ai..pening dah ke??..relek la..baru turun sikit je..nanti lama lama terjunam la..huhuhu |
Seronok bukan main sesetengah warga felda terutama penyokong tegar UMNO/BN termasuklah juga generasi kedua yakni anak anak felda (walaupun ada sesetengah dari mereka tak kenal pon pisau toreh getah dan galah kait kelapa sawit).
Mahu tak gembiranya...PM kesayangan rakyat lagi berjiwa rakyat (saje je aku kasi up sikit-bodek ma) telah memberikan 'durian runtuh' ( tak pasti gred apa) kepada para peneroka termasuklah juga isteri isteri (kalau berbini lebih dari satu la) dan juga anak anak peneroka.
Cuma persoalannya dari mana datangnya 'durian runtuh' ini...dari Hajjah Najib kah??!! Atau dari FELDA kah?? Atau sememangnya rezeki kurniaan Allah S.W.T....Ye semestinya ia adalah rezeki anugerah Allah S.W.T kepada hamba hambanya....Itu sememangnya tak ada pertikaian dan tak ada yang berani mempertikaikannya (tak tahu la kalau juak juak UMNO/BN berpendapat selain dari ini).Benarkah 'durian runtuh' ini adalah hasil keuntungan pelaburan FELDA GLOBAL VENTURES HLDG BHD dalam bursa saham Malaysia? Atau ada sumber lain demi mengaburkan 'pandangan' para peneroka di atas kegagalan pelaburan ini.
Benarkah pelaburan FGVH ini mendatangkan keuntungan kepada para peneroka? Pada awal FGVH disenaraikan dalam bursa saham,sahamnya mecanak naik umpama seorang yang tengah duduk di kerusi dan dicucukkan jarum dengan tiba tiba di punggungnya.Maka bersoraklah para pencacai UMNO/BN dan mendabik dadalah mereka mengatakan bahawa apa yang dilakukan pucuk pimpinan mereka dalam penyenaraian FGVH ini adalah tindakan yang sangat bijak dan membawa keuntungan kepada golongan peneroka.Dan berkatalah mereka lagi apa yang dikayakan oleh pembangkang selama ini adalah omongan kosong yang berniat jahat..ermm betul ke berniat jahat..Anda yakin..Anda pasti..hehe
Tapi berapa lama agaknya kegembiraan pencacai UMNO/BN ini akan bertahan...Selama mana agaknya saham FGVH akan berada di 'puncak'?..Sehari? seminggu? sebulan? atau setahun?..Dan apakah yang akan berlaku selepas itu?? Mampukah pencacai UMNO/Bn ini terus 'bergumbira' dan terlompat lompat 'kegirangan' ??..
Dan apakah "Hajjah Najib" masih berani untuk hadir berucap di felda felda selepas setahun penyenaraian FGVH ini??...Masih mampukah "Hajjah Najib" menerima sambutan semeriah yang beliau terima ketika mengagihkan imbuhan kepada peneroka sebelum ini??..Sebelum kita ke fasa berikutnya..Jom kita jamu mata dan telinga dengan video klip ini untuk kali terakhir (risau lepas nie dah tak berkesempatan)

Ok cukuplah ko kita bergelak ketawa dengan klip video "Hajjah Najib" ini??..Sekarang jom kita analisis pula saham FGVH yang disenaraikan di pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Bhd pada 28 Jun 2012.
Dari carta di atas apa yang anda dapat ulas??..Untungkah???....Rugikah???..Atau anda punya ulasan lain selain dari ini???...Agak agaknya dengan carta sebegini berapa lamakah saham FGVH ini mampu bertahan??? Sehari???...seminggu???...sebulan???..atau setahun???...Pandangan aku saham ini tak akan mampu bertahan lebih dari setahun walaupun mendapat pelbagai suntikkan untuk menyelamatkannya.Mengapa???..Ringkas sahaja jawapan aku...Kerana ianya ditadbir oleh 'perompak perompak koler putih'
Cuma aku kasihankan para peneroka dan anak anak peneroka yang dah terkena 'perangkap' UMNO/BN ini...Percayalah samaada FGVH untung atau rugi,puak puak 'kroni' UMNO/BN yang terbabit secara langsung dengan penyenaraian FGVH ini tetap akan beroleh keuntungan.Sebab itu mereka tidak kisah mengadaikan nasib para peneroka dan tanah peneroka ini..Ini kerana apa pon yang berlaku mereka telah beroleh keuntungan hasil dari penyenaraian FGVH ini.
Nampak gayanya 'durian runtuh' yang diperolehi peneroka sebelum ini tidak akan 'gugur' lagi...Mungkin ini 'durian runtuh' terakhir 'musim' ini sebelum PRU ke13...Selepas ini nasib para peneroka belum dapat dipastikan lagi...Mungkin terpaksa makan 'tempoyak masam' kerna musim 'durian runtuh' sudah berakhir.
Sumber ciplak dari blog tukanglawan.blogspot.com |

No comments:
Post a Comment