WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Saturday, April 24, 2010

DEBAT ISU APCO: BERANIAH NAJIB ALTANTUYA


KUALA KUBU BAHARU 23 Apr - KEADILAN sudah menyediakan pentas untuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berdebat dengan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu Apco dan hubunganya dengan Zionis Israel.

Debat Perdana bertajuk "Isu Apco, Israel dan Keselamatan Negara" itu dijadual berlangsung esok (hari ini) bertempat di Stadium Mini Kuala Buku Baharu bermula pukul 9 malam.
Anwar membuat cabaran terbuka kepada Najib untuk berdebat dengan beliau atas isu kepentingan negara dan rakyat semasa berucap di Batang Kali dia hari lalu.

Pengarah Pilihan Raya KEADILAN, Fuziah Salleh berkata pentas debat ini akan memberikan peluang kepada kedua-dua pemimpin menerangkan kepada rakyat Malaysia secara terbuka.
"Debat ini akan memberi peluang kepada Najib dan Anwar berdebat di depan umum dan saya cabar kepada RTM, TV3 dan semua rangkaian televisyen menyiarkan debat ini secara langsung untuk rakyat menilai," kata beliau.

Fuziah juga menyelar tindakan media arus perdana yang menyiarkan kempen secara berat sebelah kerana Pakatan Rakyat tidak diberi ruang oleh media dengan adil.
Ditanya media berhubung tempat untuk kedua pemimpin berdebat, Fuziah berkata KEADILAN akan menyediakan pentas, logistik dan permit polis untuk mereka.

"Tempat sudah disediakan tetapi kita masih menunggu jawapan yang positif daripada pihak Umno-Barisan Nasional dan berharap semua rangkaian televisyen boleh menyiarkan secara langsung," ujar Fuziah lagi yang juga merupakan Ahli Parlimen Kuantan.

Semalam, Anwar selaku Ketua Pembangkang sekali lagi mencabar Najib berdebat secara terbuka berhubung isu Apco yang didakwa mempunyai hubungan dengan rejim zionis Israel.
Ahli Parlimen Permatang Pauh membuat cabaran itu selepas beliau dihadapkan ke Jawatan Kuasa Hak dan Kebebasan berhubung 1Malaysia dan Apco Worldwide yang kemudiannya dinafikan oleh kerajaan.

Sumber : Suara-Keadilan

JEBAT_BERANI : 100% HAMBA YAKIN SI P-END NAJIB ALTANTUYA TIDAK AKAN BERANI HADIR KE MAJLIS DEBAT INI...BERCAKAP BELAKANG BERANI LA P-END NAJIB ALTANTUYA NIE...KALAU BERHADAPAN MANA BELIAU BERANI...

P-END NAJIB ALTANTUYA HARUS HADIR DI MAJIS INI BAGI MEMBUKTIKAN DAN MENJELASKAN BAHAWA 1MALAYSIA BENAR-BENAR TIADA KAITAN DENGAN APCO...BUKTIKAN DAN JELASKAN DIHADAPAN RAKYAT BUKAN HANYA BERANI MELALAK DI DALAM PARLIMEN...

No comments:

Post a Comment