PETALING JAYA 13 Julai: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli menggesa MCA memohon maaf kepada seluruh rakyat Selangor atas penyelewengan yang dilakukan bersama Umno hingga menyebabkan 4,259 ekar tanah di negeri itu tergadai.
Kata Rafizi, Umno dan MCA memindahkan tanah tersebut kepada Talam Corporation (Talam) dan kemudian mencagarnya ke bank.
“Hutang tertunggak Talam kepada bank mencecah RM286 juta. Penyelewengan yang ditinggalkan oleh MCA ini terpaksa diselesaikan oleh Pakatan Rakyat. Ini bermula dengan merampas tanah-tanah dan harta milik Talam termasuklah tanah yang digadai kepada bank.
“Jumlah aset yang dirampas dari Talam mencecah RM684 juta. Daripada jumlah ini, RM292 juta digunakan untuk melangsaikan hutang bank dan pemiutang lain bagi membebaskan tanah tersebut dari gadaian.
“Hasil bersih RM392 juta bersamaan dengan hutang-hutang Talam Corporation, yang akhirnya berjaya dikutip oleh Pakatan Rakyat,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN hari ini.
Minggu lalu, Ketua Biro Profesional Muda MCA Pusat, Datuk Chua Tee Yong menuduh Talam yang berhutang sebanyak RM392 juta dengan syarikat berkaitan kerajaan melupuskan asetnya kepada kerajaan negeri berjumlah RM1 bilion.
Beliau juga menuduh Talam menjual tanah pegangan pajak seluas 2,263 ekar yang terletak di Bestari Jaya kepada Kerajaan Selangor pada harga RM181 juta.
Tee Yong mempertikaikan tindakan Talam itu kerana mereka berjaya menjual tanah tersebut dengan harga RM42 juta lebih tinggi daripada harga pasaran.
Dalam pada itu, Rafizi mengecam tindakan Tee Yong yang memutar belit fakta untuk memfitnah Kerajaan Selangor.
Rafizi berkata, Tee Yong dan pemimpin MCA sepatutnya memohon maaf kepada rakyat Selangor bukan memutarbelitkan fakta.
“Saya memberi amaran supaya beliau cepat-cepat menghentikan fitnah sebelum lebih banyak fail-fail penglibatan pemimpin MCA dalam kesemua usahasama dan projek yang gagal ini didedahkan kepada rakyat,” katanya.
Sumber : http://www.keadilandaily.com/umno-mca-gadai-lebih-4000-ekar-tanah-rakyat-sngor-kepada-talam/
Jebat Berani : Umno kata mereka pembela orang melayu...Namun hakikat sebenar mereka adalah 'pembela pembela kroni kroni' mereka sahaja.Umno hanya bermain wayang dengan orang orang melayu demi memastikan kelangsungan hayat politik mereka.
Perkara ini bukan baru sebaliknya telah berlaku sekian lama.Satu demi satu tanah rakyat 'diniagakan' demi keuntungan pribadi dan kroni kroni mereka sedangkan rakyat semakin hari semakinn sengsara dan umpama menumpang di negara sendiri.
Sampai bilakah kerakusan UMNO/BN ini hendak kita biarkan.Adakah sampai negara tergadai? Kita perlu bertindak segera sebelum terlambat.Penyelewengan UMNO/BN mesti dihentikan segera sebelum terlambat.PRU ke 13 harus menjadi medan untuk kita mengajar UMNO/BN apa itu kuasa rakyat.
No comments:
Post a Comment