WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Saturday, April 24, 2010

2,3 PERGI BERATUS DATANG SEBAGAI GANTI....



BUKIT BERUNTUNG: Walaupun ramai ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengisytiharkan meninggalkan parti berkenaan, hari ini sebaliknya berlaku.

Seramai 150 ahli Umno Bahagian Selayang keluar parti dan menyertai PKR dengan alasan Barisan Nasional (BN) gagal menyelesaikan masalah di kawasan itu sejak hampir 25 tahun yang lalu.

Ketua Penaja PKR Ranting Bukit Botak, Satar Md Saman berkata, tindakan itu dilakukan selepas masalah setinggan penduduk di kawasan Bukit Botak dapat diselesaikan dalam masa dua tahun Pakatan Rakyat (PR) memerintah Selangor.

“Ini menunjukkan kesungguhan dan komitmen tinggi kerajaan di bawah pimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang prihatin terhadap masalah penduduk.

“Dengan komitmen inilah menjadi daya penarik kita menyertai PKR dan percaya lebih 200 lagi dikawasan Bukit Botak akan menyertai PKR,” katanya yang menyerahkan 150 borang keahlian PKR kepada Abdul Khalid dalam satu majlis hari ini.

Menurutnya, pada masa sama, mereka akan menubuhkan PKR Ranting Bukit Botak dalam masa terdekat ini.

Sumber : Mstar

JEBAT_BERANI : MENGATA ORANG PAKU SERPIH..HAHAHAHA...MENGATA ORANG AHLI DIE LAGI LE LEBIH....SATU DUA YANG KELUAR DIGANTI DENGAN BERATUS...HAHAHAHA....HEBAT2...YANG NIE TAKDE KE TV TIGA SUKU DAN AHBAR BERITA HAIRAN NAK LAPORKAN??...HAHAHAHAHAHA.....

No comments:

Post a Comment