai satu ancaman kepada keselamatan negara, beliau dan pihak berkuasa telah bertemu dengan pegawai BERSIH," kata Shanmuga.

Ambiga tidak hadir di mahkamah kerana beliau di luar negara.

Pengerusi bersama BERSIH yang juga Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said (kiri), ketika ditemui di luar mahkamah berkata: "Proses perundangan ini sepatutnya tidak dijalankan kerana ia membuang masa, tenaga dan dana am.

NONE"Proses ini menyebabkan orang ramai khuatir untuk sokong BERSIH. Org ramai harus ingat bahawa kerajaan masih
menggambarkan
BERSIH sebagai "kotor" di mana perdana menteri telah menyatakan BERSIH telah membahayakan kuota haji yang diberikan oleh Kerajaan Arab Saudi
"Kami ingin mengingatkan semua pihak bahawa Hakim Datuk Rohana Yusof telah pun melihat percanggahan dalam tindakan pihak berkuasa (apabila) dalam perbicaraan (pada) 26 Jun, kenapa kerajaan layan permintaan BERSIH untuk adakan perhimpunan tersebut (walaupun ia telah diisytiharkan sebagai haram)," tambahnya.

Sumber : http://www.malaysiakini.com/news/204461

Jebat Berani : Akhirnya terbukti BERSIH adalah bersih dan tidak kotor sebagaimana 'pengotor' 2 yang memerintah di Putrajaya hari ini.Keputusan mahkamah ini merupakan satu kemenangan buat rakyat yang memperjuangkan keadilan dalam sistem pilihanraya di Malaysia.