WELCOME

;
;

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

JOM PAKAT2 TURUNKAN BN

BANTU PERNIAGAAN OKU

PENGIKUT JEBAT_BERANI

Thursday, July 19, 2012

RAKR : PAS MAMPU WALAUPUN TANPA BANTUAN KERAJAAN PUSAT

(Tuan Guru Nik Aziz diberikan penerangan tentang projek)
KOTA BHARU: Kerajaan Persekutuan diminta menyalurkan peruntukan khas untuk pembinaan Rumah Awam Kos Rendah (RAKR) kepada kerajaan Kelantan bagi membolehkan kerajaan negeri ini menyediakan rumah kepada rakyat yang memerlukan.
 Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata kerajaan negeri seharusnya mendapat peruntukan yang sama dari kerajaan Pusat sebagaimana di negeri-negeri lain.
Bagaimanapun, katanya kerajaan negeri tidak pernah menerima peruntukan yang sama sebagaimana negeri lain.

(Gambar :Model bangunan yang akan dibina)
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran projek Perdana D’Cemerlang, di sini pagi tadi.
Pada masa yang sama beliau mendedahkan kerajaan negeri memperuntukkan RM4.4 juta kepada projek rumah awam rakyat dalam Belanjawan 2012.
Kerajaan Kelantan yang dituduh miskin, tidak mampu mentadir kini sedang membina sebuah projek D’Perdana Sri Cemerlang bernilai RM70 juta.
Projek berkenaan diselenggarakan anak syarikat milik kerajaan negeri Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan dan dimajukan oleh SPP Development Sdn Bhd.
Apartmen yang bertemakan ‘urban living’ atau kehidupan dalam bandar itu setinggi 25 tingkat yang merangkumi 244 unit servis apartmen, enam unit kedai pejabat dan lima tingkat tempat letak kereta.
Pada majlis itu jugaTuan Guru memberitahu, dengan terbinanya projek ini akan mematahkan dakwaan pihak tertentu yang berkata Kelantan mundur dan tiada pembangunan.
Menurutnya, projek pembangunan kedua selepas KTC menjadi bukti keupayaan kerajaan Kelantan dalam melaksanakan pembangunannya.
Hadir sama pada majlis itu, anggota exco kerajaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan yang juga Adun Bunut Payong, Datuk Anuar Tan, Ketua Eksekutif PKINK, serta pegawai kanan kerajaan negeri pelbagai agensi.
Projek berkenaan dijangka siap pada 2015.

Sumber : http://bm.harakahdaily.net/index.php/separator-berita-utama/menu-berita-utama

Jebat Berani : Bermacam dakwaan dilemparkan kepada PAS ketika PAS mula mula mengambil alih negeri Kelantan dari UMNO/BN...Mereka mendakwa kerajaan di bawah pemerintahan PAS hanya akan mampu bertahan tidak lebih dari 3 bulan...Setelah 3 bulan berlalu mereka mengubah kepada 6 bulan pula...

Namun hakikatnya PAS telah memerintah lebih 20 tahun dan negeri Kelantan semakin hari semakin maju dan makmur di bawah pemerintahan kerajaan PAS.Selama ini UMNO/BN terlalu memandang rendah pada keupayaan PAS memerintah negeri Kelantan.Mereka berpendapat ulama ulama PAS tidak akan mampu mentadbir negeri dan hanya sesuai berada di masjid dan surau sahaja.

Namun ternyata sangkaan mereka meleset sama sekali.PAS hari ini bukan sahaja didokong oleh golongan ulama sebaliknya juga mendapat sokongan bijak pandai dalam pelbagai bidang.Ini menjadikan kerajaan PAS bukan sahaja mampu mentadbir negeri Kelantan dengan baik malah sudah bersedia untuk menawan Putrajaya.

Satu demi satu projek projek besar dilaksanakan oleh kerajaan PAS Kelantan...Dari projek lebuhraya rakyat hinggalah ke pelbagai projek besar demi kepentingan rakyat Kelantan.Situasi ini pastinya memberikan tamparan hebat kepada UMNO/BN yang semakin hari semakin ketandusan modal dalam kempen mereka untuk memburukkan kerajaan PAS Kelantan.Dan pastinya PRU13 nanti akan ada perubahan besar dalam lanskap politik tanahair...

2 comments: